Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Julai 2009

Aku dan Masalah Bangsa Sendiri

Aku tak faham betul dengan bangsa kita terutamanya kontraktor2 kecik nih. Aku seboleh2nya nak tolong bangsa sendiri. Kerja kecik2 kat rumah atau kat klinik seperti servis lampu, servis aircond, servis paip, ganti fius dan sebagainya seboleh2nya aku nak kontraktor2 bangsa sendiri buat. Setakat 50-100 ringgit aku tak berkira sangat. Tapi perangai dan gelagat mereka yang aku dah tak kuasa nak layan. Kalau kita tanya boleh buat tak? Jawapannya semua boleh. Tapi bila kita tunggu tak datang2. Bila call, kata sibuklah, kerja banyaklah, tak sempatlah, barang takdalah, pekerja takdalah. Kerja tak sampai satu jam bertangguh berhari2.

Paling senang deal dengan bangsa lain. Kalau janji pukul 2, pukul 2 dia sampai. Kalau rasa tak boleh sampai, dia call dan beritahu. Kalau rasa tak boleh buat, dia pass kat kawan yang boleh buat. Yang penting servis bagus dan kita boleh percaya kat dia.

Kat rumah aku tu, ada satu fius kat fusebox dah terbakar lama dah. Jadi ada beberapa lampu tak menyala. Nak harap aku sendiri betulkan, memang mati kejung aku karang. Aku dah contact beberapa kawan yang sebangsa dengan aku. Kata boleh tolong tengokkan tapi tak pernahnya nak ambik initiatif untuk call aku balik. Semalam aku ada patient yang kerja TNB. Walaupun bangsa lain, aku lebih percaya kat dia banding orang lain. Pagi aku beritahu dia, petang dia call kata dah ada kat depan rumah. Masa tu aku takda. Jadi maghrib dia datang lagi. Bukan dia yang datang, tapi kawan dia yang memang ada lesen untuk buat kerja2 wiring ni. Dia tukar terus satu set fius tu. Tak sampaipun 10 minit. Dan yang bagusnya, tak payah bayar apa-apa.

Satu lagi, salur air kat bumbung rumah aku dah lama berkarat. Dah beberapa kontraktor melayu yang aku kenal aku tanya. Semuanya kata kena tengok dulu. Tapi sampai la ni semuanya macam tak nak buat bisnes dengan aku. Mungkin mereka segan nak charged aku agaknya. Maka terpaksalah aku deal dengan bangsa lain jugak. Walaupun kenal, bisnes tetap bisnes. Untung sama2. Yang penting perhubungan yang berkekalan.

Aku beri contoh tentang cina yang buat tinted kereta Accord aku. Sampai sekarang dia dah jadi kawan baik aku. Masa mula2 tu dia tak tahu aku doktor. Tapi layanannya dah kira bagus bagi aku. Lepas dia tahu aku doktor, lagilah senang nak deal dengan dia. Lepas pasang tinted kereta, aku pasang tinted kat klinik. Lepas tu pasang gearlock dan yang terbaru pasang skirting Modulo dan karpet getah dalam Accord aku. La ni tengah kira nak pasang tinted kat Estimalah pulak. Dalam bisnes, yang paling penting ialah perhubungan jangka panjang. Bila kita dah selesa dengan dia, apa2 hal pun kita akan cari dia walaupun kita ada tempat lain yang menawarkan harga lebih bagus. Itulah yang aku praktikkan kat bisnes aku jugak. A Good Long Term Relationships.

Bukan aku nak kutuk bangsa sendiri. Tetapi pengalaman 7 tahun bukak bisnes sendiri mengajar aku tentang perangai manusia yang pelbagai. Terutamanya bangsa sendiri yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan