Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Julai 2009

Aku dan Kisah Kawan Lama

Aku ada seorang kawan. Kawan sekampung. Umur kurang setahun daripadaku. Aku kenal dia sejak sekolah menengah dulu. Kami sama2 jadi pengawas sekolah. Lepas aku keluar daripada kampung, aku langsung takda hubungi dia sebab perhubungan aku dengan dia hanya sekadar kawan biasa. Tak akrab. Berbual2 pun jarang.

Sejak aku bukak klinik, dia selalu jugak datang ke klinik untuk rawatan. Isteri dia seorang cikgu. Wife aku kenal dia. Anak2 dia pun ada yang sekelas dengan anak aku. Aku tak tahu pelajaran dia sampai tahap mana tapi dulu dia pernah kerja technician kat kilang yang kebetulan menjadi panel kepada klinik aku. Semasa ekonomi tengah rancak, dia berhenti kerja kerana nak fully concentrate pada bisnes baru dia. Dia jadi agen jual insuran Takaful dan mula berjinak2 dengan bisnes jualbeli kereta. Dia juga cakap dengan aku nak buat bisnes macam2 termasuk yang melibatkan multilevel.

Sejak aku tak jadi panel klinik,itu aku jarang jumpa dia. Walaupun jarang jumpa, dia pernah beberapa kali memujuk aku jadi downline dia, involved dengan bisnes ternakan lintah/ikan keli dia tapi aku langsung tak minat. Gaya cakap dia terlalu confident walaupun business proposal dia kurang meyakinkan. Contohnya, aku keluar modal 500 ringgit untuk jadi ahli dan lepas 3 bulan dapat balik 200%. Dia kata aku tak payah buat apa2 walaupun sebenarnya aku pun kena cari downline jugak.

Dua tahun lepas, dia pernah masuk kerja kilang balik bila bisnes tak berapa jadi. Dia pernah datang klinik aku nak MC sebab kena masuk court. Rumah yang dia duduk nak kena lelong sebab lama tak bayar. Lepas tu dia langsung tak pernah ke klinik aku lagi. Aku ada terjumpa dia kat sekitar bandar sekali sekala tetapi cuma angkat tangan aje.

Dua hari lepas dia datang klinik aku. Masa tu aku agak sibuk sikit. Staf aku kata ada kawan nak jumpa. Ada hal personal katanya. Bila aku tengok muka dia, aku dah agak dah. Dia mesti nak mintak tolong hal2 peribadi punya. Keadaan dia masa tu sungguh serabut. Dia kata dia dah terlanjur. Dia dah hutang duit dengan along dan dah 2 hari along tu berlegar2 kat rumah dia. Dia kata dia dah buntu tak tahu nak mintak tolong kat mana lagi. Dia merayu2 kat aku nak pinjam duit. Dia kata dia ada buat pinjaman bank, dah lulus tapi duitnya dalam 2-3 hari lagi. Dia juga bersumpah depan aku tak nak pinjam along lagi. Dia kata wife dia tak tahu lagi dan seboleh2nya dia tak nak wife dia tahu masalah dia.

Dalam ramai2 kawan sekampung, aku ingat dia sebab dialah satu2nya pengawas sekolah kena lucut jawatan sebab kena tangkap berdua2an dalam bilik pengawas. Itu sebab aku ingat dia.

Terus terang aku cakap dengan dia, aku tak dapat nak beri pinjam wang kat dia. Walau sedih manapun cerita dia, walau sebesar mana janji dia kat aku, aku takkan pinjamkan duit aku kat dia. Sebabnya ialah aku lebih sayangkan hubungan persahabatan berbanding wang ringgit. Bila dia dah berhutang dengan aku bermakna hubungan kawan telah berubah menjadi hubungan antara penghutang. Hubungan ini biasanya sentiasa tegang dan penuh dengan emosi. Wang bukanlah segala2nya dalam hidup tetapi ianya punca kepada segala masalah kehidupan. Aku kata lagi (dalam hati le..) cerita2 kau dah biasa aku dengar. Janji2 palsu begitu pun dah biasa aku dengar.

Aku hantar SMS kat dia, aku mintak maaf sebab tak dapat nak menolong dan aku doakan semoga dia dapat menempuh ujian hidup dengan tabah. Nak tahu apa dia jawap?

"Tuhan Maha Adil. Hari ini susah bukan selamanya takkan senang. Begitu juga sebaliknya."

Termenung aku dibuatnya. Adakah aku telah kehilangan seorang kawan hari ini?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan