Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Julai 2009

Aku dan Pinjaman Rumahku

AmBank dah approved permohonan aku untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman rumah aku. Kalau dulu aku kena BLR+0.5%, sekarang kadarnya ialah BLR - 1.7%. Dengan kadar BLR sekarang iaitu 5.5%, bermakna kadar baru aku ialah 3.8%. Antara syarat2 baru yang dikenakan ke atas pinjaman aku ialah:
1. Aku tidak boleh buat pinjaman semula atau buat full settlement dalam tempoh 5 tahun akan datang. Kalau aku buat jugak, akan kena penalti 5% atas baki pinjaman.
2. Dalam tempoh 5 tahun ini juga, aku tak boleh mohon semakan semula kadar interest.
3. Aku kena bayar instalment macam biasa tetapi duit lebih akan ditolak ke pinjaman pokok.
4. Aku kena bayar RM50.00 sebagai yuran perkhidmatan.

Untuk jangka pendek, memang tak nampak untungnya. Tapi untuk jangka panjang iaitu tempoh 20 tahun akan datang, aku jimat banyak wang kurangkan bayar interest seterusnya dapat memendekkan tempoh pinjaman. Aku dah congak, walaupun dah 45 ribu lebih aku bayar secara disiplin tiap2 bulan, hutangya baru berkurang sekitar 10 ribu sahaja. Selebihnya bayar interest sahaja. Memang cekik darah betul bank2 kat Malaysia ni. Nasib baik AmBank, Maybank, Public Bank dan CIMB Bank panel kat klinik aku. Jadi aku hentam balik kat pekerja2 dia orang.

Aku tengah tunggu jawapan daripada RHB pulak. Senyap aje. Janjinya 2-4 minggu. Ini dah masuk 2 bulan dah. Kena tolak lagi 10 markah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan