Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Mei 2009

Aku dan Cerita Musim Gawat

Perkara: Manfaatkan 1000 Ciuman Suami

Zaman ini zaman susah. Harga barang naik terus. Gaji jadi semakin kecil. Akibatnya terjadi pemberhentian di pelbagai syarikat. Salah satunya yang terkena pemberhentian ialah Suparja dari Semarang, Indonesia. Bulan ini dia tak dapat kirim wang untuk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yang isinya demikian:

Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang. bulan ini kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

Paling cinta,
Kanda Suparjo Yii

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya:

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.
Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.
Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yang lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.
Hal yang sama juga kepada Guru besar dan guru kelas sekolah Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.
Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yang lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.
Keperluan peribadi Dinda bulan ini mencapai 50 ciuman.

Kanda tersayang,
Bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.
Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer?

Paling sayang,
Dinda Suti Nirwingsih

...gedebuk.. Suparjo pengsan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan