Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Julai 2009

Aku Bosan Tengok Transformers


Malam tadi aku dah pegi tengok Transformers. Aku dan anak2 bujang aku sahaja. Wife dan Ainaa mana suka cerita2 tembak2 ni. Aku tengok kat Kulai Hypermarket sahaja. Malas nak drive jauh2, beratur panjang2 dan tunggu berjam2 untuk tengok di TGV atau Cathay di bandar. Kalau nak banding standard, panggung kat Kulai ni memang kurang serba serbi. Biliknya kecil, skrinnya kecil dan sound systemnya biasa2 sahaja. Itu tak penting. Yang penting aku tahu jalan ceritanya dan kesudahannya.

Aku booking tiket tengahari semalam. Tak payah beratur panjang. Tak payah pening2 nak pilih tempat duduk. Masa aku booking tu, semua seat masih kosong. Aku penonton yang ke lima rasanya. Aku ambik tayangan lepas maghrib. Start pukul 8 dan habis sekitar jam 10.20 malam.

Ada beberapa perkara yang aku nak komen pasal filem ini.
1. Filem adalah satu bentuk hiburan. Kalau tengok filem dan kena fikir macam2 pasal logik ke tak logik, patut ke tak patut, boleh ke tak boleh, itu bukanlah hiburan namanya. Itu dah kira masuk dewan kuliah. Untuk Transformers ini, bila aku masuk panggung aku kena tinggalkan otak aku kat pintu masuk. Filem ini tak payah nak fikir apa2. Yang penting berhibur dengan visual effect, sound effect, robot2 bertukar menjadi macam2 bentuk dan bom sana bom sini, letup sana letup sini, tak payah fikir pasal logik dan sebagainya. Seperti biasa juga, ia jadi propaganda Amerika. Walau kat benua manapun, hanya tentera Amerika yang boleh menumpaskan musuh. Senjata2 yang mereka ada cukup power dan menggerunkan.

2. Dari segi jalan cerita, filem ini memang out. Lakonan pun out. Yang best cuma sound dan visual effect. Markah penuh untuk itu. Filem ini hanya sesuai untuk lelaki2 dewasa sahaja. Budak2 bawah umur tak patut tengok filem ini. Perempuan2 nya terlalu plastik dan watak2nya terlalu superficial. Part paling tak logik ialah robot boleh menyamar jadi perempuan cantik. Itu yang aku musykil tu. Kalau robot Terminator lainlah. Robot pun boleh jadi tua dan bertongkat. Apa2pun macam aku cakap tadi, aku kena tinggalkan otak aku kat pintu masuk dan baru boleh enjoy the movie.

3. Filem ini berjaya mendapat kutipan pecah panggung dan pecah rekod kerana ianya memaparkan kelainan. Dulu masa Spielberg buat cerita Jurassic Park, keadaannya juga sama. Dah sebulan tayang pun, panggung masih penuh lagi. Orang tak jemu nak tengok benda2 baru. Tengok bila Yusri buat Cicakman. Orang pun teruja dan pakat ramai2 masuk panggung. Itu yang orang nak sebenarnya. Satu kelainan. Tengok Cicakman 2. Sambutannya agak kurang kerana teknik dan jalan ceritanya adalah ciplak dan ulangtayang benda2 lama.

Apa2pun. Filem ini sangat sesuai untuk berhibur. Untuk lari sejenak daripada masalah2 sejagat. Kalau ada kelapangan, aku nak tengok lagi. Tengok di skrin yang lebih besar dengan sound system yang lebih bagus. TGV Tebrau City atau Cathay City Square adalah tempatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan