Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Mei 2009

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hari Jumaat kelmarin, Ainaa demam kuat. Wife tak dapat nak cuti sebab kat sekolah ada majlis Maulidur Rasul. Jadi nak tak nak, aku yang kena jaga Ainaa. Pukul 9 Ainaa masih tidur lagi. Dikejutkan cuma bukak mata, lepas tu tidur balik. Biasanya aku bawak ke klinik. Suruh dia sambung tidur kat bilik belakang sementara aku merawat pesakit. Aku kejutkan beberapa kali pun masih tak bangun jugak. At last, aku call klinik. Aku cakap aku ambik cuti kecemasan. Macam kerja kerajaanlah pulak. Ada E.L ( emergency leave ).

Kat rumah aku tak tahu nak buat apa. Ainaa tidur sahaja. Makan tak nak. Minum pun tak nak. Aku kalau duduk rumah memang tak boleh duduk diam2. Ada aje projek aku nak buat. Kalau sapa2 tengok gambar terbaru aku di flickr, nampaklah sikit hasil kerja aku pagi Jumaat lepas. Aku susun balik perabot rumah aku. Mengemas rumah merupakan satu terapi minda untuk aku. Semua aku buat sendiri. Wife pun hairan. Camna aku boleh alihkan perabot2 yang besar2 seorang diri. Dulu masa aku duduk asrama pun, inilah kerja aku. Kalau aku boring ke, tension ke, aku kemas bilik aku. Kawan2 aku dah paham sangat dengan tabiat aku.

Petang Jumaat, aku ,masuk kerja macam biasa. Malam pun sama. Ada patient aku 3 kali datang klinik. Pagi sekali, petang sekali dan malam lagi sekali semata2 nak jumpa aku. Mereka paham bila aku cakap aku kena jaga anak.

Pagi Sabtu, aku balik kampung. Dah janji nak bersarapan di kampung. Emak masak Soto dan Nasi Goreng. Aku kalau balik kampung memang takda lainlah. Makan, makan dan makan. Berat naik sekilo dalam sehari. Hari ini harijadi emak. Dia tak mintak apa2 dan aku pun tak beri apa2. Emak kata cukup dengan tolong doakan semoga sihat sentiasa. Dia juga kata dapat tengok anak, menantu dan cucu2 datang melawat dah cukup dah. Sebelah tengahari aku kena bawak wife ke Kota Tinggi. Emak pun ikut sekali sebab dia nak cari barang sikit untuk majlis kahwin adik aku bulan depan.

Kat Kota Tinggi, wife aku pergi tempat biasa dia iaitu di tingkat atas Plaza Kota Tinggi. Itu port orang pompuan nak cari segala macam jenis baju, tudung, kain dan sebagainya. Aku dan anak2 lelaki aku dah tahu dah, jadi kami malas nak ikut dah. Aku dan anak2 pergi beli buku ke, majalah ke, suratkhabar ke lepas tu duduk melepak kat Restoran Marrybrown di tingkat bawah. Biasanya satu jam pun belum turun2 jugak. Kalau duduk lama2 kat restoran, kenalah order makan2 dan minum2 sikit. Sampai kembung perut minum Pepsi dan makan kentang goreng tapi wife tak siap2 jugak.

Lepas hantar emak balik, aku pindah pulak ke rumah mak mertua aku. Agenda utama ialah makan, makan dan makan lagi sambil bertanya khabar. Setiap malam 10hb dan 20hb, di tempat emak mertua aku ada pasar malam. Wife aku suka ke sini sebab banyak sayur2 kampung di sini. Wife aku juga suka ke gerai jualan pokok2 yang menawarkan harga lebih murah. Aku suka beli satay dan yong tau fu di sini. Yang aku tak suka, pasar malamnya sepanjang hampir 3 km. Penat berjalan. Kalau malam, meriah dengan warga seberang. Nak jalan pun susah.

Pukul 11 malam, aku baru sampai ke rumah. Mata masih belum mengantuk lagi sebab banyak sangat minum Nescafe tadi. Alahai.. Esok ada majlis penyampaian hadiah sekolah ugama anak2ku. Ada jugak mesyuarat PIBG sekali. Aku dan wife dah cakap kat anak2, kami tak boleh nak datang. Malas nak sandang jawatan. Anak2 pun dah faham dah. Kat deret rumah aku ada majlis kahwin esok. Jadi, tak dapat nak kemana2lah esok. Lusa pulak, Ameel ada ujian akhir semester. Nak kena tengok2kan dia buat revision. Ameel tak macam abang dan kakak dia. Dia suka main dan berkawan. Belajar ada malas sikit tetapi boleh tahan cerdiknya. Aku ajar sekali dua dia dah faham. Cuma konsentrasinya mudah sangat terganggu dan cepat bosan. Belajar 10 minit, mainnya dah 1/2 jam. Tu yang nak kena tengok selalu. Alat2 tulis, buku2 dan beg dia memang dia tak kisah sangat. Pensil takda, buku hilang, color kayu tak cukup pun buat donno aje...Kita risaukan dia kena marah dengan cikgu, dia langsung tak risau. Balik sekolah terus capai game dan B-Daman dia.

Cikgu2 kat sekolah suka kat dia. Walaupun dia bukan ketua darjah, semua kerja ketua darjah dia yang buat. Kalau disuruh volunteer buat apa2, dia yang angkat tangan dulu. Pening! pening! Pantang ada orang jual benda2 kat sekolah. Dia mesti nak beli. Ada satu hari tu, ada orang jual pil homeopathy untuk meransang minda. Aku kata tak payah beli, dia nak beli jugak. Aku tak kasi duit, dia guna duit tabung dia. Dia kata nak bangun pagi senang. Nanti mama tak payah kejut banyak kali. Yelah tu. Nasib baik pil tu murah je. Dia makan 2 kali sahaja, lepas tu pil ke mana, orangnya ke mana. Bangun pagi masih dia yang paling lambat sekali. Sejak hari tu, dia dah tak beli apa2 lagi kalau ada orang berjual di sekolah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan