Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Mei 2009

Aku dan Minggu Ini

Minggu ini aku memang sibuk sangat. Kalah Pak Menteri kalau nak bandingkan kesibukannya. Macam2 perkara nak kena selesaikan. Ditambah lagi dengan kerja2 rutin di klinik yang tak habis2.

1. Anak2 aku tengah exam pertengahan tahun sepanjang minggu ini. Kat rumah, buku2 latihan, buku2 lampiran, buku2 teks bersepah sana sini. Wife aku pening kepala jugak nak melayan anak2 buat ulangkaji. Terutamanya Syameel. Langsung tak kisah pasal exam. Suruh buat ulangkaji, ada aje alasannya. Rasanya pelajarannya merosot kali ini. Main aje lebih. Yang abang dan kakaknya rasanya takda masalah. Belajar tak payah disuruh selalu itu bermakna mereka tahu tanggungjawab mereka.

2. Kawan aku ada beritahu aku pasal penurunan interest rate untuk pinjaman perumahan. Dia suruh aku call bank untuk mohon penurunan interest rate itu. Kalau kita diam, bank pun turut diam jugak. Yang ruginya kitalah. Asyik bayar interest aje tak habis2. Mula2 aku call RHB. Yang angkat telefon tu professional. Semua soalan aku ada jawapannya. Bila dia semak fail aku, dia kata installment aku dah diturunkan sebanyak 83.00 sebulan berdasarkan BLR terkini. Untuk loan rumah aku yang ini, aku dah 6 tahun buat bayaran dan menurut agrement, aku ada locked-in period selama 7 tahun sebelum aku boleh buat re-financing. Sekarang ni aku kena interest bulanan BLR+0.5 %. Dia suruh aku datang ke cawangan bank dan isi borang untuk mohon penyemakan kadar interest. Kalau berjaya aku boleh dapat penurunan sehingga 1.8%. Inilah yang kawan aku cakapkan tu. Masalahnya, hal2 bank ni aku bukannya faham sangat. Tahu cukup bulan, bayar. Lambat bayar kena penalti. Tak bayar, dapat surat lawyer. Memang kapitalis dan komunis betul bank2 kat Malaysia ni.

3. Satu lagi loan rumah aku ialah di AmBank. Aku kena call banyak nombor sebelum jumpa tempat yang betul. Yang menjawab call tu kurang profesional sebab banyak soalan aku dia tak boleh jawap. Suara pun macam tension aje sebab waktu dah nak rehat kot. Tapi dia ada fax satu borang untuk aku isi dan dia suruh aku fax balik ke head office di JB. Senang, tak payah susah2 nak keluar masuk bank.

4. Minggu ini juga aku sibuk uruskan pinjaman kereta baru aku. Salesman kereta hantar borang loan aku ke Bank Muamalat sebab interest mereka yang paling rendah. Bank lain nak beri 3.5% tapi bank ini boleh beri 3.0%. Tapi disebabkan 3.0% itu, hari2 aku kena call bank. Takpun bank yang call aku. Segalanya serba tak kena. Aku hantar dokumen yang lengkap pada 11hb yang lalu, tapi lepas seminggu masih takda jawapan. Masa aku buat pinjaman kereta sebelum ini, 3 hari dah settle semuanya. Macam2 alasan yang aku kena dengar kali ini. Komputer offline, bank takda elektrik, borang baru hantar KL, board belum mesyuarat lagi, officer incharged cuti. Last sekali aku dapat cakap dengan manager. Aku cakap apasal bank ni kerja lembab sangat? Kalau bank lain 3 hari dah settle dah. Macam2 aku kutuk bank ni. Aku dah tak tahan dah berdepan dengan prosedur2 remeh ni.

5. Lepas daripada itu, segala2nya berjalan lancar. Sebenarnya aku tak tahu pun yang cakap dengan aku tu manager bank. Aku tahu bila dia fax kan dokumen kat aku ada chop nama dia kat situ. Kalau aku tahu itu manager dia, mati hidup balik aku tak cakap yang bukan2 kat dia. Tapi ada bagusnya jugak. Sampaikan pegawai in charge walaupun tengah cuti, boleh datang ke ofis aku untuk aku sain agrement. Setiap hari ada aje pegawai yang call aku pasal progress pinjaman aku. Macam ni barulah betul2 kerja namanya. Aku kejarkan sebab kereta aku dah siap dah menunggu. Kalau tunggu lama2, nanti ada orang lain kebas. Itu yang salesman tu inform akulah. Masa kereta ni baru launch, kena tunggu 4 bulan baru ada stok. 3 bulan lepas aku tanya, tunggu 1 bulan. 2 minggu lepas aku tanya, ready stock. Tu yang berasap kepala dan tak boleh tidur malam tu.

6. Hujung minggu ini, aku nak ke photography workshop kat Kluang. Dua hari lepas, aku dapat email tentang lokasi dan tentatif program. Aku mungkin pergi seorang sebab Ezanee ada hal lain. Kalau pergi seorang pun takpa. Agak2 boring takda kawan, aku cabut ke tempat lain. Harap2 ada ilmu yang aku boleh dapat. Harap2 dapat jumpa kawan2 baru. First time join. Free pulak tu.
7. Esok tengahari kereta baru aku sampai. Selamat tinggallah Wiraku! Rasanya dah habis budget aku untuk tahun ini. Aku pun dah takda plan nak beli benda2 lain dah. Nak beli lens baru, handphone baru pun kena tunggu budget tahun depan punya. Raya tahun ini pakai baju tahun lepaslah gamaknya. Harap2 wife bolehlah sponsor apa2 yang patut.

8. Chomel dah menunjukkan tanda2 seorang ibu. Dah pandai beri susu kat anak2 dia. First day lepas beranak, dia kalut betul. Gelisah semacam aje. Suruh makan pun tak nak. La ni dia cukup sayang dengan anak2 dia. langsung tak nak tinggalkan anak2 dia. Kejap2 dipeluk dan dijilat anak2 dia. Semuanya nampak sihat. Mungkin aku dapat 2 pasang. 2 jantan dan 2 betina. Aku tak pandai nak confirmkan. Tapi aku dah ada nama untuk anak2 kucing aku: Carlos, Castello, Chombi dan Cherry.

5 ulasan:

  1. Doc,

    Certain bank like Maybank, if you do re-financing with them, they'll absorb the exit penalty / pay the penalty. Then, for the first year dapat rate rendah like 3.38% i.e lower installment for the first year, and subsequent years can get up to BFR-2.20%. So untung -

    1. Exit penalty bank bayar ;
    2. First year with them, you pay lower instalment - ada budget sport rim untuk kereta baru... hehehe.. ;
    3. Bank bayar legal fees and disbursements ; and
    4. Lower instalment on subsequent years.

    Nanti share-lah ilmu yang dapat from Kluang. My wife dah dekat hari bersalin, kalu tak minat gak pegi course tu.

    BalasPadam
  2. Thank you for the info.
    I try apply dulu. If masih tak munasabah jugak, baru I apply re-finance.
    Tapi bank ni memang kapitalis.
    Banyak sgt hidden cost. Exit penalty, legal fees,etc semua dikira sekali nanti.

    p.s Wife mengandung anak ke berapa?

    BalasPadam
  3. Anak ke-3. Setakat ni semua lelaki, InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. Kalau semua lelaki, belum complete lagi tu. Nak kena ada perempuan jugak. Barulah rasa lengkap kehidupan ini...

    Aku pun suka meracun orang jugak..

    BalasPadam