Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Jun 2009

Aku dan Hujung Minggu Ini

Pagi hari minggu, aku masih di bandaraya Johor Bahru. Sarapan di Newsroom Cafe di Lobby Puteri Pacific Hotel terasa biasa sahaja. Makanannya kurang pelbagai dan rasanya pun biasa2 sahaja. Cuma persekitarannya yang bersih, perkhidmatan yang cekap dan suasana yang sunyi melapangkan fikiranku. Walaupun ramai Mat Saleh dan orang2 tempatan, masing2 tertib dan tidak bising2 macam kat hotel2 lain yang selalu aku pergi. Lepas sarapan, anak2 aku pergi mandi kolam dan aku sambung tidur kat bilik. Nak tak nak, pukul 12 dah kena check out. Tak puas rasanya bercuti.

Tengahari itu, suasana agak pelik kerana kereta tak banyak di jalan. Sepanjang jalan di pantai Lido, lengang semacam aje. Macam jalan2 di KL pada hari raya pertama rasanya. Aku sempat singgah makan tengahari lauk kampung di Restoran ZZ sebelah Hospital Sultanah Aminah. Ini tempat yang aku tak pernah missed kalau ke JB. Lauknya sangat pelbagai dan harganya sangat2 berpatutan. Banding breakfast, lunch disini jauh lebih bagus. Aku biasanya ambik ikan bakar 2-3 ekor cicah sambal asam, pecal, ulam2, sambal belacan dan anak2 mesti ayam masak merah. Campur dengan air dan nasik putih untuk 5 orang harganya tak pernah lebih 35 ringgit. Kalau dikirakan kenyang perut memang berbaloi2 rasanya.

Pukul 4.30 pagi minggu, kawan baru aku Shahrol hantar beberapa SMS kepadaku. Bila dia dapat tahu aku ada kat JB, dia beri beberapa GARMIN location untuk menambah berat badan aku. Memang bagus suggestion dia tapi masa takda. Mungkin lain kali aku cari tempat2 yang dia suggest kan tu.

Sebelum balik, aku singgah ke Plaza Angsana. Tempat shopping favorite wife aku. Kat situ ada KAMDAR, ada EURO MODA dan berderet2 kedai kain, kain langsir, kedai tudung, kedai aksesori tudung dan macam2 lagi. Masa aku pergi tu ada Pameran Hasil2 Negeri Terengganu. Aku layankan ajelah. Wife aku beli baju raya kami sekeluarga untuk tahun ini. Seperti biasa, satu keluarga satu warna.

Dalam banyak2 kedai Melayu, ke kedai Cina jugak yang puashati. Satu, layanan bagus. Dua, pilihan banyak dan tiga, tawaran harga mereka kedai Melayu tak boleh nak lawan. Barang 150, wife boleh tawar tinggal 60. Tahun ini warnanya sesuai dengan jiwa aku. Wife suruh aku pilih. Tak macam tahun lepas. Warna purple tak sesuai langsung dengan jiwa aku. Kalau ikut aku, tak payah beli baju baru pun takpa sebab setiap tahun aku mesti ada sepasang. Baju melayu masa aku nikah dulu, aku masih boleh pakai lagi. Bermakna lebih 10 pasang baju melayu aku ada. Kalau recycle pun, tak siapa perasan. Tapi anak2 lelaki aku yang dua orang tu tengah membesar. Baju tahun lepas mana boleh pakai lagi dah? Maka nak tak nak, kena buat jugak baju baru.

Balik dari JB, wife aku dah mula tunjuk tanda2 demam, sakit2 sendi dan sakit tekak. Selagi tak batuk dan selsema selagi itulah aku tak risaukan sakit H1N1. Masa kat hotel, ramai gak mat saleh kat sana. Risau takut terjangkit sakit demam yang baru tu. Mampus aku kena kuarantin 14 hari nanti. Tapi rasanya durian punya pasal. Musim durian memang musim sakit tekak dan demam. Lagipun, wife aku punya kerja tak habis2. Kerja kat sekolah dan kerja kat rumah memang tak pernah habis. Wife aku memang jarang jatuh sakit. Tapi bila dah kena sakit, memang teruk punya. Nasib baik husband dia ada kedai ubat sendiri. MC pun boleh tulis sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan