Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Julai 2009

Aku dan Kisah Pesakitku


Balik kerja petang tadi aku dikejutkan dengan satu berita kematian. Bukan satu tapi 5 sekeluarga. Keluarga ini selalu datang ke klinik aku. Anak2 dia, wife aku ada ajar di sekolah. Salah seorang anaknya juga sekelas dengan anak aku. Rasanya 3 hari lepas arwah kakak tu ada datang ke klinik aku. Aku pun selalu nampak dia tunggu anak dia balik sekolah. Takku sangka. Itulah kali terakhir aku melihat mereka.

Petang ini mereka sekeluarga bercadang nak balik kampung di Batu Pahat. Dalam satu kereta Wira, ada suami, ada isteri, ada 4 orang anaknya umur 16, 13, 10 dan 8 tahun. Dia juga bawak seorang anak orang lain yang dia tolong jagakan berumur 1 tahun. Sementara menunggu lampu merah ke hijau di Jalan JB-Ayer Hitam iaitu di pekan Kelapa Sawit, satu lori pasir tiba2 melanggar belakang kereta mereka. Diberitakan pemandu lori itu tertidur dan langsung tidak menekan brek. Kereta Wira mereka hancur remuk dan 5 daripada 7 penumpang di dalamnya meninggal dunia di tempat kejadian. Yang selamat anak sulung lelaki dan anak bungsunya. Anak orang yang dijaganya turut terkorban sama.

Aku cuba tahan airmataku tetapi tak boleh jugak. Aku baru merancang nak tambah insuran nyawa aku bila kejadian ini seolah2 memberi peringatan kepadaku. Semasa aku tiba di bilik mayat, mangsa kesemuanya baru selesai di post mortem. Tiada kecederaan patah tulang yang serius tetapi kesemuanya pecah kepala. Muka masing2 masih boleh dikenali. Aku masih terbayang2 lagi wajah Kak Hawa yang tak pernahnya muram walaupun tekanan darahnya naik turun. Airmataku hampir gugur lagi bila nurse membawa anak sulung dan anak bungsunya datang melihat wajah ibubapa mereka untuk kali terakhirnya.

Aku tak takut mati kerana kematian itu adalah pasti. Tapi aku takut untuk meninggalkan keluargaku. Bagaimana keadaan mereka tanpa aku nanti? Bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan tanpa aku disisi?

Semoga roh keluarga Encik Zakaria dan isterinya, Kak Hawa sentiasa dicucuri Rahmat. Al-fatihah.

Update! Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan satu lagi kes kemalangan yang hampir serupa. Sekeluarga 5 orang terbunuh dilanggar lori kontena di Jengka 5. Apa nak jadi kat penguatkuasaan undang2 di Malaysia ni? Driver dan kenderaan yang dipandunya adakah layak berada dijalan raya ataupun ada orang yang menutup sebelah mata? Patutnya bukan gambar orang yang mati disiarkan. Siarkanlah gambar orang yang memandu lori tu. Biar semua orang kenal- ahad 26 Mei jam 9 malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan