Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mei 2009

Aku dan Jaya Supermarket

Jaya Supermarket adalah satu mercu tanda untuk kawasan Seksyen 14, Petaling Jaya yang famous sekitar tahun 80-an dulu. Ia dibina pada tahun 1974 dan merupakan supermarket yang pertama di Petaling Jaya. Pada awal tahun 90-an, pemilik bangunan ini telah membuat renovation besar2an yang gagal mendapat kelulusan MPPJ. Kalau ikut pelan cuma 4 tingkat, tapi dia tambah jadi 10 tingkat. Bangunan ini akhirnya terpaksa dirobohkan dan kejadian semalam, mengembalikan nostalgia masa aku jadi medical student dulu.

Kedudukan Jaya yang berhampiran dengan UM menyebabkan aku sering datang ke sana untuk membeli barang keperluan ataupun sekadar melepak melepaskan tension. Biasanya aku pergi dengan motosikal Jemie atau Ezanee. Lepas exam aje, aku ramai2 pergi celebrate kat sana. Masa tu Jaya kira famous sebab dalam tu ada Cold Storage untuk barang2 dapur, ada kedai alat2 tulis, majalah dan cenderamata di tingkat atas, ada Delifrance untuk Pak Dan belanja aku makan croissant, ada kedai jual CD, ada kedai DIY dan yang bestnya, decoration kat dalam tu berubah mengikut musim. Kalau hari raya, ada lampu dan kad2 raya digantung. Kalau raya cina, ada tanglung dan kalau krismas, sebesar2 pokok krismas diletakkan ditengah2 lobi. Aku dan Jemie selalu ke sana untuk baca majalah free. Duduk berjam2 dalam tu sambil baca buku atau majalah orang putih yang aku tak mampu nak beli masa tu. Aku juga selalu beli teddy bear untuk hadiahkan kat wife aku kat sana.

Disekitar Jaya, ada banyak lagi kedai2 yang jadi tempat aku selalu melepak. Di sinilah tempat aku belajar makan makanan fast food seperti Pizza Hut dan McDonalds. Di sini juga ada kedai jual satay Kajang yang sangat sedap. Azman Cina selalu belanja aku makan satay dan sotong kangkung kat sana. Betul2 di depan Jaya, ada satu lagi shopping kompleks, Parkson Grand. Setiap kali ada jualan murah, aku dan Jemie mesti pergi punya. Bukan beli apa2pun. Cuma suka tengok orang2 kaya di bandar membeli belah. Artis2 pun ramai jugak yang aku jumpa kat sini. Masa tu, aku selalu berangan2 jadi anak orang kaya. Dressing mahal2, pakai kereta BMW 3 series, bawak awek shopping minyak wangi atau baju berjenama. Aku pernah kena sergah dengan polis masa tengah syok memerhatikan orang kat depan Jaya. Dia ingat aku orang seberang agaknya sebab tak pasal2 tanya IC aku. Jemie ketawakan aku aje masa tu. Selepas kejadian itu, aku semakin nekad dan bersemangat untuk jadi orang kaya. Dia ingat muka Jawa macam aku ni tengah plan nak rompak orang agaknya. Nasib baik masa tu aku ada bawak kad matriks. Kalau tidak tidur kat lokap agaknya.

Bila banyak lagi shopping kompleks dibuka sekitar KL, aku dan Jemie dah mula jarang ke Jaya. Masa tu aku selalu pergi ke One Utama di Damansara, Hankyu Jaya di Bangsar, Putra Mall dekat PWTC, Pertama Compleks dan Sogo di Jln TAR dan Lot 1o di Bukit Bintang. Rasanya semua tempat aku pernah pergi. Naik motorsikal bukannya susah. Kalau sesat jalan boleh patah balik. Cuma masa parking cuak sikit. Takut kena pau dengan Mat Pit.

Petang semalam, Jaya Supermarket runtuh sewaktu dalam proses meruntuhkannya. 2 warga Indon mati manakala 5 lagi masih hilang. Rasa sebak bila teringatkan kenangan pahit manis bersama2 kawan2 masa muda2 dulu. Masa tu dalam kepala cuma fikir nak belajar dan lulus dalam peperiksaan je. Duit dalam poket memang tak banyak. Biasiswa cukup2 makan aje. Kawan2 karib yang senasib dengan aku sekarang semuanya dah senang lenang. Jemie dah jadi pakar telinga kat Hospital Selayang. Masih single dan giler dengan kameranya. Ezanee pun sama. Yang lain2 dah lebih 10 tahun tak jumpa.

Sob! Sob! ( sambil mengesat air mata...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan