Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Julai 2009

Aku Bawa Abahku ke Putri Specialist

Aku jarang menggunakan status doktorku untuk kepentingan diriku. Aku juga jarang beritahu orang tentang statusku. Tapi semalam aku gunakan sepenuhnya. Pengalaman berdepan dengan paramedik yang banyak sangat songelnya bila berurusan di hospital tak kira hospital kerajaan atau swasta, memaksaku menggunakan statusku. Kalau mereka tak tahu kita ni doktor, dia layan kita macam biasa sahaja. Tapi bila dia tahu kita ni doktor, semuanya jadi pantas, cekap dan mudah. Hilang semua birokrasi. Semua jadi ramah dan mesra dengan kita.

Sebenarnya dah lebih seminggu abah sakit pinggang dan kaki. Dia kata makan ubat macam2 pun tak baik2 jugak. Dah kena jarum pun tak baik jugak. Tiap2 malam asyik bising aje sebab sakit sangat. Emak memang dah lali dah. Tapi Liza asyik call aku aje sebab tak tahan abah bising2 aje. Dah beberapa hari aku nak bawak abah ke hospital pakar tapi tak sempat2. Kalau aku boleh ambik cuti ke, ambik MC ke OKlah jugak. Ini aku kena tutup kedai. Hari2 biasa tak boleh. Nanti patient2 aku bising. Malas nak dengar komplen. Tapi petang Jumaat lepas aku tinggalkan klinik kejap. Lepas sembahyang Jumaat, aku bawak abah aku untuk rawatan di Hospital Pakar Putri, Johor Bahru.

Masa aku sampai kat lobi, ada kakitangan hospital berpakaian seragam bukakkan pintu kereta untuk abah. Wah! dah macam sampai kat lobi hotel pulak dah. Mereka siap nak ambikkan abah wheel chair sebab abah nampak susah sangat nak keluar daripada kereta. Tapi abah tak nak. Dia kata sakit sikit aje walaupun sebenarnya dia segan. Lepas dapat parking, aku terus tuju ke kaunter. Aku cakap aku doktor dan nak bawak abah aku jumpa doktor pakar tulang. Kelam kabut nurse tu call doktor yang aku nak. Malangnya klinik doktor dah tutup dan dia baru aje masuk OT. Ada kes panjang katanya. Nak tak nak aku kena jumpa doktor lain. Tak kisahlah sebab yang penting abah nak sangat jumpa doktor pakar. Sapa2 pun dia tak kisah.

Selepas ambik biodata abah, nurse tu suruh aku bawak abah tunggu depan bilik 6. Tak sampai 10 minit, abah dapat jumpa doktor pakar tu. Selepas tanya beberapa soalan, doktor tu dah dapat dah diagnosisnya. PID with Sciatica. Doktor tu suruh abah baring dan dia lipat kaki abah untuk confirmkan diagnosis. Abah kata lepas kena lipat kaki dia, dia dah rasa lebih sihat dan sakit dah berkurangan(?) Doktor tu suggest buat MRI tetapi kena datang hari lain untuk buat MRI tu. Dia kata kalau nak cepat, boleh masuk wad dan tengah malam boleh buat MRI tu. Abah kata dia tak nak masuk wad. Jadi doktor tu beri appointment minggu depan. Doktor tu pesan kat abah jangan angkat berat2. Aku tanya ubatnya bagaimana. Dia suruh ambik kat klinik aku aje. Terpulang kat aku. Tapi Arcoxia dan Neurobion dah cukup dah.

Masa bayar bil, terkejut gak aku sebab aku kena charged 10 ringgit sahaja iaitu pendaftaran. Yang lain2 tak kena charged. Itulah untungnya jadi doktor. Dalam perjalanan balik, abah asyik tanya mana ubatnya dan kenapa tak x-ray. Tapi aku tengok muka dia dah berseri2 sikit. Puashati dia dapat jumpa dengan doktor pakar. Walaupun tak dapat nak x-ray dan tak dapat ubat, dia kata dia rasa lebih sihat.

Petang tadi abah datang ke rumah. Dia kata sakit dah makin kurang. Dalam 3 hari lagi dia kata nak kerja balik. Dia kata kalau dah sihat, dia tak nak buat x-ray. Dia pun kata tak payah pergi pakar lagi sebab bukannya kasi ubat pun. Aku tunggu sampai hari Khamis ini. Kalau betul2 dah sihat, aku nak kansel appointment dia. Aku tak nak buang masa dan slot appointment dengan doktor pakar tu.

Itulah cerita abah aku. Aku dah masak benar dengan perangainya. Aku suruh abah jual mesin2 rumput dan mesin tebang pokok dia tapi dia senyum aje. Mungkin itulah nyawanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan