Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Julai 2009

Aku dan Semalam

( Update! abah patut ada apointment untuk buat MRI kaki dia petang ini. Doktor dah pesan selagi tak buat MRI jangan kerja berat2. Bila aku call kampung, emak cakap abah dah pergi kerja dah. Dia tak nak buat MRI tu sebab dah sihat katanya. Masa staf PSH call aku tadi untuk confirmkan scan tu, aku cakap abah tak nak buat. Staf tu ketawakan aje. Alahai, abahku. )

Sejak hari isnin, anak perempuan aku asyik mengadu sakit telinga aje. Setiap kali sakit, dia mengadu kat emak dia. Emak dia selalulah korek telinga dia dengan putik kapas. Walaupun selalu dikorek, telinga dia semakin sakit. Walaupun aku doktor, aku jarang ambik kisah pasal sakit anak2. Aku lebih pentingkan anak2 orang lain banding dengan anak sendiri. Kalau wife aku suruh ambik ubat demam, baru aku ambik bawak balik. Kalau wife suruh ambik ubat selsema, baru aku ambik bawak balik. Aku jarang menyimpan stok ubat kat rumah.

Hari selasa, aku nampak Ainaa menangis sebab sakit sangat. Bila aku check dengan oroscope, wax dah penuh dah. Tanda2 jangkitan pun ada sebab selalu dikorek dengan putik kapas. Aku masih ingat pesan lecturer aku masa study dulu. Telinga kita ini macam mesin basuh otomatik. Tak payah nak kena korek selalu. Wax atau taik telinga tu bertindak sebagai pelindung daripada kekotoran dan jangkitan. Habit memasukkan sesuatu kedalam telinga seperti putik kapas adalah tidak bagus kerana kita membuang sistem perlindungan badan kita. Selain itu kita memperkenalkan bakteria baru ke dalam telinga.

Selepas beberapa kali aku try beri ubat dan buat irrigation, sakitnya masih kekal dan pendengarannya makin kurang. Maka terpaksalah aku meminta tolong kepada pakar2 yang lebih arif. Kalau Jemie atau Samril ada kat JB senang. Aku boleh cari mereka. Tetapi masing2 di Selayang dan Kota Kinabalu. Pilihan yang aku ada ialah Dr Archuna di Puteri, Dr Ridzo di Johor Specialist dan Dr Shamsudin di Century. Ini 3 doktor yang selalu menjadi pakar rujuk aku kalau aku ada kes susah2. Aku pilih Dr Shamsudin atas sebab2 yang agak personal. Lagipun aku nak berkenalan dengan dia. Dulu Ismail Chik ada mention nama dia masa dia buat renovation kat rumah aku.

Petang semalam, anak2 aku tak bersekolah ugama. Erin pun baru aje habis Peperiksaan Percubaan UPSR dia. Jadi masing2 nak ikut aku ke JB. Jadi, aku ponteng kerja petang semalam. Kira2 pukul 3.40 petang, aku sampai di klinik ENT Dr Shamsudin. Aku introduce diri aku dan tak payah register apa2, terus dapat masuk. Kami bersembang macam dah lama berkenalan. Sambil dia service telinga Ainaa, dia bercerita macam2 pasal practice dia. Prosedur tak sampai 5 minit dah siap. Ainaa nampak happy sahaja. Takda rasa takut pun sebab aku cakap doktor tu kawan aku. Sebelum pergi, aku suruh dia siapkan baju salin satu beg. Manalah tahu nak kena masuk wad. Tapi dia buat tak dengar aje. Dia tahu aku cuma takutkan dia aje.

Sebenarnya ini kali ke dua aku bawak Ainaa pergi jumpa pakar. Kali pertama masa dia berumur sekitar 4-5 tahun. Masa tu ramai yang tegur sebab mata kanan dia nampak juling sedikit. Aku tak kisah sangat masa tu tapi bila Ezanee suggest jumpa pakar, aku pun bawaklah dia jumpa pakar mata di HSAJB. Masa tu aku kerja kerajaan lagi. Jadi, prosedur2nya aku tahu sangat dah. Walaupun apointment aku pukul 9, pukul 8.30 pagi aku dah sampai. Orang punyalah ramai masa tu. Tapi aku gunakan segala keistimewaan aku untuk potong prosedur2 yang tak perlu. Pukul 10.30, baru dapat jumpa pakar mata. Lega, anak aku tak juling. Cuma juling air aje kalau ikut istilah melayu.

Lepas jumpa pakar, aku bawak famili aku pergi shopping baju raya kat Parkson Grand, Holiday Plaza. Sambil menyelam minum air. Best betul pergi hari2 kerja camni. Parking senang. Nak shopping pun lengang. Semua promoter asyik ikut aje kesana sini. Nak memilih senang, nak suruh carikan saiz pun senang. Nak bayar pun tak payah beratur panjang. Anak2 dapat baju dan seluar seorang 2 pasang. Ameel dapat robot Gundam yang kena pasang sendiri. Ada diskaun 20%. Tak lama lagi masuklah dalam almari aku tu.

Pukul 7.30 malam, baru sampai kat Kulai. Pukul 8 masuk klinik. Ramai patient yang dah datang petang, datang lagi malam tadi. Ada jugak yang bertanya aku pergi mana tapi ramai yang tak kisah. Konsep aku sama dengan konsep Dr Sham tu jugak. Kalau rasa nak rehat ke, nak jalan2 ke, ada hal ke, aku tutup aje klinik. Patient pun dah faham dah. Pada aku duit banyak2 tapi kalau kerja dah macam robot buat apa? Baik enjoy the life dan kerja seadanya. Kalau nak kumpul duit pun, setakat mana? Banyak mana? Duit kumpul banyak manapun, memang tak pernah cukup punya.

1 ulasan:

  1. saya pun ada masalah yang sama dengan anak tuan..
    boleh saya tahu waktu operasi klinik sham tu?
    macam berminat je nak g sana,..
    dan berapa kos untuk cuci wax tu ye??
    sbb dah 12 hari telinga tak degar sangat ni,..
    huhu,..no sy : 017-555 9772

    BalasPadam