Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Julai 2009

Aku dan Cerita Anak-Anakku




Ini cerita anak-anakku masuk pertandingan Saintis Muda dan Bercerita Bahasa Inggeris peringkat daerah Kulaijaya di Sek Keb Gunung Pulai pada hari sabtu yang lepas. Wife tak dapat nak hantar sebab dia kena jaga kelas sempena hari terbuka sekolah. Aku biasalah, kerja kerja dan kerja. Malu jadi bapak weh!

Anak aku yang sulung dah biasa sangat masuk pertandingan macam ini. Kat sekolah dia, kalau ada apa2 pertandingan cikgu incharge mesti cari anak aku dulu. Kalau dia tak boleh baru diberi kat orang lain. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Aku tak kisah pasal tu. Yang penting pendedahan dan semangat untuk mencuba.

Pertandingan2 berbentuk akademik biasanya cikgu2 kat sekolah lebih prihatin. Ada latihan dan tunjuk ajar terlebih dahulu. Tapi pertandingan2 berbentuk sukan, cikgu2nya macam endah tak endah aje. Latihan dibuat lebih kurang dan yang dipentingkan cuma penyertaan. Kena belasah teruk2 pun tak kisah. Contohnya pertandingan badminton awal tahun ini. Petang nak bertanding, pagi itu baru sibuk nak cari budak yang nak masuk. Berlatih tak sampai 2 jam. Budak2 pegang raket pun tak betul. Disuruh pergi bertanding jam 2 petang. Lepas tu kena tunggu berjam2 tepi gelanggang sebab cikgunya tak cukup prihatin nak ambik tahu pukul berapa budak2 tu patut berlawan. Bila masuk gelanggang pukul 5.30, mood dah takda. Stamina jauh sekalilah. Habis kena 'belasah' dengan budak2 sekolah cina.

Cikgu yang incharge untuk bola sepak pun sama (cikgu yang sama pun...). Latihan dibuat seminggu sebelum bertanding. Tapi budak2 tu dimaki hamunnya bila buat salah. At last, ramai yang tarik diri. Anak aku terpaksa jugak tarik diri sebab ada cikgu lain nak tenaga dia untuk pertandingan tiup rekoder. Sia2 aku belikan boot baru. Cikgu mengajar sukan, boleh hisap rokok sambil tengok budak2 berlatih. Ini kenyataannya sebab aku ada sama kat tepi padang tu. Memanglah skil budak2 tu kurang. Tapi berilah semangat dan bukannya dimaki hamun sebegitu. Zaman aku sekolah rendah dulu, kalau ada pertandingan bola sepak, hampir satu kelas turun berlatih. Semua berebut2 nak wakil sekolah. Berlatihpun dekat 2 bulan baru cikgu buat pemilihan. Zaman sekarang lain. Yang turun berlatih tak sampai 2 team. Jadi, turun berlatih je terus dapat wakil sekolah. Cikgu pun pening kepala sebab budak2 sekarang harapkan dressing aje lebih. Main macam kayu.

Aku banyak nak komplen pasal perangai cikgu2 kat sekolah anak2 aku. Tapi mereka semua kawan sekerja wife aku. Tak manis rasanya nak memburuk2kan mereka. Cikgu yang bagus dan berdedikasi memang ramai. Tapi yang pergi sekolah semata2 nak dapat gaji hujung bulan dan bonus hujung tahun pun ramai. Mengajar lebih kurang, budak2 ramai tak lulus pun buat tak kisah. Masa hari perjumpaan dengan ibu bapa tak datang. Nak ditegur lebih2, dia dah pangkat super senior. Susah nak cakaplah.

Kalau ikutkan idea, banyak idea aku boleh sumbangkan untuk program2 PIBG sekolah. Tapi aku pendamkan sebab aku takda masa untuk aktif dalam PIBG ni. Aku mengaku aku langsung tak pernah hadir apa2 majlis yang berkaitan dengan ibubapa. Aku harapkan wife aku aje. Kalau aku datang, gerenti setidak2nya jawatan AJK mesti aku dapat punya. Itu yang malas tu.

Aku jarang bercerita pasal kejayaan anak2 aku dengan orang lain. Ala! masih sekolah rendah lagi. Perjalanan masih jauh. Kalau sekarang nampak cemerlang, belum tentu masuk sekolah menengah nanti terus cemerlang. Masuk kolej atau U pun belum tentu lagi. Jadi, takda apa yang nak dibanggakan lagi. Yang penting mereka menunjukkan kesungguhan dalam pelajaran, menghormati guru, menghormati orang tua dan rajin beribadat. Nombor satu ke nombor sepuluh itu adalah hadiah bonus daripada anak2.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan