Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Mei 2009

Aku dan Masalah Rumahtangga

Dulu aku memang peminat Radio SinarFM. Terutamanya Sinar Pagi bersama Abang Jem, SY, Wak Jawa, Kak Engku, Madam Muah Muah, Pakcik Motor dan Krill. Tapi semenjak kebelakangan ini aku dah mula meluat dengan topik2 yang diketengahkan setiap pagi. Pusing sana, pusing sini semuanya berakhir dengan mendengar masalah rumahtangga orang. Suami curang, suami kahwin lain, suami ada simpan perempuan, suami masih mengaku bujang, suami tak bertanggungjawab, suami gila memancing, dan sebagainya. Yang perempuan pun sama. Kacau laki orang, kacau rumahtangga orang, bercinta dengan suami orang, ada affair dengan boss, perkahwinan tak direstui dan sebagainya.

Director General LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman ada mengeluarkan satu statement semasa membentangkan kertas kerjanya di IKIM semalam. Berdasarkan kajian Malaysia Community and Family Study 2004 oleh LPPKN, 3 penyebab utama keruntuhan rumahtangga ialah campurtangan mertua, ketidakserasian dan kecurangan. Aku tak nak komen pasal mertua atau ketidakserasian sebab mertua aku adalah yang terbaik dan isteri aku juga adalah yang terbaik. Takda masalah. Aku nak cerita pasal kecurangan yang menjadi penyebab utama penceraian dikalangan warga2 Melayu.

Walaupun islam menbenarkan lelaki berkahwin lebih daripada satu, amalan ini tidak pernah diterima sepenuh hati oleh wanita2 islam. "Bab kahwin yang ikut tuntutan ugama; bab nafkah, bab tanggungjawab, bab mendidik anak2, lelaki2 miang ini boleh ikut tuntutan ugama ke?" Itulah yang sering menjadi modal untuk bersembang di kedai2 kopi, di pentas2 ceramah ugama dan juga di parlimen. Kat tv pun sama. Drama2 Melayu pun tak lari daripada isu2 poligami, isteri curang, suami curang. Rasanya selagi manusia ada nafsu, selagi itulah hal2 ni tak akan habis.

Menurut perangkaan, pasangan yang berumur kurang daripada 25 tahun dan lebih daripada 40 tahun lebih berisiko untuk bercerai-berai. Aku rasa korang semua tahu sebabnya. Bila kahwin muda, biasanya masa tu darah tengah panas. Silap sikit aje, boleh gaduh besar sampai bercerai. Bila umur dah lebih 40 tahun, bermakna masing2 dah mengenal hati budi pasangan masing2. Itu yang dah mula rasa tak serasilah, rasa terabailah, rasa ada orang lain lebih sempurnalah. Masa tu hal2 anak2 dah tak kisah sangat sebab anak2 dah besar2. Jadi, nak bercerai terus bercerai. Takda sekatan lagi. Takda nak kesiankan anak2 lagi dah.

Kat klinik pun saban hari aku mendengar masalah rumahtangga orang. Yang dah kahwin, yang nak kahwin, yang putus tunang, yang anak dara, yang janda, macam2 masalah aku dengar. Kalau buat buku, rasanya boleh jadi setebal ensaiklopedia. Aku sekadar mendengar ajelah. Aku cakap aku bukan kaunselor. Setakat ubat tenang jiwa, ubat susah tidur, ubat migraine, aku boleh berilah. Kalau nak nasihat aku, aku rasa tak cukup ilmu aku untuk menasihatkan masalah rumahtangga orang. Samalah macam Abang Jem dan K.E di SinarFM tu. Nasihat mereka langsung tak boleh pakai. Kalau diikutkan jugak, mampus!

Isteriku adalah satu2nya isteriku. Macam aku cakap tadi. Isteriku dan emak mertuaku adalah yang terbaik. Tiada yang lain untuk menggantikannya. Dalam kepala hotakku sekarang, aku hanya berfikir untuk membahagiakan isteriku dan membesarkan anak2ku. Selain bekerja di klinik sehari suntuk, aku takda masa untuk benda2 yang lain. Aku tak minat sukan. Aku tak pernah pergi clubbing. Hobi aku cuma 3K : kamera, komputer dan kereta. Kahwin lagi tak termasuk dalam 3K aku. Kawan baik aku pun cuma Ezanee. Jadi, kalau wife aku nak fikir yang bukan2 pasal aku, nak tanya soalan2 yang bukan2, aku tak tahu nak jawap apa dah.

Kadang2 adalah beberapa orang yang cuba menjadi spy kepada wife aku. Mereka menyampaikan cerita2 panas kat wife aku. Kata aku ni peramahlah kat anak2 dara orang atau asyik main SMS saja. Cerita2 camni macam dalam akhbar tabloid jugaklah. Semua cerita disensasikan. Sebab tu kalau ada apa2 yang aku rasa boleh jadi cerita sensasi, aku inform wife aku dulu. Aku pasti satu hari nanti, ada orang yang akan menyampaikannya kat wife aku. Bila orang lain yang bercerita, itu yang jadi masalah. Kadang2 kalau fikir logik, memang tak logik pun. Itupun boleh percaya jugak.

Adat hidup berumahtangga. Kadang2 ada jugak isu2 yang boleh menjadi sebab nak bergaduh. Sekarang ni, kalau nak bergaduh pun tak boleh depan anak2. Dulu anak2 cuma tengok aje kita bertekak. Sekarang ni, semua sibuk bertanya. Kalau masa tu mereka diam, bila dah sejuk nanti adalah yang bertanya. " Kenapa papa cakap jerit2 kat mama tadi?" Padan muka aku. Tak tahu nak jawap apa. Dulu bolehlah kelentong. " Papa tengah berlakon hafal skrip drama sebenarnya. Ala, yang macam kat tv tu.." Sekarang dah tak laku dah. Jadi, nak marah ke apa, kena control sikit. Leceh betullah...

Minggu depan sekolah cuti 2 minggu. Wife dan anak2 pun cuti. Awal2 lagi aku dah cakap cuti kali ini duduk rumah aje. Budget papa dah lari kat kereta baru. Kalau ada rezeki terpijak, barulah boleh bercuti. Anak2 dah besar ni, kalau sewa hotel nak kena bilik besar sikit. Bilik Standard atau Deluxe dah tak muat dah. Bulan 6 ni, banyak movie baru akan ditayangkan. So, tengok wayang kat panggung ajelah ye? Terminator Salvation dan Monsters and Aliens dah masuk dalam list aku. Khabarnya Star Trek pun bagus jugak. The Star beri 5 bintang masa review cerita ini. Malam tadi aku sempat tengok Crank 2. Cerita paling giler pernah aku tengok tahun ini. Ia kisah seorang hero yang hampir mati kena tembak tetapi hidup semula bila jantungnya ditukarkan dengan jantung mekanikal. Jantungnya dimasukkan kat ketua samseng dan jantung mekanikal baru dia kena guna kuasa bateri untuk terus berdenyut. Kejap2 nak kena charged. Tu yang banyak adegan2 bodoh dan giler dia buat untuk kekal hidupkan jantungnya. Cerita ni banyak censored, budak2 tak boleh tengok. Ganas sangat.

Apa2pun, lu fikirlah sendiri!

3 ulasan:

  1. orang lelaki ni, sesekali kena buat spot check jugak. jangan main percaya jer...

    BalasPadam