Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Jun 2009

Aku dan Michael Jackson


Belum pun reda kena kejutan elektrik sebab team bolasepak Sepanyol kalah mengejut 2-0 di tangan USA, aku dikejutkan pula dengan kematian idola aku zaman kanak2 dulu, Michael Jackson. Aku baru rancang nak tulis pasal team Sepanyol tiba2 ada cerita lebih bagus pulak iaitu pasal Michael Jackson.

Kalu bukan kerana Michael Jackson, aku tak kenal penyanyi2 orang putih apatahlagi tentang lagu2 mereka. Sekitar awal 80-an iaitu masa tu aku baru 10-12 tahun, kat mana2 orang sibuk menari dan berjalan gaya ala-ala Michael Jackson. Seluar gelap ketat singkat, stokin putih, sarung tangan sebelah, topi dan baju kilat2 jadi trend masa tu. Moonwalking lah yang paling senang nak buat. 'Gaya menari dan jalan tipiskan tapak kasut' itulah kalau nak senang ingat. Masa tu seingat aku, tv masih hitam putih lagi. Elektrik pun belum ada lagi kat felda. Masa tu music video ala2 MTV ni baru aje diperkenalkan. Michaellah yang mempeloporinya. MTV lagu2 Thriller, Beat It, Billie Jean dsb memang selalu sangat main kat tv masa tu. Kesana sini orang terjerit2 bila nampak Michael Jackson. Semua semacam hysteria bila jumpa dia. Anugerah2 musik tahunan memang muka dia aje yang menang. Dia memang genius dan pure entertainer.

Selain terkenal dengan pembaharuan dalam muzik yang dibawanya, dia juga dikenali dengan tabiat dia yang agak pelik. Bila dah kaya dan ternama, hal2 peribadi semua orang nak tahu. Bila duit dah banyak dan tak tahu apa nak buat dengan duit tu, mulalah beli benda yang bukan2. Masuk tahun 2000, Michael dikenali lebih kerana kontroversi kehidupannya berbanding dengan lagu2 dan karier muziknya. Macam2 cerita pelik kita dengar. Satu, bila dia tiba2 berubah daripada hitam kepada putih. Dua, bila dia menjadi terlalu obses dengan penampilannya dan juga plastik surgeri. Tiga, bila dia mula dikaitkan dengan perkara tak senonoh dengan budak2 dan keempat, bila dia asyik kena saman dengan orang2 disekelilingnya. Orang juga pelik bila dia kahwin beberapa kali terutama dengan anak Elvis Presley. Macam tak percaya pulak. Dia juga suka kepada benda2 pelik dan antik dan kisah dia beli rangka Elephant Man masih misteri sehingga sekarang.

2-3 tahun lepas, kehidupan dia mula diselubungi hutang akibat tuntutan mahkamah yang tak habis2. Dia mula menyepikan diri jauh daripada media. Dijangkakan, bulan depan dia nak buat come back dengan memulakan konsert jelajahnya bermula di England. Beliau juga dijangkakan akan buat rakaman album baru. Tapi nampaknya, segala2nya tak kesampaian.

Beliau meninggal dunia dirumahnya akibat serangan jantung pagi semalam. Ada macam2 cerita yang didengar. Ada kata dia terlebih makan ubat, ada kata dia diracun dan macam2 cerita lagi. Dianggarkan kematiannya meninggalkan hutang sebanyak US500 million iaitu kira2 RM1.8 billion. Kematiannya meninggalkan banyak kenangan pahit manis kepada kita yang hidup. Aku akan mengingatinya sebagai manusia paling pelik pernah aku ketahui.

Ada cerita menyatakan bahawa dia dah masuk islam. Semoga hal itu benar dan dapatlah dia dikebumikan secara islam. Nak sedekah Al-Fatihah ke nak ucap R.I.P ni? Entahlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan