Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Jun 2009

Aku Hantu Durian

Aku dan wife aku bukan termasuk dalam spesies hantu durian. Tapi kalau ada, selagi tak habis kami bedal. Aku tak berapa pandai memilih durian. Gred2 durian pun aku tak kisah. Janji sedap. Wife aku lagi pandai agaknya. Lagipun, dia kalau bab tawar menawar harga memang no satu. Jadi urusan jual beli, aku serahkan kat dia.

Aku mula kenal durian sejak kecik2 dulu. Arwah nenek belah abah ada dusun durian sendiri di Kg Sg Resik, Muar. Kalau waktu musim durian, abah selalu ajak aku bermalam kat rumah nenek aku. Waktu malam, dengar bunyi durian jatuh syok betul. Bangun pagi terus pergi ke dusun dulu. Bersarapan dengan durian. Waktu siang, bila dengar bunyi durian jatuh terus jer berlari cari kat mana jatuhnya. Sekarang, nenek aku dah takda. Kebun tu pun dah jual dah.

Abah pun takda kebun atau dusun durian. Kalau nak makan durian, kena beli ataupun tunggu orang berilah. Dulu sebelum pegang duit sendiri, memang kena mengharaplah agar ada orang yang hantar durian ke rumah emak. Barulah dapat merasa durian. Pak cik aku yang kat Sg Sibol, dulu ada tanam beberapa batang pokok durian kat belakang rumah. Setiap kali musim durian gugur, dia mesti suruh aku datang ke rumah dia. Bila arwah pakcik aku dah takda, nenek aku pun sama. Setiap kali musim durian, dia mesti ingatkan emak aku suruh aku balik kampung. Kini kedua2nya dah takda. Pokok durian itu pun dah kena tebang sebab hampir sangat dengan rumah.

Bila dah berkahwin dan pegang duit sendiri, aku beli sendiri kalau teringin nak makan durian. Tak semestinya yang mahal tu sedap. Sedap ke tak sedap itu ikut lidah masing2 menilaikannya. Masa kerja dengan kerajaan dulu, aku banyak hari cuti. Kalau cuti aje, aku sanggup drive sampai ke Segamat, Pontian dan Muar semata2 sebab nak makan durian. Ada beberapa kaedah nak beli durian yang aku rasa boleh dijadikan panduan. Ini teori akulah. Jangan percaya sangat.

1. Kalau nak beli durian, kena tengok siapa yang menjualnya. Kalau orang2 muda terutamanya Mat2 Indon atau budak2 melayu, aku tak beli. Mereka kurang berpengalaman dan tahu nak untung aje. Buah tak baik dikatanya baik. Lagipun dia sibuk pilihkan yang 'bagus2' padahal itu taktik nak habiskan stok. Kita nak 2-3 biji, diberinya 5-6 biji. "Ini buah bagus. Tak rugi beli bang!"Kalau cina2 tua yang jual itu boleh singgah. Apatahlagi jika berniaga didepan dusun dia. Mereka dah berpuluh tahun berniaga durian. Kalau dia yang pilih, maksudnya baguslah pilihan mereka.

2. Kalau nak beli durian, jangan bawak kereta besar2. Apatahlagi di gerai2 tepi jalan yang tak bubuh tanda harga. Harga naik kereta Wira tak sama dengan harga naik kereta Estima. Aku dah beberapa kali terkena. Tapi kalau apek2 yang jual, dia tak kira semua itu. Janji pembeli puas dan duriannya habis dijual.

3. Aku suka durian yang warna putih dan rasanya ada sedikit pahit. Wife aku pulak suka yang isi kuning dan tebal. Kadang2 apek yang jual durian tu boleh tolong pilihkan ikut citarasa masing2 terutama kalau durian yang dijual tu datang daripada kebun sendiri. Mereka dah tahu, durian itu daripada pokok mana dan bagaimana rasanya. Kalau mat2 indon yang jual, dia bagi yang besar2 dan berat2 sahaja. Kata isi bagus, tapi sampai rumah tawar rasanya.

4. Kalau disuruh pilih sendiri, aku suka pilih yang saiznya kecik2 dan bentuknya lonjong sedikit. Kalau nampak yang ada bekas ditebuk tupai lagi bagus. Itu buah isinya sedap sebab ikut teori aku, tupai pun pandai memilih jugak. Takkanlah dia susah2 nak pilih durian yang tak sedap kan?

5. Kalau di luar musim durian, aku jarang beli durian. Walaupun banyak gerai2 tepi jalan jual durian, itu durian import punya. Dari jauh memang cantik. Isinya tebal dan kekuningan tapi rasanya pelik sedikit. Ada sedikit kelat dan kurang manisnya; mungkin sebab ia bukan masak atas pokok. Mungkin juga dah bubuh bahan pengawet aku kurang pasti tapi durian Thailand memang kurang sedap berbanding tempatan punya.

6. Waktu paling sesuai untuk beli durian ialah waktu tengahari ataupun awal petang. Jangan beli durian diwaktu malam terutama di gerai2 yang guna lampu warna kuning dan malap. Durian biasanya dipungut awal pagi atau tengahari. Jadi makin awal kita beli, makin baru durian itu. Lagipun, masa tu pilihan banyak lagi. Kalau dah malam, durian dah tinggal saki baki sahaja. Yang sedap2 orang lain dah sapu dulu. Lagi satu, waktu malam warna durian sama sahaja. Kita tak boleh nak beza antara durian baru dengan durian lama.

Kalau kat Kulai ni, wife aku dah kenal beberapa peraih durian yang memang ada kebun durian sendiri. Dia tahu mana durian yang bagus mana tak bagus. Untuk musim ini, peraih2 tu dah tak dijumpai. Tempat2 biasa mereka berniaga, telah diambil oleh orang lain.

Sejak kahwin ni, baru aku tahu durian ni boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dulu aku hairan jugak bila ada orang makan durian dengan nasik ataupun dengan pulut. La ni tak lagi. Gula durian dan tempoyak dah biasa sangat dah. Malam semalam aku try masak Ikan Tilapia dengan Tempoyak. Anak2 makan dulu. Bila nak makan, mereka tinggalkan ikan aje. Kuahnya dah diperabih dengan anak2. Wife aku pernah buat resepi tempoyak, petai dan daun kunyit. Ini resepi dia belajar masa student kat Negeri Sembilan. Memang tak ingat orang lalu lalang kalau makan resepi ini dengan nasik panas.

Musim durian bermakna musim orang demam dan sakit tekak. Durian menyebabkan panas badan dan kering tekak. Sebab itu kalau makan durian kena minum air banyak2. Kalau tidak selang dua hari kena ke kliniklah jawabnya. Tapi musim durian datang setahun sekali. Ni waktu durian tengah murah, belasahlah cukup2. Demam ke, sakit tekak ke, itu lain cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan