Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Mei 2009

Aku dan Musim Demam


Untung aku berniaga jual ubat nih. Walau teruk camnapun ekonomi, orang tetap sakit jugak. Anak2 2-3 bulan sekali mesti kena demam punya. Sakit kepala, sakit pinggang dan demam batuk tetap ada selagi manusia itu tidak kebal. Lagipun, kalau dah sakit pening nak kena cari MC jugak. Awal tahun ini, income aku ada turun sikit. Cash patient ramai yang lari ke klinik kerajaan atau beli ubat kat farmasi jer. Nak jimat. Tapi sapa tahan kalau tunggu sekerat hari kat klinik kerajaan, lepas tu hanya dapat jumpa pembantu perubatan sahaja. Dia cuma tanya sakit apa dan lepas tu beri pil KK. Pegang pun tidak. Apatahlagi check suhu atau tekanan darah. Baik pergi jumpa Dr Zul. Walaupun kena keluar duit sikit, dia check betul2. Klinik dia banyak mainan. Staf dia pun takdalah asyik merungut aje. Ahak! Ahak!

Patient panel aku walaupun semakin bertambah, payment yang masuk ketara sangat kurangnya. Dalam tempoh 3 bulan lepas, income panel aku merosot hampir 5 ribu ringgit sebulan. Termenung jugak aku nak rolling duit yang ada. Ada juga kilang2 yang terus bungkus dan bangkrap. Masa tu pulak ubat2 semua kena beli yang ready-packed. Harga beza dekat seringgit- dua ringgit satu botol. Kalau dulu sebulan budget ubat cuma 8-9 ribu, kebelakangan ini dah mencecah 10-12 ribu sebulan. Semua aku kena urus sendiri. Hal2 pesakit, hal2 perjalanan klinik, hal2 untung rugi. Susah gak jadi boss sendiri nih. Tapi masih kira berbaloi berbanding kerja dengan kerajaan dulu. Kerja lebih dapatnya lebih.


Alhamdulilah. Bila wabak selsema babi muncul, akulah antara orang yang paling gembira sekali. Klinik aku mula dibanjiri oleh pesakit semula. Apatahlagi bila cuaca yang semakin tak menentu. Ramai yang demam, batuk dan selsema datang ke klinik. Sepanjang 3 minggu yang lepas, aku sampai nak pengsan tengok kes2 batuk dan selsema. Kalaulah ada patient aku kena Selsema babi tu, dah lama aku kena sekali. Ubat PCM, ubat batuk dan ubat selsema aku cukup laris. Aku sampai terpaksa pinjam ubat PCM dari klinik lain sebab ubat aku boleh kehabisan. Malam semalam, aku sampai rumah pukul 11.30 malam. Aku sampai tak ingat apa aku cakap kat pesakit aku yang last sekali malam tadi. Dah blurr dah. Sampai rumah aku baru boleh berfikir, kalaulah mati budak tu sebab aku salah beri nasihat, aku pun mati sama. Nasib baik aku cuma beri ORS dan ubat sapu sahaja. Kalau salah beri ubat makan, naya jugak aku. Pagi2 lagi, aku suruh 'secretary' aku call emak patient tu. Anak dia dah OK ke belum? Lega, rawatan aku masih mujarab. Secretary aku cakap budak tu dah beransur baik. Emak dia pun macam terkejut bila klinik call dia. Aku gerenti, dia akan datang lagi ke klinik aku.

Hari ini pun sama. Sessi pagi, aku tengok 30 orang. Petang, 20 orang dan malam, 15 orang. Mana2 yang demam dan selsema, aku mesti tanya "Ada pergi ke Mexico ke?" Sebelum dia tanya aku " Ini selsema baru tu ke?", aku beri jawapan dululah. Kalau tak sampai Mexico, insyaAllah ini sakit2 biasa2 aje. Malam ini ada satu budak lelaki umur 9 tahun. Masa aku sampai, dia tengah terbaring kat kerusi depan. Bila masuk bilik aku, mata terus jadi segar. Demam 38.5 darjah pun dah macam tak sakit dah bila masuk bilik aku. Nak tahu kenapa? Dia excited sangat2 bila tengok koleksi mainan yang dalam almari tu. Emak dia pun ikut sama. Sah! lain kali dia akan datang lagi.

Hari ini Ainaa cuti lagi. Batuk dia belum habis2 lagi. Erin pulak kena pergi ke Segamat untuk masuk pertandingan tiup rekoder peringkat negeri. Sekolah dia dapat jadi wakil daerah Kulaijaya. Maka tinggal Ameel seorang sekolah macam biasa. Sebelah petang Ameel dan Ainaa ada ujian sekolah ugama. Wife aku yang sibuk ajak anak2 buat ulangkaji. Aku tolong jugaklah sikit2 buat ulangkaji ibadat dan tauhid. Dah lama tak baca kitab jawi. Anak2 baca lagi lancar berbanding aku.

Minggu lepas, aku dah selesaikan akaun klinik tahun 2008 punya. Income tax tahun lepas pun aku dah settlekan. Lapang sikit kepala hotak aku. Sepanjang 6 tahun ini, pendapatan dan keuntungan klinik masih belum mencapai limit maksimum. Tapi aku yang dah capai had maksimum. Dah tak larat dah kerja sorang2, pagi sampai malam,Isnin sampai Sabtu. Sehari tengok 60 orang kira dah tepu dah kepala hotak aku. Apatahlagi bila patient mencecah 90 orang sehari. Dah jemu dah jadi doktor nih. Rasanya nak duduk rumah aje. Berkebun ke, mengemas rumah ke, ataupun buat bisnes lain. Tolong emak buat katering ke, bukak restoran Nasi Ambeng ke, bukak butik batik ke, jadi interior designer ke, jadi professional photographer ke. Tapi memandangkan hutang rumah dan kereta masih banyak lagi, terpaksalah aku kerja, kerja dan kerja. Anak2 pun masih kecik lagi. Nak tak nak, kena kerjalah jugak.

Sebagai doktor, kepuasan bekerja ialah apabila melihat pesakit2 terlibat sama dalam proses penyembuhan penyakit mereka. Aku suka kalau pesakit prihatin dengan kesihatan diri masing2. Tapi aku benci pesakit yang datang semata2 untuk MC dan langsung tak makan nasihat. Dia aje yang betul. Apa yang kita cakap semuanya tak nak dengar.

Minggu ini ada wabak baru muncul. Radang otak atau meningitis telah merebak di Akademi JPJ Melaka. Seorang dah mati dan seorang lagi tenat di ICU. Berpuluh2 lagi ada dalam wad kuarantin di Hospital Melaka. Ramai jugak yang datang bertanya pasal sakit ini. Kalau dulu aku tanya " Ada pergi Mexico ke tidak?" la ni aku kena tambah " Ada balik Melaka ke?". Ini kerana kedua2 penyakit boleh berjangkit antara manusia dan manusia melalui udara yang tercemar. Kalau setakat duduk sekitar Johor, rasanya belum sampai lagilah.

Aku kena cari motivasi baru untuk aku keluar bekerja setiap hari. Sesuatu yang sentiasa mencabar aku untuk mengekalkan prestasi kerja aku, untuk aku sentiasa terbuka untuk melayan karenah pesakit2 aku, untuk aku menghilangkan rasa bosan, penat, mengantuk, tension bila kerja tak habis2. Sebenarnya aku dah dapat motivasi baru itu. Nantilah aku story.


4 ulasan:

  1. boleh doc explain detail more about Bulimia or Aneroxia?

    BalasPadam
  2. nanti saya bukak kamus dulu.

    BalasPadam
  3. jangan bimbang doc...bayangkan saja honda accord..sure kerja bagai nak rak..macam aku sekarang tengah bayang aeras...kerja bagai nak gila sabtu-jumaat non stop pagi sampai malam..curi2 rehat untuk makan ngan nap jer sekejap..hehhehe..lagi pon rumah tengah duk reno ala2 anjung seri dan impiana nih..heheheh..kerja mesti kuat...

    BalasPadam
  4. ZaQ, jangan lupa letak gambar dlm blog bila rumah dah siap. Aku pun dah beberapa hari tak lena tidur ni. Asyik bayangkan Accord je...

    BalasPadam