Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Julai 2009

Aku dan Hobiku

Setiap orang ada hobi dan kegemaran masing2. Hobi adalah aktiviti2 sampingan yang dilakukan pada masa lapang. Kalau masa kecik2 dulu, hobi yang paling famous kalau isi biodata masa sekolah ialah mengumpul setem dan bermain bola sepak. Zaman kecik2 dulu, masa lapang memang banyak. Tak macam sekarang. Nak tidur pun kadang2 tak sempat. Hobi aku masa kecik2 dulu ialah bermain sorang2 kat rumah. Aku tak pandai berkawan dan tak suka sangat jumpa kawan2 sebaya sekitar rumah. Bersama2 memancing ke, mandi parit ke, main pondok2 ke, main basikal ke. Aku lebih suka duduk rumah main sorang2; berangan2 jadi Hang Tuah lah, jadi superherolah, bawak kereta sportlah. Masa tu mana ada tv. Alat2 permainan pun jarang sekali dapat beli. Jadinya, kayu, senduk, tilam dan bantal dijadikan alat2 permainan. Kenalah berimaginasi sikit.

Bila aku berpindah ke felda, aku dah mula pandai berkawan. Kat sekeliling rumah aku ramai kawan2 sebaya. Masa tu hobinya berkaitan dengan trend semasa. Kalau musim main hoki, semua sibuk cari kayu nak buat kayu hoki. Kalau musim main basikal BMX, semua sibuk memujuk emak abah belikan BMX. Yang paling biasa dan tak payah belanja banyak ialah bola sepak dan memancing ikan di sungai. Selagi tak kena jemput dengan rotan, selagi itulah tak balik rumah.

Bila masuk sekolah menengah, hobi semakin canggih. Apatahlagi bila dah pandai bawak motosikal. Pantang hari cuti sekolah. Memang nak merayap aje dengan motosikal abah. Semua tempat aku pergi. Memang tak takut polis punya walaupun takda helmet dan lesen. Tak pernah fikir langsung pasal accident ke, undang2 ke. Masa tu juga, aku dah mula berminat dengan kerja2 rumah seperti mengemas dan memasak. Ala, macam anak dara gitu. Aku tak tahulah kenapa aku suka sangat buat kerja2 orang pompuan nih.

Bila aku dah masuk ke sekolah asrama, hobi aku dah lain. Masa zaman rock kapak, hobi aku mengumpul majalah2 rock. Sesekali aku kumpul duit untuk beli kaset2 rock seperti Search, Wings, Scorpions, Iron Maiden dan sebagainya. Tapi setiap kali balik kampung waktu musim cuti sekolah, aku transformed jadi anak dara kat rumah pulak. Walaupun berjiwa rock dan heavy metal, tapi aku tak kisah buat kerja2 pompuan. Masa tu emak dan abah masing2 bekerja. Jadi aku kat rumah, kena kemas apa yang patut. Aku tolong emak masak untuk makan tengahari, basuh dan jemur kain dan yang aku paling suka sekali ialah menyusun semula perabot kat rumah emak. Berangan2 nak jadi interior designer gitu.

Masa di universiti, hobi mengemas dan mencantikkan bilik tetap aku teruskan. Hampir setiap bulan aku kemas dan atur semula barang2 kat bilik asrama aku. Aku mula mengumpul majalah Anjung Seri untuk panduan. Masa aku di tahun 4 dan 5, aku menang anugerah bilik tercantik semasa Pesta Hari Terbuka asrama. Aku bukannya kemas bilik aku. Aku kemaskan bilik Ezanee. 2 kali masuk, dua2 aku menang. Macam tak caya aje.

