Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Julai 2009

Aku dan Kisah Pagi Ini

Pagi ini aku bersarapan ditempat biasa. Kalau hari2 biasa, biasanya aku bawak duit lebih. Manalah tahu terjumpa orang2 yang aku kenal. Bolehlah belanja bersarapan. Tapi hari Sabtu aku tak expect akan terjumpa dengan sesiapa. Maklumlah, ramai orang bercuti. Jadi aku bawak duit ngam2 untuk sarapan aku dan anak2.

Tiba2 aku terpandang bekas cikgu sekolah menengah aku dulu. Dia dan isteri dia. Dia tegur aku dulu. Aku ingat dia tak kenal aku tapi rupa2nya dia lebih daripada kenal. Hal2 wife, anak2, emak bapak dan adik-beradik aku semua dia masih ingat. Segan aku jadinya. Dan lebih segan lagi sebab aku tak dapat nak bayar harga sarapan dia yang cuma beberapa ringgit sahaja. Lepas aku bayar harga sarapan aku, baki dalam poket cuma seringgit tujuh puluh sen sahaja. Macamana nak bayar cikgu tu punya?

Maaflah cikgu. Dah lah aku tak cam muka dia, aku jadi pelokek pulak pagi ini. Malu aku. Nampaknya mulai hari ini, aku kena selalu stand by duit lebih dalam poket. Tak kira hari biasa ke hari hujung minggu. Kalaulah cikgu tu ada datang ke klinik aku, aku akan beri free consultation. Aku janji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan