Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Julai 2009

Aku dan Agen2 Insuran

Ada banyak syarikat insuran kat Malaysia ni sama ada local atau international. MAA, Prudential, Great Eastern, Allianz, ING, AIA dan macam2 lagilah. Rasanya hampir semua company tu pernah datang dan hantar proposal kat aku. Pelbagai ragam agen insuran yang aku dah jumpa. Macam2 perangai. Macam2 cara mereka guna untuk nak tarik minat kita supaya beli insuran dengan dia. Kat klinik aku, kalau ada yang nak jumpa aku atas alasan bisnes dan tak nak register nama, hanya ada 3 kategori: nak ajak join MLM, nak jual insuran atau nak pungut derma. Ketiga2nya aku tak nak layan. Buang masa sahaja.

Pengalaman pertama aku ialah masa baru kerja houseman kat Muar. Masa tu buta kayu lagi. Ada satu agen daripada company AIA tu datang banyak kali cari aku tapi tak sempat2 nak jumpa aku. Maklumlah houseman. Kerja tak habis2. Satu hari tu dia dapat jumpa aku. Banyak penerangan tentang insuran dia cuba terangkan tapi aku tak berapa nak faham. Mungkin sebab kerja banyak, mata mengantuk atau sebab perkataan2 teknikal yang digunakan agak janggal bagi aku. Yang aku tahu, kalau aku sakit tenat atau mati, ahli keluarga yang terdekat akan dapat duit insuran. Nak banyak atau sikit terpulang berapa aku nak bayar setiap bulan.

Masuk kali ketiga dia datang, aku sain. Malaslah nak cerita banyak. Sebabnya ialah aku memang nak ada perlindungan insuran dan takda lagi agen lain yang datang approach aku masa itu. Mula2 dia suruh aku bayar premium untuk dua bulan dan lepas tu company akan tolak akaun bank aku tiap2 bulan.

Lepas 3 bulan, agen tu datang cari aku. Dia kata borang yang aku isi tu tak valid dan dia suruh isi borang baru. Dia juga suggest aku bayar untuk setahun terus dan lepas tu baru tolak akaun bank. Hidup sebagai houseman memang sibuk. Aku takda masa nak survey company lain atau tanya kat bank apa masalahnya. Jadi aku pun bayar, tapi untuk 6 bulan sahaja. Selebihnya aku nak guna akaun bank.

Lepas tu aku pun diam. Agen tu pun diam. Aku pun tak teringat langsung pasal insuran itu. Maklumlah pengantin baru masa tu. Bila aku dah pindah ke JB, agen tu masih sibuk cari aku. Dia kata borang yang aku sain tu tak valid jugak. Aku give up dan aku surrender polisi aku walaupun agen tu berpuluh kali call aku. Aku tak tahu mana silapnya. Selepas kejadian ini, aku jadi serik dah. Walaupun saban hari ada aje agen insuran datang jumpa aku, aku buat tak tahu aje.

Pada tahun ke 2 aku di klinik sendiri, aku terjumpa satu agen insuran dari company Great Eastern. Aku kenal dia sebab aku selalu rawat wife dia masa kat hospital dulu. Jadi, perkenalanku bukan sebab dia agen insuran. Tapi dia suami kepada patient aku. Masa tu baru aku terfikir nak beli insuran balik. Boleh tolak rebate income tax. Walaupun dia bangsa lain, aku selesa dengan dia. Dia banyak ajar aku pasal insuran ini. Pasal pakej2 yang ada. Pasal insuran nyawa, insuran kesihatan, medical card, insuran untuk pelajaran anak2 dan sebagainya. Baru aku tahu, insuran ni ada banyak jenis. Bukan setakat mati atau sakit tenat boleh dapat duit. Ada yang boleh jadi investment atau simpanan masa depan. Tak semestinya dah beli satu insuran, akan cover semua sekali. Itu semua kena detailkan dan fahamkan sebelum sain apa2.

Pada aku sebelum beli insuran ni, kita kena kenal betul dengan agen tu dulu. Bukannya setakat jumpa pertama kali dan lepas sain, hilang terus. Ianya perlukan perhubungan yang panjang dan berkekalan sebab kita pun kena bayar premium tiap2 tahun selagi ada hayat. Kalau ada masalah atau ditimpa bencana, senang kita atau famili kita nak berurusan.

Agen aku ini kenal baik dengan aku. Setiap kali hari raya, aku akan jemput dia datang rumah. Setiap kali hari perayaan dia, dia tak lupa hantar hamper kat aku. Dah banyak jenis insuran aku beli dengan dia. Mula2 beli untuk diri sendiri, lepas tu untuk anak2, lepas tu wife, lepas tu buat investment pulak. Insuran kereta2 aku dia juga yang uruskan. La ni tengah berkira2 nak tambah insuran nyawa aku. Bukannya takut mati tapi ajal maut bukan kita yang tentukan.

Minggu lepas ada satu perempuan Cina daripada company Allianz. Aku tak nak jumpa dia, dia cari aku sampai ke kedai mamak untuk introduce product dia. Dia nak push medical card kat aku walaupun aku cakap aku dah ada. Dia cakap boleh cover sampai satu juta. Bila dengar satu juta, aku pun suruh dia hantar proposal. Keesokkan harinya dia asyik hantar SMS aje tanya bila boleh jumpa. Bila aku cakap 'you are too pushy and aggressive' dia buat selamba aje.

Dalam perjumpaan di klinik, aku dengar proposal dia. Yang satu juta ialah total medical protection. Bukannya kalau aku sakit atau mati, aku boleh dapat satu juta. Contohnya kalau aku kena kanser, rawatan perubatan aku yang boleh ditanggung oleh company ialah satu juta ringgit seumur hidup. Kalau aku mati, waris aku cuma dapat 50 ribu aje. Itupun aku kena bayar premium 200 ringgit sebulan. Bila aku cakap aku tak minat, dia nak push aku product lain. Investment plan dengan keuntungan dijamin selepas 5 tahun. Produk ini aku dah biasa dengar. Biasanya jika keuntungan dijamin bermakna pelaburan akan dibuat ke produk2 yang tak halal terutamanya judi dan arak. Memang untung banyak tapi itu bukan stail aku. Aku cakap kat dia kalau dia tak boleh gerenti bahawa pelaburan itu halal, aku tak berminat. Aku suruh dia balik dulu study pasal halal haram. Lantaklah kalau dia bukan Islam sekalipun.

Pengalaman aku ialah, lebih senang berurusan dengan jantina sejenis berbanding dengan jantina yang berlawanan. Mungkin aku salah tapi ini pengalaman aku.

2 ulasan:

  1. kalau mcm tu kena tanya dulu lah sama ada agen insurans tu benar atau x,hu3

    BalasPadam
  2. Jalan2 sambil baca blog dan ingin buat perkongsian.

    http://suaraserak.blogspot.com/2012/02/awareness-adakah-anda-sudah-memiliki.html

    BalasPadam