Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Jun 2009

Aku dan Majlis Perkahwinan

Cuti sekolah dah bermula. Dua minggu. Anak2 kat rumah dah bising sebab tak da program Jalan Jalan Cari Makan macam selalu. Sabtu dan Ahad lepas, aku kena berkampung di rumah emak mertua aku. Jiran depan rumah emak ada buat majlis perkahwinan anak dia. Pada hari yang sama, ada 5 lagi majlis perkahwinan di kampung emak aku. Banyak jalan kena tutup sebab masing2 pasang balai kat tengah jalan. Cuba bayangkan andai kesemua 6 majlis itu anda dijemput? Berapa banyak yang anda boleh makan? Berapa banyak sumbangan/salam kaut yang boleh anda berikan? Bermakna, banyak makanan yang akan dibazirkan sebab tetamu yang datang semua dah kenyang. Dan dua, target wang sumbangan untuk cover cost majlis tak sampai. Kalau aku jadi bapak pengantin, pening kepala aku. Majlis kahwin sekarang tak macam dulu. Dulu semuanya atas dasar tolong menolong. Banyak yang dapat free. Sekarang tak lagi. Semuanya nak kena bayar. Majlis kahwin dah jadi sumber pendapatan dan perniagaan untuk orang lain.

Aku beri contoh majlis kahwin kat depan rumah emak aku. Khemah 4 buah siap dengan scallop putih/pink: RM2500. Sewa pelamin: RM600. Make up pengantin termasuk baju untuk bersanding: RM 1000. Perabot bilik pengantin sekurang2nya RM5000. Itu belum termasuk jamuan Nasik Briyani, upah kompang, upah Kuda kepang, sewa set karaoke dan sebagainya. Jadinya kalau hantaran setakat RM10 000 sahaja, memang tak cukup dah sekarang ni. Ditambah lagi dengan suasana ekonomi sekarang. Memang boleh habis duit simpanan kalau nakkan majlis yang meriah dan grand. Apatahlagi kalau nak berlawan dengan majlis jiran sebelah menyebelah. Majlis nak ada konsep. Warna nak sedondon. Khemah nak yang ada scallop2 dan rambu2. Kerusi meja nak bersampul warna sedondon. Makan2 dan minum nak sedap dan mewah. Nak bising2 kena ada karaoke set dan DJ. Live band lagi bagus. Bilik pengantin nak nampak mewah. Pelamin pun sama. Nak ada cameraman pro dan ada videoman untuk rakam majlis. Setiap yang datang nak diberikan cenderamata. Bukan setakat telur rebus je sekarang ni.

Minggu depan, majlis kahwin adik aku pulak. Khabarnya ada 3 majlis yang sama pada hari yang sama. Aku kesiankan emak. Dialah yang paling bertungkus lumus nak menyiapkan segala2nya. Abah buat biasa2 aje. Semoga segalanya berjalan seperti dirancangkan. Rasanya emak dah banyak pengalaman sebab ini kali ke 3 emak buat majlis kat rumah. Masa Kak Han dulu, emak ada aku untuk tolong itu ini. Masa majlis aku, emak ada Shaipul tapi kali ini, anak2 bujang emak semua dah takda. Semua dah ada tanggungjawab masing2. Rasanya majlis kali ini paling grand sebab jemputan emak makin ramai. Kali ini ada majlis sanding. Tak macam masa Kak Han dan aku dulu. Abah tak kasi nak sanding2. Jadi majlis sederhana sahaja. Kali ini aku tak tahulah. Liza rasanya nak buat semeriah yang mungkin sebab nak jemput orang2 politik dia. Aku malas nak kacau dia.

Aku ingat lagi masa majlis kahwin aku dulu. Masa tu aku baru 3 bulan kerja. Cuti cuma dapat 2 hari aje. Hari Jumaat malam nikah, hari sabtu sanding kat rumah pengantin perempuan dan hari Ahad, majlis kat rumah aku. Hari isnin naik kerja. Kena on call 24 jam. Segala2nya ekspress. Aku tak fikir langsung pasal nak warna sedondon, nak khemah2 berscallop, nak pelamin, nak set karaoke, nak pergi honey moon, dan sebagainya. Masa tu yang aku fikir cuma majlis akad nikah aje. Yang lain2 aku tak fikir langsung. Maklumlah kerja 3 bulan. Mana sempat nak kumpul duit banyak2. Yang aku ingat pada hari aku nikah, aku cuma ada motor kapcai Suzuki RG125 sahaja. Takda rumah, takda kereta. Alat2 elektrik pun cuma ada tv16 inci Panasonic yang aku beli masa student dulu. Lepas kahwin baru aku kumpul harta. Nak cerita pasal honey moon pun takda cerita sebab lepas kahwin aku terus kerja, kerja dan kerja sampailah sekarang. Jadi kalau ada sesiapa bising2 kata aku tak nak sponsor apa2 untuk majlis kahwin adik aku, biar emak dan Allah sahaja yang tahu. Kalau ada orang kata aku dah sombong ke, kedekut ke, lokek ke, aku peduli apa? Aku kumpul harta atas usaha aku sendiri jadi suka hati akulah nak buat apa dengan duit aku.

Apa2pun, jangan jadi macam kes dalam cerita P. Ramlee sudahlah. Anak dah 5, hutang ceti tak habis2 lagi sebab belanja kahwin punya pasal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan