Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Jun 2009

Aku dan Minggu Ini

Minggu cuti persekolahan ni, klinik aku lengang. Ramai yang pergi bercuti agaknya. Jadi, sakit sikit2 semua simpan dulu. Masa aku ke hospital pun suasananya sama sahaja. Jadi, banyak perkara2 lain yang aku boleh buat.

Walaupun cuti sekolah, anak aku yang nak ambik UPSR masih ada kelas tambahan kat sekolah. Jadi pukul 8 aku dah sampai kat klinik sebab kena hantar dia ke sekolah. Biasanya aku duduk kat restoran dekat klinik aku sambil baca suratkhabar dan sarapan. Kadang2 Ezanee join sama, kadang2 staf hospital pun ada. Jadi, adalah kawan untuk sembang2.

Hari Selasa, aku ke RHB Senai untuk tandatangan borang memohon penurunan interest pinjaman perumahan aku. Staf kat kaunter tu macam pelik aje bila aku cakap aku nak mintak borang tu. Bila aku cakap aku dah call minggu lepas baru dia terkial2 nak cari borangnya. Dia kata tak ramai orang tahu pasal hal ni. Aku cakap kawan aku dari KL yang beritahu. Dia suruh aku sain satu borang kosong dan kemudian suruh aku poskan Offer Letter. Proses dalam 2 minggu dan nanti bank akan hantar satu agrement baru. Kalau lulus, aku boleh dapat BLR-1.8% iaitu kira2 3.75% berbanding 6% sekarang.

Kat AmBank lagi senang. Staf yang in-charge aku dah jumpa kat klinik pagi itu. Nampak muka aku dia terus hulur borang. Sain borang kosong jugak dan tunggu 2 minggu untuk sain agrement baru. Walaupun nombor2 tu nampak kecil, tapi kalau buat pinjaman 25-30 tahun, banyak interest yang aku boleh jimatkan. Kalau aku kekalkan bayaran bulanan aku, tempoh pinjaman boleh dikurangkan 5-10 tahun. Dan kalau aku kurangkan bayaran bulanan, duit tu bolehlah aku cover untuk bayar instalment kereta baru aku. Maklumlah, ada kereta baru. Macam2 aksesori nak ditambah.

Hujung minggu ini, rumah emak aku akan sibuk dan penuh sesak dengan sedara-mara. Dah lama emak tak buat majlis kahwin iaitu kira2 13 tahun yang lalu. Aku bukannya suka sangat orang ramai2 ni. Apatahlagi sembang2 dengan sedara-mara yang aku tak kenal sangat. Kalau kat tengah2 majlis pun sibuk tanya pasal sakit itu sakit ini, rimas aku dibuatnya. Kalau nak tanya pasal penyakit datang ke klinik lah.

Sepupu aku dah dipindahkan ke Hospital Besar. Doktor kat hospital daerah macam takut nak merawat sepupu aku. Terus dirujuknya ke HSAJB untuk rawatan pakar. Khabarnya sepupu aku dah beransur sihat selepas 3 pint darah ditambahkan dalam badan dia. Masa aku tunggu sepupu aku sementara nak register masuk wad, aku lihat kelam-kabut nurse dan doktor kat situ buat kerja. Mana yang tak boleh semua jadi boleh. Mana yang boleh didahulukan, didahulukan. Mereka tak sabar nak suruh aku pergi dari situ gamaknya. Nasib baik aku tak buat official complaint. Darah dah tinggal suku pun masih disuruh balik rumah. Giler...

Esok adik aku akan akad nikah di masjid kira2 jam 11 pagi. Aku dah charged bateri kamera aku dan aku nak try buat photojurnal untuk majlis perkahwinan adik aku tu. Tengok boleh jadi professional photographer atau tidak. Setakat ni aku masih confused lagi. Nak guna lens yang mana, nak guna flash ke tidak, ISOnya berapa, aperture nak besar ke kecik, dan sebagainya. Ala! redah ajelah. Kalau tak cantik, delete je. Tak pun edit dengan Photoshop. Habis cerita.

Malam ni rasanya rumah emak aku mesti penuh sesak dengan sedara-mara. Aku masih kat klinik lagi. Dalam hati memang melonjak2 nak balik kampung jumpa sedara dan menolong apa2 yang patut. Tapi aku ada tanggungjawab lain yang lebih besar. Esok aku cuti. Lusa aku cuti. Dah beberapa kali aku call kampung tapi tak dapat nak cakap dengan emak. Emak terlalu sibuk uruskan macam2 hal. Aku berdoa semoga segala2nya berjalan dengan lancar.

Harap aku dapat upload gambar2 majlis yang cantik2 dalam blog ini nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan