Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Jun 2009

Aku dan Hari Ini

Hari ini orang Johor ramai yang bercuti. Hari ini cuti Hari Hol Sultan Johor. Walaupun banyak kilang yang tak ambik cuti ni, aku tetap cuti. Apatahlagi hari ini hari isnin. Klinik mesti ramai dengan yang nak ambik cuti free. Sakit itulah, sakit inilah. Lebih baik aku pun cuti jugak. Jadi tak payah tension2 nak beri MC ke tidak. Kalau fikirkan duit, memang bagus bukak klinik. Tapi duit banyak kalau hati tak senang buat apa? Baik duduk rumah, mengemas apa yang patut sambil tu tengokkan pelajaran anak2.

Semalam, ada majlis Perkahwinan Liza dan Mail. Majlis di rumah pengantin lelaki pulak. Bukannya jauh sangat pun. Kahwin sekampung. Tak sampai 5 minit perjalanan dah sampai dah. Dah lama betul aku tak menyusuri jalan2 kampung Felda Bukit Besar. Terutamanya jalan2 di peringkat A. Aku lalu jugak sekolah menengah tempat aku belajar dulu. Tempat aku mula menyemai cinta terhadap wife aku. Ramai tak tahu, aku dah kenal wife aku sejak tingkatan 4 lagi. Masa tu aku duduk sebaris dengan dia di kelas 4 Sains Satu. Dia duduk belakang aku masa tu.

Dah 22 tahun waktu itu berlalu. Tapi rasanya perkenalan pertama masih tetap segar diingatan. Lain kali aku tulis bab2 jiwang ni. Cuaca masa majlis memang cantik untuk shooting. Aku bawak kit lens dan flash sahaja. Hasilnya bolehlah tahan sebab aku pakai bateri baru untuk flash aku. Majlis berakhir agak lambat sebab pengantinnya bersolek lama sangat. Aku yang tak makan tengahari, sampai pukul 4 petang masih belum boleh makan lagi. Akhirnya, pukul 4.30 baru dapat makan. Bagusnya dapat duduk dekat meja utama. Ada ayam golek, udang goreng, siakap masam manis, sotong celur dan sebagainya. Tapi hiasan secantik manapun kalau rasanya kurang sedap, memang tak sedap jugaklah. Ayam masak merah dan paceri nenas masakan orang rewang lagi sedap.

Ramai jugak orang2 Bukit Besar yang aku masih kenal. Yang kali terakhir jumpa masa aku bersekolah menengah dulu. Segala2nya dah berubah. Jalan2 kampung tu terasa makin sempit dan rumah2 peneroka semuanya semakin besar. Yang dah jadi banglo pun banyak. Yang tak berubah ialah rumah emak akulah. Maklumlah, rumah kuarters. Takkan nak robohkan dan jadikan banglo pulak. Bila emak nak pindah kat rumah sendiri aku pun tak tahulah.

Selepas majlis, aku balik ke Bandar Tenggara sekejap. Cadangnya lepas maghrib nak ke Kota Tinggi tetapi emak mertua aku mesti suruh tunggu makan malam dulu. Kalau lepas makan, memang tak pergilah jawabnya. Aku yang kena masak sebab emak kata dah tak tahu nak masak resepi macamana. Pukul 9 baru siap masak dan makan malam. Walaupun lauk biasa sahaja, tetapi bila makan berebut2 dengan keluarga Abang Shafiq, nasik satu periuk pun tak cukup. Anak2 mengeluh sebab tak dapat jalan2 ke Kota Tinggi. Pukul 9.30, kakak ipar aku yang duduk kat kampung sampai. Punyalah banyak buah tangan yang dibawanya. Rambutan, manggis, pisang, kemang, cuma durian aje yang takda. Sampai sakit perut aku sebab makan macam2.

Pukul 11.30 malam baru sampai kat rumah. Bangun pagi baru teringat hari cuti. Langsung sambung sampai pukul sembilan. Lepas tu kenalah mengemas apa2 yang patut. Aku kerah anak2 aku menolong sama. Mandikan kucing, lap habuk kat tingkap, lap kipas, vakum lantai.
Dan macam2 lagi kerja yang tak pernahnya habis kalau aku duduk kat rumah. Nak suruh maid, hari cuti maid pun kena cuti jugak. Itukan arahan kerajaan. Kenalah ikutkan? Kang boleh kena denda pulak. ( sapalah yang buang cadangan tak bijak nih?)

Pukul 3, aku bertolak ke Kota Tinggi. Dah terpaksa sebab dah janji dengan anak2. Kalau tidak, layan tidur bawah kipas dalam cuaca panas syok betul. Kat Kota Tinggi bukan buat apa pun. Si Ainaa nak ambik jam tangan dia yang dah dibetulkan. Sampai simpang KT-JB, hujan turun selebat2nya. Lagilah teringatkan bantal kat rumah.

Malam isnin duduk rumah best betul. Tak payah nak fikir2 pening kepala dengar masalah2 patient kat klinik. Kalau hari2 camni kan best? Semalam emak mertua aku suruh aku masak, hari ini anak dia pulak. Aku masaklah apa2 yang patut. Ikan Tilapia Masak Tempoyak dan Sayur Kailan Sos Tiram. Ezanee pulak balik dari kampung terus singgah rumah aku; hantar durian Muar. Pergh! dahlah target nak turunkan berat badan bulan lepas hancur berkecai, bulan ni pun sama. Tapi durian yang Ezanee hantar memang sedap. Tak sama dengan yang dibeli di tepi jalan.

Esok dah hari terakhir bulan enam. Bermakna dah separuh 2009 aku lalui. Bagaimana dengan azam2 tahun 2009 aku? Aku kena fikir2kan sambil sambung makan durian nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan