Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Aku Hantu Durian

Aku dan wife aku bukan termasuk dalam spesies hantu durian. Tapi kalau ada, selagi tak habis kami bedal. Aku tak berapa pandai memilih durian. Gred2 durian pun aku tak kisah. Janji sedap. Wife aku lagi pandai agaknya. Lagipun, dia kalau bab tawar menawar harga memang no satu. Jadi urusan jual beli, aku serahkan kat dia.

Aku mula kenal durian sejak kecik2 dulu. Arwah nenek belah abah ada dusun durian sendiri di Kg Sg Resik, Muar. Kalau waktu musim durian, abah selalu ajak aku bermalam kat rumah nenek aku. Waktu malam, dengar bunyi durian jatuh syok betul. Bangun pagi terus pergi ke dusun dulu. Bersarapan dengan durian. Waktu siang, bila dengar bunyi durian jatuh terus jer berlari cari kat mana jatuhnya. Sekarang, nenek aku dah takda. Kebun tu pun dah jual dah.
Abah pun takda kebun atau dusun durian. Kalau nak makan durian, kena beli ataupun tunggu orang berilah. Dulu sebelum pegang duit sendiri, memang kena mengharaplah agar ada orang yang hantar durian ke rumah emak. Barulah dapat me…

Aku dan Hari Ini

Hari ini orang Johor ramai yang bercuti. Hari ini cuti Hari Hol Sultan Johor. Walaupun banyak kilang yang tak ambik cuti ni, aku tetap cuti. Apatahlagi hari ini hari isnin. Klinik mesti ramai dengan yang nak ambik cuti free. Sakit itulah, sakit inilah. Lebih baik aku pun cuti jugak. Jadi tak payah tension2 nak beri MC ke tidak. Kalau fikirkan duit, memang bagus bukak klinik. Tapi duit banyak kalau hati tak senang buat apa? Baik duduk rumah, mengemas apa yang patut sambil tu tengokkan pelajaran anak2.

Semalam, ada majlis Perkahwinan Liza dan Mail. Majlis di rumah pengantin lelaki pulak. Bukannya jauh sangat pun. Kahwin sekampung. Tak sampai 5 minit perjalanan dah sampai dah. Dah lama betul aku tak menyusuri jalan2 kampung Felda Bukit Besar. Terutamanya jalan2 di peringkat A. Aku lalu jugak sekolah menengah tempat aku belajar dulu. Tempat aku mula menyemai cinta terhadap wife aku. Ramai tak tahu, aku dah kenal wife aku sejak tingkatan 4 lagi. Masa tu aku duduk sebaris dengan dia di kela…

Aku dan Michael Jackson

Belum pun reda kena kejutan elektrik sebab team bolasepak Sepanyol kalah mengejut 2-0 di tangan USA, aku dikejutkan pula dengan kematian idola aku zaman kanak2 dulu, Michael Jackson. Aku baru rancang nak tulis pasal team Sepanyol tiba2 ada cerita lebih bagus pulak iaitu pasal Michael Jackson.
Kalu bukan kerana Michael Jackson, aku tak kenal penyanyi2 orang putih apatahlagi tentang lagu2 mereka. Sekitar awal 80-an iaitu masa tu aku baru 10-12 tahun, kat mana2 orang sibuk menari dan berjalan gaya ala-ala Michael Jackson. Seluar gelap ketat singkat, stokin putih, sarung tangan sebelah, topi dan baju kilat2 jadi trend masa tu. Moonwalking lah yang paling senang nak buat. 'Gaya menari dan jalan tipiskan tapak kasut' itulah kalau nak senang ingat. Masa tu seingat aku, tv masih hitam putih lagi. Elektrik pun belum ada lagi kat felda. Masa tu music video ala2 MTV ni baru aje diperkenalkan. Michaellah yang mempeloporinya. MTV lagu2 Thriller, Beat It, Billie Jean dsb memang selalu sang…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Pagi hari minggu, aku masih di bandaraya Johor Bahru. Sarapan di Newsroom Cafe di Lobby Puteri Pacific Hotel terasa biasa sahaja. Makanannya kurang pelbagai dan rasanya pun biasa2 sahaja. Cuma persekitarannya yang bersih, perkhidmatan yang cekap dan suasana yang sunyi melapangkan fikiranku. Walaupun ramai Mat Saleh dan orang2 tempatan, masing2 tertib dan tidak bising2 macam kat hotel2 lain yang selalu aku pergi. Lepas sarapan, anak2 aku pergi mandi kolam dan aku sambung tidur kat bilik. Nak tak nak, pukul 12 dah kena check out. Tak puas rasanya bercuti.

Tengahari itu, suasana agak pelik kerana kereta tak banyak di jalan. Sepanjang jalan di pantai Lido, lengang semacam aje. Macam jalan2 di KL pada hari raya pertama rasanya. Aku sempat singgah makan tengahari lauk kampung di Restoran ZZ sebelah Hospital Sultanah Aminah. Ini tempat yang aku tak pernah missed kalau ke JB. Lauknya sangat pelbagai dan harganya sangat2 berpatutan. Banding breakfast, lunch disini jauh lebih bagus. Aku biasan…

Aku dan Chicken A La Carte

http://www.cultureunplugged.com/play/1081

Antara sikap buruk orang2 Malaysia yang aku paling benci sekali ialah suka membazir di meja makan. Tak kiralah makan di warong mamak ke, warong tepi jalan ke, restoran2 fast food, cafe2 di hotel ataupun makan2 free di jemputan kahwin atau majlis2 keramaian. Aku paling benci kalau makhluk2 dua kaki ini ambik makanan bukan main banyak lagi tapi lepas tu makan hanya sedikit dan selebihnya ditinggal begitu sahaja.
Paling terkini ialah masa majlis perkahwinan adik aku. Ada beberapa orang yang aku kenal yang kononnya dah biasa makan2 sedap di hotel2 mewah membuat perkara yang sama. Baki makanan lauk pauk yang ditinggalkan di atas pinggan mereka seolah2 menunjukkan lauk tu tak setaraf dengan status politik mereka. Nasik putih, sayur lemak, ayam kicap, ulam timun tu bukan taste mereka agaknya. Kalaulah makanan tu tak sedap, tak payahlah nak ambik banyak2. Langsung tak ambik dan tak makan pun takpa. Ramai lagi orang2 lain yang boleh makan masakan itu.

Aku Dalam Dilemma

Hari isnin lepas, kakak aku call aku. Dia kata abang ipar dia nak bawak emak dia jumpa aku. Dia baru ambik emak dia daripada kampung. Emak dia dah umur 70 tahun. Ada suami baru. Emak dia kena stroke kira2 setahun lepas. La ni dah lama benar dah tak boleh jalan. Hidupnya hanya baring di kerusi malas. Segala urusan kehidupan dia diuruskan oleh anak2. Kakak aku cerita masa dia balik tengok emak dia, keadaannya langsung tak terurus. Badannya tinggal tulang dan kulit sahaja. Rasanya suami dia langsung tak prihatin dengan keadaannya.
Kakak aku nak suruh aku tengokkan emak mertua dia dan tolonglah apa2 yang patut. Kalau dah tak boleh jalan, macamana nak bawak ke klinik? Aku cakap takpalah. Nanti aku datang melawat kat rumah dia. Petang Selasa aku sampai kat rumah anak bungsu dia. Aku tengok dia tengah tidur di kerusi malas bertemankan cucunya. Aku lihat dia masih sihat lagi cuma keadaannya kurus kering. Bila aku panggil dia masih menyahut. Dia masih boleh buka mata dan bercakap2. Kaki dan t…

Aku dan 18.06.09

18 Jun 2009: 1. Sultan Johor bertitah bahawa baginda tidak setuju dengan rancangan untuk membina jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura. Aku cukup setuju kerana yang untung hanya sebelah pihak sahaja.
2. Mursyidul PAS naik angin hari ini dengan Timbalan Presidennya yang baru yang sibuk nak berunding dengan BN untuk penubuhan kerajaan campuran.
3. Anwar Ibrahim pula sibuk naik mahkamah untuk menfailkan pembatalan kes salahlaku beliau. Negara sibuk dengan macam2 masalah, dia pulak sibuk dengan agenda2 peribadi dia.
4. Pasaraya Besar ECONSAVE Tmn Putri dibuka hari ini.
5. Aku menyambut harijadi aku yang ke 38 hari ini.
Kepada sahabat2 yang mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran hidupku sama ada melalui SMS, Yahoo Messenger, Facebook, email dan sebagainya, aku ucapkan terima kasih. Antara yang aku dapat hari ini: CELCOM beri aku panggilan dan SMS selama seminggu kepada 8 nombor favorites aku.PUBLIC BANK hantar surat suruh aku beli insuran kemalangan sempena harijadi aku.HOND…

Aku sebagai General Practitioner

Pada 1hb tujuh nanti, genaplah 12 tahun aku menjadi seorang doktor bertauliah. Satu kerjaya yang aku cita2kan semenjak kecik lagi. Masuk tahun ini pulak, dah 7 tahun aku bekerja sendiri di klinik sendiri ataupun istilah sainsnya menjadi G.P ( General Practitioner ). Ramai orang beranggapan cukup mudah jadi G.P ni. Asyik kira duit aje hari2. Kerjanya duduk2, cakap2 dengan pesakit, tulis ubat, tulis MC lepas tu charged 20-30 ringgit untuk kerja yang tak sampai pun 10 minit. Tapi adakah itu realitinya? Ini yang aku nak cerita...

Kalau mengikut ranking, doktor swasta terletak paling bawah sekali dalam carta. Dulu doktor merupakan satu kerjaya yang sungguh murni dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Kini tak lagi. G.P/Doktor swasta biasanya digambarkan seorang yang boleh dijual beli dengan duit. Ada duit semua jadi. Mereka dikatakan hanya nampak duit sahaja sehinggakan segala benda boleh dijadikan duit. MC boleh jadi duit, ubat batuk boleh jadi duit, ubat tidur boleh jadi duit dan peremp…

Aku dan Minggu Ini

Minggu cuti persekolahan ni, klinik aku lengang. Ramai yang pergi bercuti agaknya. Jadi, sakit sikit2 semua simpan dulu. Masa aku ke hospital pun suasananya sama sahaja. Jadi, banyak perkara2 lain yang aku boleh buat.
Walaupun cuti sekolah, anak aku yang nak ambik UPSR masih ada kelas tambahan kat sekolah. Jadi pukul 8 aku dah sampai kat klinik sebab kena hantar dia ke sekolah. Biasanya aku duduk kat restoran dekat klinik aku sambil baca suratkhabar dan sarapan. Kadang2 Ezanee join sama, kadang2 staf hospital pun ada. Jadi, adalah kawan untuk sembang2.
Hari Selasa, aku ke RHB Senai untuk tandatangan borang memohon penurunan interest pinjaman perumahan aku. Staf kat kaunter tu macam pelik aje bila aku cakap aku nak mintak borang tu. Bila aku cakap aku dah call minggu lepas baru dia terkial2 nak cari borangnya. Dia kata tak ramai orang tahu pasal hal ni. Aku cakap kawan aku dari KL yang beritahu. Dia suruh aku sain satu borang kosong dan kemudian suruh aku poskan Offer Letter. Proses d…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini kisah sepupu aku. Umurnya dah lebih 45 tahun. Dia anak sulung daripada 6 adik-beradik. Antara ramai2 adik-beradiknya, pelajarannya paling rendah. Dia jarang bercakap dan lebih banyak mendiamkan diri. Ketika adik-beradiknya yang lain sibuk bekerja dan berumah tangga, dia hanya duduk di rumah emaknya menolong memotong buah kelapa sawit di kebun bapaknya. Dia jarang berhibur atau keluar mencari kawan. Dia takda kawan perempuan dan perkahwinannya diatur oleh sedara-maranya. Rasanya di cuma lulus darjah 6 sahaja dan kerja yang layak untuknya adalah menjadi buruh kasar sahaja.

Tapi orang baik macam dia, hidupnya sentiasa dipermudahkan oleh Allah. Selepas berkahwin, dia dapat kerja di makmal felda dan dapat pula duduk di rumah kuarters. Walaupun berkahwin ketika umur mencecah 40-an, dia dikurniakan 2 anak perempuan yang juga pendiam sepertinya. Isterinya pun macam dia jugak. Pendiam. Aku pernah pergi ke rumah dia masa hari raya tahun lepas. Walaupun orang ramai, dia bukak tv cukup perla…

Aku dan Majlis Perkahwinan

Cuti sekolah dah bermula. Dua minggu. Anak2 kat rumah dah bising sebab tak da program Jalan Jalan Cari Makan macam selalu. Sabtu dan Ahad lepas, aku kena berkampung di rumah emak mertua aku. Jiran depan rumah emak ada buat majlis perkahwinan anak dia. Pada hari yang sama, ada 5 lagi majlis perkahwinan di kampung emak aku. Banyak jalan kena tutup sebab masing2 pasang balai kat tengah jalan. Cuba bayangkan andai kesemua 6 majlis itu anda dijemput? Berapa banyak yang anda boleh makan? Berapa banyak sumbangan/salam kaut yang boleh anda berikan? Bermakna, banyak makanan yang akan dibazirkan sebab tetamu yang datang semua dah kenyang. Dan dua, target wang sumbangan untuk cover cost majlis tak sampai. Kalau aku jadi bapak pengantin, pening kepala aku. Majlis kahwin sekarang tak macam dulu. Dulu semuanya atas dasar tolong menolong. Banyak yang dapat free. Sekarang tak lagi. Semuanya nak kena bayar. Majlis kahwin dah jadi sumber pendapatan dan perniagaan untuk orang lain.

Aku beri contoh majlis…