Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

12 Julai 2009

Aku dan Hujung Minggu Ini

Malam minggu, aku bawak famili ke Jaya Jusco Taman U. Ada beberapa benda aku nak cari. Tapi sebenarnya aku nak jalan2 rehatkan fikiran. Mula2 aku masuk kat kedai video. Cadangnya nak cari CD soundtrack Transformers. Aku minat benar dengan lagu Linkin Park tu. Tapi malangnya, stok dah takda. Nak beli CD2 yang lain semuanya album2 kompilasi. Malas aku nak layan.

Lepas tu aku habiskan masa kat kedai kerusi urut OSIM. Dah banyak kedai/brand aku try sebenarnya tapi OSIM is the best. Semua kerusi urut tu aku try. Aku siap panggil wife aku sekali. Dapat urut free sapa yang tak nak. Amoi yang kat situ bercakap tak berhenti2 untuk promote barang2 dia. Tapi amoi tu bagus. Setiap soalan aku ada aje jawapannya.

Buat masa ni hanya tinggal 3 jenis kerusi urut sahaja. Paling murah RM5999( OSIM uMEDIC ) dan paling mahal RM10999( OSIM uYOYO ). Yang siap dengan muzik dan boleh sambung ke IPOD dah takda ( OSIM uPILOT). Paling baru jenis OSIM uDESIRE. Harga RM8999. Catalog tak keluar lagi. Aku try semuanya. Yang khusus untuk kaki sahaja pun ada. Harganya pun dah RM1899. Mak oi! apasal semuanya harga ribu2? Kalau brand lain beli satu dapat satu. Harga pun kurang 3 ribu. Amoi tu kata, OSIM lebih mahal sebab dia punya ada sensor. Jadi urutan tu bergantung pada berat, ketinggian dan bentuk tulang belakang setiap individu. Bukannya main pukul rata sahaja. Aku pun tak naklah beli yang rasa macam kena ketuk dengan kayu aje nanti.

Pukul 11 malam, aku baru bertolak balik. Aku singgah makan di Restoran My Friend di Senai. Baru nak makan, ada patient aku call. Malam2 minggu camni, ada jugak patient aku call aku. Ada hal urgent katanya. Malas betul aku nak melayan. Hujung2 minggu kalau boleh aku tak nak fikir2 pasal patient ni. Tapi apa boleh buat. Kerja doktor bukan setakat waktu pejabat sahaja. Berbalik kepada restoran ni, ia menyediakan masakan ala Thai. Dekorasinya cantik, ruangnya bersih dan selesa dengan peralatan seperti meja, kerusi dan pinggannya nampak eksklusif. Pelayannya pakai kemeja putih, seluar gelap dan berkasut kulit. Order makanan siap guna walkie talkie beb! Bayarannya lebih 10 ringgit berbanding tempat lain. Rasa makanannya aku beri 7/10 sebab tomyam dan sambal belacannya tak berapa sedap. Airnya 9/10 sebab gelasnya besar. Layanannya 10/10. Pukul 12 baru sampai kat rumah.

Hari minggu aku duduk rumah sahaja. Mula2 aku kemas sangkar kucing, kemudian aku mandikan anak2 kucing yang 4 ekor tu. Dah hampir 2 bulan dah umur mereka. Dah seronok buat main. Lepas tu aku kerah anak2 kemas bilik tidur masing2 sementara aku ubah susun atur perabot kat ruang tamu. Petang aku cuci kereta2 aku dan lepas tu aku melayan famili aku datang bertandang.

Sekarang ni, semua sendi2 badan aku terasa sakit. Kalaulah ada mesin urut kan bagus...



5 ulasan:

  1. doc,gintell ada promotion...beli satu free satu lagi..aku teringin nak beli..tengah mencari kengkawan yang nak share..sebabnya beli satu dapat dua..nak buat apa 2 bijik kat rumah...try doc tengok web dia..harga murah berbanding takasima,osim dsb...kalau minat kita leh share..heheh

    BalasPadam
  2. kebetulan..jumaat lepas,bapak aku pun sakit doc..demam larat sampai seminggu..kirim bermacam ubat dan supplement,tak jugak kebah2...last jumaat lepas jumaat bawak isteri dan anak-anak balik kampung...ubat nya senang je..sembang dan borak sampai tengah malam..esoknye terus tepon kata dah sihat,dah ada selera makan...hehehe...kadang2 anak2 terlalu sibuk kerja,xde masa untuk sembang dengan mak ayah...semalam jer terus dapat drive kereta ke tempat abang aku pulak..200km pergi balik jugak tuh...demam psiko tuh...

    BalasPadam
  3. betullah tu. Bapak kau demam rindu. Rindu kat anak2, cucu2 dan menantu. Makan ubat apa pun takkan kebah selagi tak jumpa orang2 yang dirindu.

    Pasal kerusi urut tu, aku tengah survey ni. Tapi rasanya brand OSIM yang terbaik. Sebab tu harganya lebih sikit. Nanti aku inform kau kalau aku berminat.

    p.s amacam kereta baru?

    BalasPadam
  4. kreta belum dapat doc..urusan bank dah settle..cuma tender nombor belum dapat...sepatutnya minggu depan nombor keluar..xsabau doc...geng2 meog EC dah sound..banyak jugak program depa..macam xder kerja buat jer..huhuh...apa perkembangan honda doc?ada tambah apa2 yg baru?

    BalasPadam
  5. tender no satu angka ke?

    aku punya honda tang tu jugaklah. mungkin nak tambah skirting Modulo. Taiwan made. Boleh tambah satu dummy exhaust pipe kalau nak lagi cantik.

    kau dah join MEOG ke? Masuk MEOG, asyik kena racun ajelah. Tu yg aku malas nak join sangat tu. Mereka mcm takda kerja. Asyik nak jalan makan angin aje.

    BalasPadam