Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Jun 2009

Aku dan Chicken A La Carte

http://www.cultureunplugged.com/play/1081

Antara sikap buruk orang2 Malaysia yang aku paling benci sekali ialah suka membazir di meja makan. Tak kiralah makan di warong mamak ke, warong tepi jalan ke, restoran2 fast food, cafe2 di hotel ataupun makan2 free di jemputan kahwin atau majlis2 keramaian. Aku paling benci kalau makhluk2 dua kaki ini ambik makanan bukan main banyak lagi tapi lepas tu makan hanya sedikit dan selebihnya ditinggal begitu sahaja.

Paling terkini ialah masa majlis perkahwinan adik aku. Ada beberapa orang yang aku kenal yang kononnya dah biasa makan2 sedap di hotel2 mewah membuat perkara yang sama. Baki makanan lauk pauk yang ditinggalkan di atas pinggan mereka seolah2 menunjukkan lauk tu tak setaraf dengan status politik mereka. Nasik putih, sayur lemak, ayam kicap, ulam timun tu bukan taste mereka agaknya. Kalaulah makanan tu tak sedap, tak payahlah nak ambik banyak2. Langsung tak ambik dan tak makan pun takpa. Ramai lagi orang2 lain yang boleh makan masakan itu.

Pembaziran makanan lebih ketara kalau makan stail buffet di hotel2. Aku tahulah korang pun bayar. Aku pun bayar jugak. Ambik banyak2 dan kemudian tinggal dalam pinggan. Apa salahnya ambil sedikit dulu, kalau sedap barulah ambik lebih. Kadang2 orang lain nak merasa, tak dapat sebab korang dah pulun habis. Kalau semuanya masuk dalam tembolok takpa. Ini sepah2 atas meja sahaja. Rasa nak baling dengan kerusi aje mamat2 ini.

Aku dan wife aku selalu pesan kat anak2 aku. Kalau makan jangan sampai bersisa. Itu semua rezeki Allah beri. Sebiji nasi itu ibarat setitik peluh petani. Itulah ibarat susahnya nak menghasilkan makanan di atas meja.

Video di atas aku nak suruh anak2ku tengok selalu. Biar imej2 itu sentiasa kekal diingatan mereka. Kesenangan kita mendapatkan makanan tidak bermakna kita boleh membazir sesuka hati. Sisa2 makanan kita adakalanya menjadi makanan utama orang lain. Tapi ini bukan caranya untuk bersedekah. Banyak lagi cara lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan