Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Aku dan Agen2 Insuran

Ada banyak syarikat insuran kat Malaysia ni sama ada local atau international. MAA, Prudential, Great Eastern, Allianz, ING, AIA dan macam2 lagilah. Rasanya hampir semua company tu pernah datang dan hantar proposal kat aku. Pelbagai ragam agen insuran yang aku dah jumpa. Macam2 perangai. Macam2 cara mereka guna untuk nak tarik minat kita supaya beli insuran dengan dia. Kat klinik aku, kalau ada yang nak jumpa aku atas alasan bisnes dan tak nak register nama, hanya ada 3 kategori: nak ajak join MLM, nak jual insuran atau nak pungut derma. Ketiga2nya aku tak nak layan. Buang masa sahaja.

Pengalaman pertama aku ialah masa baru kerja houseman kat Muar. Masa tu buta kayu lagi. Ada satu agen daripada company AIA tu datang banyak kali cari aku tapi tak sempat2 nak jumpa aku. Maklumlah houseman. Kerja tak habis2. Satu hari tu dia dapat jumpa aku. Banyak penerangan tentang insuran dia cuba terangkan tapi aku tak berapa nak faham. Mungkin sebab kerja banyak, mata mengantuk atau sebab perkataan…

Aku dan Kisah Pesakitku

Balik kerja petang tadi aku dikejutkan dengan satu berita kematian. Bukan satu tapi 5 sekeluarga. Keluarga ini selalu datang ke klinik aku. Anak2 dia, wife aku ada ajar di sekolah. Salah seorang anaknya juga sekelas dengan anak aku. Rasanya 3 hari lepas arwah kakak tu ada datang ke klinik aku. Aku pun selalu nampak dia tunggu anak dia balik sekolah. Takku sangka. Itulah kali terakhir aku melihat mereka.

Petang ini mereka sekeluarga bercadang nak balik kampung di Batu Pahat. Dalam satu kereta Wira, ada suami, ada isteri, ada 4 orang anaknya umur 16, 13, 10 dan 8 tahun. Dia juga bawak seorang anak orang lain yang dia tolong jagakan berumur 1 tahun. Sementara menunggu lampu merah ke hijau di Jalan JB-Ayer Hitam iaitu di pekan Kelapa Sawit, satu lori pasir tiba2 melanggar belakang kereta mereka. Diberitakan pemandu lori itu tertidur dan langsung tidak menekan brek. Kereta Wira mereka hancur remuk dan 5 daripada 7 penumpang di dalamnya meninggal dunia di tempat kejadian. Yang selamat anak…

Aku dan Skim Piramid Lagi

Asia Ceramic
Ceramic e-mart
Ceramic Business Club
www.ceramicclub.net
Pemenang anugerah:
1. SMI & SME 3rd Business of the Year Award( Emerging Company)
2. 7th Asia Pasific International Enterpreneur Award 2008 (Excellence Brand)
3. 7th Asia Pasific International Honesty Enterprise Keris Award 2008

MENJANA PENDAPATAN TETAP DAN BERTERUSAN Modal berpatutan sekali seumur hidup dan mendapat untung yang berterusan...Konsep trading dan saving berterusan...Menggunakan konsep modal pusingan...Sah disisi undang-undang...Bukan MLM atau Skim Cepat Kaya...Sangat sesuai untuk simpanan hari tua anda...0% Risiko kerugian... Paparan di atas adalah sebahagian daripada kandungan katalog yang pesakit aku beri kat aku. Dia beriya2 benar nak aku jadi part of his networks. Pada aku senang aje. Apa2 program pun kalau dia isytihar dia Bukan MLM, Bukan Piramid, Bukan Skim Cepat Kaya, aku takkan percaya. Bila baca isi kandungan katalognya, konsepnya masih sama iaitu:
1. Jadi ahli.
2. Beli produk atau pakej.
3. …

Aku Tak Fahamlah...

Aku dah 12 tahun jadi doktor. Aku dah masak sangat dengan karenah patient terutama yang melibatkan cuti sakit. MC adalah atas budi bicara doktor. Bila atas nama budi bicara, itu bermakna terpulanglah kepada doktor sama ada nak beri ke tidak. Tiada individu, tiada syarikat malah tiada polis atau lawyer yang boleh mempertikaikan budi bicara doktor.
Dari dulu lagi aku nak letak signboard besar2 kat depan pintu bilik aku. Aku nak tulis " NO MC SEEKERS ALLOWED" tapi aku tak sampai hati. Pemberian MC sepatunya atas masalah kesihatan sahaja. Hanya orang sakit layak dapat MC. Sebab itu ia disebut cuti sakit. Tapi pesakit dah semakin menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. MC digunakan untuk cuti balik kampung, untuk jaga anak sakit, untuk melawat saudara di hospital, untuk hantar saudara bertunang, untuk jemput emak mertua di airport, dsb. Kalau aku listkan memang sampai esok tak habis punya.
Aku tak pernah berniaga jual MC. Aku tak pernah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk ke…

Aku dan Pinjaman Rumahku

AmBank dah approved permohonan aku untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman rumah aku. Kalau dulu aku kena BLR+0.5%, sekarang kadarnya ialah BLR - 1.7%. Dengan kadar BLR sekarang iaitu 5.5%, bermakna kadar baru aku ialah 3.8%. Antara syarat2 baru yang dikenakan ke atas pinjaman aku ialah: 1. Aku tidak boleh buat pinjaman semula atau buat full settlement dalam tempoh 5 tahun akan datang. Kalau aku buat jugak, akan kena penalti 5% atas baki pinjaman. 2. Dalam tempoh 5 tahun ini juga, aku tak boleh mohon semakan semula kadar interest. 3. Aku kena bayar instalment macam biasa tetapi duit lebih akan ditolak ke pinjaman pokok. 4. Aku kena bayar RM50.00 sebagai yuran perkhidmatan.
Untuk jangka pendek, memang tak nampak untungnya. Tapi untuk jangka panjang iaitu tempoh 20 tahun akan datang, aku jimat banyak wang kurangkan bayar interest seterusnya dapat memendekkan tempoh pinjaman. Aku dah congak, walaupun dah 45 ribu lebih aku bayar secara disiplin tiap2 bulan, hutangya baru berkurang seki…

Aku dan Vaksin Selsema H1N1

Setelah menunggu sekian lama, baru hari ini aku dapat stok vaksin untuk mencegah Selsema Influenza A H1N1 atau ikut bahasa orang kampung Selsema Babi. Kalau ikut kajian asal, Selsema Babi yang bermula di Mexico tu mengandungi strain virus yang baru iaitu campuran virus babi, virus manusia dan virus burung. Ini menjadikan ianya lebih berbahaya kepada manusia kerana bila ada virus baru, badan manusia tiada pertahanan atau antibodi untuk menghalang serangannya.

Dikatakan juga virus baru ini sangat kuat dan boleh membunuh ramai manusia jika tidak dikawal. Strain baru ini dikatakan boleh merosakkan sistem pernafasan seterusnya menyebabkan kematian. Antara percaya dan tak percaya, kita dimomokkan dengan kedatangan virus baru ini. Setiap hari media menghebohkan tentang penyebaran dan bilangan penghidap selsema baru ini yang semakin meningkat. Adakah itu realiti atau hanya dakyah2 pembuat vaksin untuk melariskan jualan vaksin mereka, kita sebagai pak turut hanya mengikut sahaja telunjuk merek…

Aku dan Masalah Bangsa Sendiri

Aku tak faham betul dengan bangsa kita terutamanya kontraktor2 kecik nih. Aku seboleh2nya nak tolong bangsa sendiri. Kerja kecik2 kat rumah atau kat klinik seperti servis lampu, servis aircond, servis paip, ganti fius dan sebagainya seboleh2nya aku nak kontraktor2 bangsa sendiri buat. Setakat 50-100 ringgit aku tak berkira sangat. Tapi perangai dan gelagat mereka yang aku dah tak kuasa nak layan. Kalau kita tanya boleh buat tak? Jawapannya semua boleh. Tapi bila kita tunggu tak datang2. Bila call, kata sibuklah, kerja banyaklah, tak sempatlah, barang takdalah, pekerja takdalah. Kerja tak sampai satu jam bertangguh berhari2.
Paling senang deal dengan bangsa lain. Kalau janji pukul 2, pukul 2 dia sampai. Kalau rasa tak boleh sampai, dia call dan beritahu. Kalau rasa tak boleh buat, dia pass kat kawan yang boleh buat. Yang penting servis bagus dan kita boleh percaya kat dia.
Kat rumah aku tu, ada satu fius kat fusebox dah terbakar lama dah. Jadi ada beberapa lampu tak menyala. Nak harap…

Aku dan Michael Jackson (bab 2)

Email ini aku terima pagi tadi. Kalau benarlah teori ini, aku doakan semoga roh MJ (Mikaeel) akan dicucuri rahmat. Aku sedekahkan Al-fatihah untuknya juga.

Subject: MIKAEEL (MURDER) CONSPIRACY

MJ was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equalityof the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he hasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never grow up, forever a child.

That inspires him to build Neverland- a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life of his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim- true, Jermaine…

Aku dan Hobiku

Setiap orang ada hobi dan kegemaran masing2. Hobi adalah aktiviti2 sampingan yang dilakukan pada masa lapang. Kalau masa kecik2 dulu, hobi yang paling famous kalau isi biodata masa sekolah ialah mengumpul setem dan bermain bola sepak. Zaman kecik2 dulu, masa lapang memang banyak. Tak macam sekarang. Nak tidur pun kadang2 tak sempat. Hobi aku masa kecik2 dulu ialah bermain sorang2 kat rumah. Aku tak pandai berkawan dan tak suka sangat jumpa kawan2 sebaya sekitar rumah. Bersama2 memancing ke, mandi parit ke, main pondok2 ke, main basikal ke. Aku lebih suka duduk rumah main sorang2; berangan2 jadi Hang Tuah lah, jadi superherolah, bawak kereta sportlah. Masa tu mana ada tv. Alat2 permainan pun jarang sekali dapat beli. Jadinya, kayu, senduk, tilam dan bantal dijadikan alat2 permainan. Kenalah berimaginasi sikit.
Bila aku berpindah ke felda, aku dah mula pandai berkawan. Kat sekeliling rumah aku ramai kawan2 sebaya. Masa tu hobinya berkaitan dengan trend semasa. Kalau musim main hoki, se…

Aku dan Tabiat Buruk Orang Kita

Satu lagi tabiat buruk yang paling aku tak suka ialah MEROKOK DI TEMPAT AWAM. Aku bukan anti perokok. Masa student dulu pun, aku pernah gak hisap rokok untuk melepaskan tension. Yang aku tak suka ialah orang yang selamba merokok tak kira tempat. Dalam tempat tertutup pun masih nak hisap rokok jugak. Mereka bukannya kira asap rokok tu pergi kemana. Kalau ditelan terus takpalah. Ini dihembuskan ke orang2 sekeliling. Nak aje aku sound, kalau nak mati cepat, pergilah gali kubur sendiri. Tak payahlah nak ajak orang sekeliling sekali.

Wife aku memang pantang dengan bau asap rokok. Hilang terus selera makan dia kalau tengah makan tiba2 ada beruk2 yang menyalakan rokok kat sekeliling dia. Aku pun dah terikut2. Ada satu iklan tv tu tunjuk 2 orang tengah duduk kat bangku di taman. Seorang tengah makan karipap dan seorang lagi tengah hisap rokok. Mamat yang makan karipap tu naik angin bila terhidu asap rokok lalu dia offer karipap kat mamat yang hisap rokok tu. Bila mamat tu menolak karipap di…

Aku dan Pengalaman Servis Kereta

Sejak tahun 1997, aku dah pakai berjenis2 kereta. Bermula dengan Proton Saga Iswara, Perdana V6, Honda CRV, Perodua Kancil, Proton Wira, Toyota Estima dan terbaru sekali Honda Accord. Semuanya aku dah rasa memakainya. Nak tahu kereta apa paling mahal sekali maintenance nya? Jangan tak percaya, Saga Iswaralah yang paling mahal sekali. Nanti aku sebutkan kenapa.
Proton Saga Iswara 1.3s sedan yang aku beli masa kemuncak ekonomi sebelum ekonomi jatuh menjunam merupakan satu pembelian yang paling tidak berbaloi. Harga kereta tu masa tu ialah 43 ribu. Satu nilai harga yang tak sepadan dengan kualiti buatannya. Ada yang kata ianya ibarat tin milo bergerak. Sebab itulah Proton untung berbilion2 masa itu. Jual kereta dengan harga cekik darah. Lepas tu tambah aksesori yang bukan2. Strip untuk decoration kat pintu pun letak sebagai aksesori dengan harga 100 lebih. Itu belum kira tray bawah seat, alat pemadam api, keahlian Sahabat EON dan sebagainya. Kalau tak nak ambik full aksesori tu, lagi la…

Aku dan Semalam

( Update! abah patut ada apointment untuk buat MRI kaki dia petang ini. Doktor dah pesan selagi tak buat MRI jangan kerja berat2. Bila aku call kampung, emak cakap abah dah pergi kerja dah. Dia tak nak buat MRI tu sebab dah sihat katanya. Masa staf PSH call aku tadi untuk confirmkan scan tu, aku cakap abah tak nak buat. Staf tu ketawakan aje. Alahai, abahku. )
Sejak hari isnin, anak perempuan aku asyik mengadu sakit telinga aje. Setiap kali sakit, dia mengadu kat emak dia. Emak dia selalulah korek telinga dia dengan putik kapas. Walaupun selalu dikorek, telinga dia semakin sakit. Walaupun aku doktor, aku jarang ambik kisah pasal sakit anak2. Aku lebih pentingkan anak2 orang lain banding dengan anak sendiri. Kalau wife aku suruh ambik ubat demam, baru aku ambik bawak balik. Kalau wife suruh ambik ubat selsema, baru aku ambik bawak balik. Aku jarang menyimpan stok ubat kat rumah.
Hari selasa, aku nampak Ainaa menangis sebab sakit sangat. Bila aku check dengan oroscope, wax dah penuh dah…

Aku dan Hujung Minggu Ini

Malam minggu, aku bawak famili ke Jaya Jusco Taman U. Ada beberapa benda aku nak cari. Tapi sebenarnya aku nak jalan2 rehatkan fikiran. Mula2 aku masuk kat kedai video. Cadangnya nak cari CD soundtrack Transformers. Aku minat benar dengan lagu Linkin Park tu. Tapi malangnya, stok dah takda. Nak beli CD2 yang lain semuanya album2 kompilasi. Malas aku nak layan.

Lepas tu aku habiskan masa kat kedai kerusi urut OSIM. Dah banyak kedai/brand aku try sebenarnya tapi OSIM is the best. Semua kerusi urut tu aku try. Aku siap panggil wife aku sekali. Dapat urut free sapa yang tak nak. Amoi yang kat situ bercakap tak berhenti2 untuk promote barang2 dia. Tapi amoi tu bagus. Setiap soalan aku ada aje jawapannya.
Buat masa ni hanya tinggal 3 jenis kerusi urut sahaja. Paling murah RM5999( OSIM uMEDIC ) dan paling mahal RM10999( OSIM uYOYO ). Yang siap dengan muzik dan boleh sambung ke IPOD dah takda ( OSIM uPILOT). Paling baru jenis OSIM uDESIRE. Harga RM8999. Catalog tak keluar lagi. Aku try semuan…

Aku Bawa Abahku ke Putri Specialist

Aku jarang menggunakan status doktorku untuk kepentingan diriku. Aku juga jarang beritahu orang tentang statusku. Tapi semalam aku gunakan sepenuhnya. Pengalaman berdepan dengan paramedik yang banyak sangat songelnya bila berurusan di hospital tak kira hospital kerajaan atau swasta, memaksaku menggunakan statusku. Kalau mereka tak tahu kita ni doktor, dia layan kita macam biasa sahaja. Tapi bila dia tahu kita ni doktor, semuanya jadi pantas, cekap dan mudah. Hilang semua birokrasi. Semua jadi ramah dan mesra dengan kita.
Sebenarnya dah lebih seminggu abah sakit pinggang dan kaki. Dia kata makan ubat macam2 pun tak baik2 jugak. Dah kena jarum pun tak baik jugak. Tiap2 malam asyik bising aje sebab sakit sangat. Emak memang dah lali dah. Tapi Liza asyik call aku aje sebab tak tahan abah bising2 aje. Dah beberapa hari aku nak bawak abah ke hospital pakar tapi tak sempat2. Kalau aku boleh ambik cuti ke, ambik MC ke OKlah jugak. Ini aku kena tutup kedai. Hari2 biasa tak boleh. Nanti patien…

Aku dan Tabiat Buruk Orang Kita

Satu lagi tabiat buruk rakyat Malaysia yang aku paling tak suka ialah MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA. Setiap kali mereka membuang sampah, mereka beranggapan akan ada orang lain yang taleh dibayar gaji untuk memungut sampah yang telah mereka buang. Mereka membuang sampah dimana2. Kalau dalam kereta banyak sampah, mereka campak keluar tingkap. Kalau makan ke minum ke, kat situ mereka duduk kat situlah mereka tinggalkan sisa makanan mereka. Aku pernah terserempak dengan satu hamba Allah ni. Pagi2 start motor bawak plastik hitam, lepas tu tiba kat jambatan, dia campak beg plastik tu ke dalam sungai. Inilah budaya kita yang susah betul nak dikikis. Takda kesedaran sivik langsung.

Masa majlis kerja kahwin kat rumah emak aku dulu, sama jugak ceritanya. Sebelum maghrib aku dah pungut segala jenis sampah dan kumpulkan dalam plastik. Masuk waktu Isyak, aku dah nampak kotak2 rokok, tisu, puntung rokok, kulit telur, suratkhabar semuanya senang2 mereka buang kat bawah khemah. Sakit betul hati dibuat…

Aku dan Shinchan

Aku sememangnya peminat kartun. Daripada kecik sampai dah tua ni, aku tak jemu2 tengok kartun. Tapi bila umur makin meningkat dan masa terluang makin kurang, hanya kartun2 tertentu sahaja yang aku tengok. Antaranya ialah Spongebob Squarepant dan Crayon Shinchan. Aku nak cerita pasal Shinchan. Kartun yang tak pernah jemu ditonton walaupun dah berulang kali disiarkan.
Crayon Shinchan adalah anime/manga Jepun yang telah diterbitkan sejak tahun 1990 lagi. Ia mengisahkan kehidupan seorang budak nakal Shinnosuke Nohara dan keluarganya yang tinggal di bandar Kasukabe, Saitama Jepun. Beliau lebih dikenali dikalangan keluarga dan rakan2nya sebagai Shinchan. Keluarganya terdiri daripada bapanya Hiroshi Nohara, seorang pekerja kolar putih, ibunya Misae Nohara seorang surirumah sepenuh masa, adiknya Himawari Nohara dan anjing kesayangannya Shiro. Rakan2 karibnya ialah Nini, Masao, Bo dan Kazama. Watak2 sampingan seperti gurubesar, cikgu2 sekolah tadikanya, jiran2nya juga diselitkan. Mereka semua…

Aku Bosan Tengok Transformers

Malam tadi aku dah pegi tengok Transformers. Aku dan anak2 bujang aku sahaja. Wife dan Ainaa mana suka cerita2 tembak2 ni. Aku tengok kat Kulai Hypermarket sahaja. Malas nak drive jauh2, beratur panjang2 dan tunggu berjam2 untuk tengok di TGV atau Cathay di bandar. Kalau nak banding standard, panggung kat Kulai ni memang kurang serba serbi. Biliknya kecil, skrinnya kecil dan sound systemnya biasa2 sahaja. Itu tak penting. Yang penting aku tahu jalan ceritanya dan kesudahannya.
Aku booking tiket tengahari semalam. Tak payah beratur panjang. Tak payah pening2 nak pilih tempat duduk. Masa aku booking tu, semua seat masih kosong. Aku penonton yang ke lima rasanya. Aku ambik tayangan lepas maghrib. Start pukul 8 dan habis sekitar jam 10.20 malam.
Ada beberapa perkara yang aku nak komen pasal filem ini. 1. Filem adalah satu bentuk hiburan. Kalau tengok filem dan kena fikir macam2 pasal logik ke tak logik, patut ke tak patut, boleh ke tak boleh, itu bukanlah hiburan namanya. Itu dah kira ma…

Aku dan Kisah Pagi Ini

Pagi ini aku bersarapan ditempat biasa. Kalau hari2 biasa, biasanya aku bawak duit lebih. Manalah tahu terjumpa orang2 yang aku kenal. Bolehlah belanja bersarapan. Tapi hari Sabtu aku tak expect akan terjumpa dengan sesiapa. Maklumlah, ramai orang bercuti. Jadi aku bawak duit ngam2 untuk sarapan aku dan anak2.
Tiba2 aku terpandang bekas cikgu sekolah menengah aku dulu. Dia dan isteri dia. Dia tegur aku dulu. Aku ingat dia tak kenal aku tapi rupa2nya dia lebih daripada kenal. Hal2 wife, anak2, emak bapak dan adik-beradik aku semua dia masih ingat. Segan aku jadinya. Dan lebih segan lagi sebab aku tak dapat nak bayar harga sarapan dia yang cuma beberapa ringgit sahaja. Lepas aku bayar harga sarapan aku, baki dalam poket cuma seringgit tujuh puluh sen sahaja. Macamana nak bayar cikgu tu punya?
Maaflah cikgu. Dah lah aku tak cam muka dia, aku jadi pelokek pulak pagi ini. Malu aku. Nampaknya mulai hari ini, aku kena selalu stand by duit lebih dalam poket. Tak kira hari biasa ke hari hujun…

Aku dan Kisah Kawan Lama

Aku ada seorang kawan. Kawan sekampung. Umur kurang setahun daripadaku. Aku kenal dia sejak sekolah menengah dulu. Kami sama2 jadi pengawas sekolah. Lepas aku keluar daripada kampung, aku langsung takda hubungi dia sebab perhubungan aku dengan dia hanya sekadar kawan biasa. Tak akrab. Berbual2 pun jarang.
Sejak aku bukak klinik, dia selalu jugak datang ke klinik untuk rawatan. Isteri dia seorang cikgu. Wife aku kenal dia. Anak2 dia pun ada yang sekelas dengan anak aku. Aku tak tahu pelajaran dia sampai tahap mana tapi dulu dia pernah kerja technician kat kilang yang kebetulan menjadi panel kepada klinik aku. Semasa ekonomi tengah rancak, dia berhenti kerja kerana nak fully concentrate pada bisnes baru dia. Dia jadi agen jual insuran Takaful dan mula berjinak2 dengan bisnes jualbeli kereta. Dia juga cakap dengan aku nak buat bisnes macam2 termasuk yang melibatkan multilevel.
Sejak aku tak jadi panel klinik,itu aku jarang jumpa dia. Walaupun jarang jumpa, dia pernah beberapa kali memuj…

Aku dan Cerita Anak-Anakku

Ini cerita anak-anakku masuk pertandingan Saintis Muda dan Bercerita Bahasa Inggeris peringkat daerah Kulaijaya di Sek Keb Gunung Pulai pada hari sabtu yang lepas. Wife tak dapat nak hantar sebab dia kena jaga kelas sempena hari terbuka sekolah. Aku biasalah, kerja kerja dan kerja. Malu jadi bapak weh!
Anak aku yang sulung dah biasa sangat masuk pertandingan macam ini. Kat sekolah dia, kalau ada apa2 pertandingan cikgu incharge mesti cari anak aku dulu. Kalau dia tak boleh baru diberi kat orang lain. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Aku tak kisah pasal tu. Yang penting pendedahan dan semangat untuk mencuba.
Pertandingan2 berbentuk akademik biasanya cikgu2 kat sekolah lebih prihatin. Ada latihan dan tunjuk ajar terlebih dahulu. Tapi pertandingan2 berbentuk sukan, cikgu2nya macam endah tak endah aje. Latihan dibuat lebih kurang dan yang dipentingkan cuma penyertaan. Kena belasah teruk2 pun tak kisah. Contohnya pertandingan badminton awal tahun ini. Petang nak bertand…

Aku dan Tabiat Buruk Orang Kita

Hari ini aku nak lepas geram pasal sikap pemandu2 kenderaan jalan raya di Malaysia.

1. Sikap yang aku paling tak suka ialah cara mereka parking kereta. Bila mereka ada kereta, tak kira besar ke kecik mereka rasa setiap inci tanah kat Malaysia ni, bapak dia yang punya. Contoh paling dekat ialah depan klinik aku. Selang dua pintu daripada klinik aku, ada satu restoran. Setiap pagi kedai tu memang penuh dengan orang2 bersarapan pagi. Dahlah 3 petak parking depan kedai diletaknya meja makan, mangkuk2 ayun yang berkereta besar2 ni parking ikut suka sahaja. Kadang2 2 petak diambilnya, yang lain2 janji ada ruang sikit, mesti boleh parking punya. Senget ke kanan, senget ke kiri, melintang, membujur. Tak penting. Yang penting perut dah lapar. Memanglah kau duduk makan sekejap aje, tapi patut2lah. Orang lain pun nak parking jugak.

2. Cuba tengok kat hotel2 atau shopping2 kompleks. Kereta2 yang mahal2 boleh parking sebarang aje kat sekitar lobi dan entrance. Kereta2 yang kecik2 baru lalu aje, j…