Selain mengemas rumah, aku juga suka memasak. Hidangan favorite aku ialah lauk2 dan nasik. Kuih2 dan yang lainnya aku tak main. Rancangan tv yang aku paling suka ialah rancangan masak memasak. Chef Wan tu kalaulah dia boleh nampak muka aku mengadap tv, rasanya dia akan kenal aku. Sebab asyik2 muka aku aje yang tengok rancangan dia. Aku suka chef lelaki yang masak. Semua main campak2 aje. Tak payah nak timbang2 atau sukat2. Tapi hasilnya sedap dan cantik mata memandang. Seorang lagi chef favorite aku ialah chef dari negara China, Martin Yan. Seingat aku daripada aku tingkatan satu sampailah sekarang, dia tak habis2 memasak. Masakan cina lagi senang terutamanya yang guna stir fry. Campak jer ke dalam kuali dan gaul2. Tambah sos itu, sos ini. Tak sampai 3 minit dah siap satu hidangan.

Kalau rancangan masakan, aku paling suka tengok Iron Chef. Pertandingan masakan jepun yang paling seronok ditonton. Di dalam setiap episod, akan ada satu chef yang sangat berpengalaman datang untuk melawan salah satu iron chef yang sedia ada. Iron chef ini pun bukan calang2 orangnya. Satu pakar masakan Cina, satu pakar masakan France, satu pakar masakan Itali dan satu pakar masakan US. Chef yang datang akan memilih salah satu chef ini untuk berlawan memasak. Setiap episod akan ada bahan istimewa untuk dimasak seperti ikan, sotong, daging dan sebagainya. Daripada satu bahan asas ini, mereka akan guna kreativiti masing2 untuk menghasilkan hidangan yang sedap ditekak dan cantik dimata. Hasil akhir dan hiasan masakannya yang aku suka tengok. Memang pelik dan lain daripada yang lain. Walaupun terror camna pun, jarang mereka dapat tewaskan Iron Chef yang sedia ada.

Bila dah sibuk dengan kerja, aku semakin jarang memasak kat rumah. Tapi kalau hujung2 minggu, biasanya aku kena masaklah. Dan setiap kali ada sedara-mara nak datang rumah, aku jugak yang kena masak. Masakan Thai dan sajian2 yang main campak2 yang aku selalu masak. Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin, Padprik Ayam, Daging Merah, Ikan Siakap Tiga Rasa, Sotong Masam Manis, Kerabu Mangga, Kerabu Daging dan Nasi Goreng Cina adalah resepi biasa aku. Dah banyak kali masak, dah beberapa kali aku modify resepi2 aku. Anak2 akulah yang jadi hakim dan tukang komen.

Seminggu dua ni aku tengah memperfectkan resepi Kuey Teaw Goreng Pulau Pinang aku. Bulan lepas aku ada beli makanan tu kat Pasar Tani. Aku tengok aje cara dia masak dan bahan2 yang digunakan. Hujung minggu lepas aku berkesempatan untuk try kat rumah. Aku modify sikit untuk ikut selera tekak aku. Habis licin jugak kena bedal dengan anak2 aku. Kalau aku beli kat kedai sesekali bolehlah. Sekali makan dah RM3.50. Itu baru seorang? Kalau 5 orang? Baik beli bahan dan masak sendiri kat rumah.

Itulah antara hobi2 aku. Menulis blog ini adalah salah satu hobi aku jugak. Kadang2 wife membebel jugak apa kejadahnya menulis blog. Bukannya dapat duit pun. Entah sapalah nak baca blog ini. Baik tolong kemas rumah, lipat kain, vakum lantai, buang sampah, tengokkan kerja2 sekolah anak, bersihkan sangkar kucing. Lagi banyak faedahnya. Habis dah nama hobi. Hobi bukannya kira ada faedah ke tidak. Yang penting kepuasan diri. Tengok orang yang kaki pancing. Hujung minggu sehari suntuk duduk tepi sungai memancing ikan. Dapatnya belum tentu. Kalau pergi pasar, lagi banyak boleh dapat. Tapi hobi adalah hak individu. Lantak koranglah nak kata apa.

Ok. Aku nak kena siram pokok bunga kat luar tu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan