Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Mei 2009

Aku dan Hari Guru

Ini hadiah anak murid kepada cikgu.
Ini pula hadiah anak2 aku kepada cikgu2 mereka...

Masa aku sekolah dulu, aku tak pernah ambik kisah pasal hari guru ni. Aku takda susah2 pening kepala nak bungkus hadiah untuk beri cikgu pada 16 Mei setiap tahun. Masa tu pun tradisi beri hadiah tak diamalkan lagi. Seingat aku, pada pagi 16 Mei, kami ramai2 kena berkumpul di dewan untuk dengar amanat daripada Menteri Pelajaran yang biasanya dirakamkan melalui tape ataupun dibaca oleh guru besar. Lepas tu, ada acara2 sukan persahabatan antara guru dan murid. Takda pun sessi beri hadiah ke, persembahan pentas ke. Bagi murid2 low profile yang tak pandai bersukan macam aku, melepak ajelah kat tepi pandang sambil tunggu loceng balik berbunyi.

Sepanjang zaman persekolahanku, hanya beberapa nama cikgu yang masih aku kenang sampai sekarang. Aku pun takda cikgu kesayangan atau cikgu favorite. Masa sekolah rendah dulu, cikgu yang aku ingat sampai sekarang ialah cikgu kelas masa aku darjah enam dulu. Cikgu Aziman Tumirin namanya. La ni dia dah jadi gurubesar kat sekolah wife aku mengajar. Dia masih ingat aku sebab dia yang lantik aku jadi ketua murid masa tu. Aku pernah jumpa dan berbual2 dengan dia bila ada majlis kat sekolah. Pemikirannya masih sama macam dulu jugak. Aku malas nak komen tentang kerja dia sekarang tapi sekarang dia dah pakai Mercedes E200. Masa mesyuarat dia kata dia bayar cash untuk kereta itu.

Masa aku kat sekolah menengah pulak, cikgu yang paling aku ingat ialah Cikgu Wan Azmi Wan Idris. Dialah satu2nya cikgu yang pernah melempang pipi aku kerana aku buat bising masa kat kelas. Walaupun kesalahan aku kecil, tapi sebab yang mengadu tu cikgu perempuan daripada kelas sebelah, aku dan kawan aku; Zamri namanya yang kena. Masa tu memang satu kelas bising. Tapi yang berdiri masa tu cuma aku dan Zamri. Maka kami berdua yang kena lempang. Lepas tu satu kelas jadi sunyi sepi sampai rehat. Pada akhir tahun itu, aku jadi best student seluruh tingkatan. Cikgu Wan Azmi ada datang jumpa aku. Dia nak interview aku untuk masukkan cerita kejayaan aku dalam majalah sekolah tetapi aku menolak. Sakit hati kena lempang satu tahun tak boleh hilang beb..

Masa aku di tingkatan lima, Cikgu Norizah Rahmat adalah cikgu kelas aku. Dialah yang melantik aku jadi ketua tingkatan. Dialah yang menyarankan aku supaya masuk Universiti Malaya. Dialah yang memudahkan aku membuat pilihan masa isi borang lepas dapat keputusan SPM. Seorang lagi cikgu yang aku takkan lupa ialah Cikgu Ahad Arshad. Dia mengajar Bahasa Malaysia masa aku tingkatan lima dulu. Dia juga cikgu disiplin sekolah. Dia juga satu2nya cikgu yang pernah merotan aku. Cikgu ni memang panas baran sikit. Kalau mood dia tak bagus, satu sekolah diharuknya. Sapa2 yang lalu sebelah dia, dibantai dengan rotan dia.

Masa kejadian itu dia ada beri arahan kepada semua murid supaya angkat meja dan kerusi ke dewan. Biasalah, masa tu kami dah tingkatan lima. Mana ada class nak angkat2 meja dan kerusi ni? Kalau budak tingkatan satu bolehlah disuruh2. Tiba2 dia lalu kat kelas aku. 3 das dia rotan kat belakang aku. Jangan tak caya, tiga malam aku tak boleh tidur terlentang. Nak mandi punyalah pedih. Memang sampai mati aku tak boleh nak maafkan dia. Masa nak raya dia ada mintak maaf tapi aku buat bodoh aje. Masa open house hari raya rumah dia, satu kelas pergi tapi aku tak pergi. Seumur hidup aku, emak bapak aku tak pernah pukul aku. Jadi cikgu2 yang pernah pukul aku, memang aku marked punya.

Aku mengaku aku memang sangat pendiam masa sekolah dulu. Aku jarang bercakap2 dan berjumpa dengan cikgu2 aku. Kadang2 terjumpa kat mana2 pun aku buat bodoh je. Zaman aku dulu, cikgulah orang yang paling dihormati. Selain dihormati, juga ditakuti. Tak macam sekarang. Kalau murid2 dah tak hormat ibubapa, macamana mereka nak hormat cikgu mereka?

Zaman wife aku sebagai cikgu lain pulak dah. Tradisi beri hadiah semasa hari guru dah jadi wajib. Saban tahun, berkarung2 hadiah wife aku bawak balik pada hari itu. Semuanya ikut trend. Kalau kat kedai Dua Ringgit ada bingkai gambar, banyaklah bingkai gambar wife aku dapat. Kalau trend bekas bunga, banyaklah bekas bunga wife aku dapat. Yang penting bukannya hadiah. Tapi ingatan dan perasaan berterima kasih. Itu mungkin lebih berharga daripada sebatang pen merah yang dibungkus dengan kertas buku tulis.

Bila anak2 aku mula bersekolah, wife aku ambil inisiatif untuk buat hadiah sendiri. Orang senilah katakan. Semuanya buat sendiri. saban tahun ada aje ideanya. Tahun ini, wife aku beli tuala muka dan bungkus dalam kotak warna -warni. Modal tak besar tapi masa nak menyiapkannya yang lama. Tapi itu lebih bermakna bagi wife aku berbanding hadiah2 instant daripada kedai2 Dua Ringgit.

Kepada semua cikgu2, Happy Belated Teacher's Day!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan