Aku dan Statistik

Aku dan cerita2 lama:

17 Julai 2009

Aku dan Pengalaman Servis Kereta

Sejak tahun 1997, aku dah pakai berjenis2 kereta. Bermula dengan Proton Saga Iswara, Perdana V6, Honda CRV, Perodua Kancil, Proton Wira, Toyota Estima dan terbaru sekali Honda Accord. Semuanya aku dah rasa memakainya. Nak tahu kereta apa paling mahal sekali maintenance nya? Jangan tak percaya, Saga Iswaralah yang paling mahal sekali. Nanti aku sebutkan kenapa.

Proton Saga Iswara 1.3s sedan yang aku beli masa kemuncak ekonomi sebelum ekonomi jatuh menjunam merupakan satu pembelian yang paling tidak berbaloi. Harga kereta tu masa tu ialah 43 ribu. Satu nilai harga yang tak sepadan dengan kualiti buatannya. Ada yang kata ianya ibarat tin milo bergerak. Sebab itulah Proton untung berbilion2 masa itu. Jual kereta dengan harga cekik darah. Lepas tu tambah aksesori yang bukan2. Strip untuk decoration kat pintu pun letak sebagai aksesori dengan harga 100 lebih. Itu belum kira tray bawah seat, alat pemadam api, keahlian Sahabat EON dan sebagainya. Kalau tak nak ambik full aksesori tu, lagi lamalah nak dapat kereta.

Walaupun aku booked yang full accessories, hampir setahun tunggu pun kereta masih takda. Salesman asyik suruh tunggu aje. Sampai bila aku pun tak tahu. Kalau aku sanggup bayar extra 5 ribu, boleh potong queue katanya. Pergi kemana duit 5 ribu tu aku pun tak tahulah. Begitulah keadaannya masa itu iaitu sekitar 1996-1997. Rakyat takda pilihan sebab Mahathir sekat kemasukkan kereta2 jenama lain. Dia suruh kita sokong barangan Malaysia dengan beli kereta buatan Malaysia. Masa tu rakyat2 bawahan memang tak mampu nak beli Honda, Toyota atau jenama lain kerana harganya yang sangat mahal. Maka terpaksalah kita sokong barang buatan Malaysia dengan sabar menunggu giliran. Mahathir bukannya tahu pasal salesman2 dan ahli2 politik yang makan duit under table. Bila barang kurang dan permintaan banyak, macam2 cara orang guna untuk potong barisan. Sapa2 yang berani bayar lebih, dapatlah kereta awal. Sapa2 yang ikut peraturan dan tak sanggup bayar, tunggulah sampai berjanggut.

Memandangkan tarikh beranak wife aku masa tu makin hampir, nak tak nak aku kena usahakan cara lain. Itu yang terpaksa beli kereta kat kedai biasa. Kereta yang aku dapat tu dah register atas nama orang lain tapi mileage tak sampai seratus. Maknanya ada individu yang banyak duit, beli kereta tu banyak2 dan kemudian jual semula kat orang2 yang terdesak macam aku. Aku kena tambah 3 ribu lagi untuk proses tukar hakmilik tu. Aku tak pasti bank beri aku interest kereta baru atau kereta terpakai tapi interestnya sekitar 5.5% masa tu. Itulah sejarah peninggalan Mahathir dan Anwar Ibrahim yang aku takkan lupa sampai sekarang.

Masa tu aku bodoh lagi. Main sain aje borang2 kosong. Yelah, takda pengalaman. Nak tanya orang, kawan2 pun tak ramai macam sekarang. Aku terpaksa belajar daripada pengalaman sendiri. Selepas tu aku dah tahu tentang nak deal dengan salesman, dengan kerani bank, dengan agen insuran, dengan mekanik dan sebagainya. Taktik2 kotor salesman kereta nak duit lebih pun aku belajar jugak.

Ni aku nak cerita pasal servis kereta Iswara aku. Masa tu aku tak tahu nak servis kat mana. Jadi aku ikut aje abang ipar aku servis kat Kota Tinggi. Bengkel tu panel kepada Proton. Kononnya 3 kali servis yang pertama memang free. Tapi yang free ialah labour charge. Barang2 yang nak ditukar semua kena beli. Yang aku bengangkan sampai sekarang ialah setiap 5000km servis, semua benda nak ditukarnya. Aku komplen pasal wiper depan, terus ditukarnya wiper tu. Bukannya nak bubuh minyak ke, adjust skru ke, ini main tukar aje. Setiap kali servis, dia charge aku sekurang2nya 300 ringgit. Masa tu aku ingat normallah. Tukar plug, tukar air bateri, tukar cover bateri, tukar minyak hitam, tukar plug dan rasanya segala yang tak perlu semua habis ditukarnya. Bila aku tanya, dia kata memang rutin. Rutin kepala hotak dia. Masuk kali ke tiga aku give up. Aku kena pergi tempat lain nampaknya. Alhamdulilah, kedai cekik darah tu dah tutup sekarang. Setiap kali aku lalu kedai tu, memang aku berdoa semoga bisnes mereka cepat2lah lingkup. Geram betul aku.

Kereta Iswara bernombor JEQ 9666 tu membawa nasib malang kat aku. Satu hari tu aku terlanggar dinding konkrit masa keluar parking kat Giant Plentong. Habis dua pintu sebelah sisi kanan kemik macam tin Milo. Nak dijadikan cerita, masa aku nak pergi betulkan pintu tu, cermin depan pulak pecah berderai lepas berselisih dengan lori pasir. Memang betul cakap Neil Amri. Nombor kereta aku nombor setan. Sebab tu asyik bernasib malang sahaja. Nasib aku baik sikit masa aku jual Iswara aku. Aku masih dapat untung 5 ribu. Aku tambah 10 ribu lagi dan ambik Perdana V6 pulak. Masa tu hampir 6 bulan tunggu Waja aku tak sampai2. Masa ambik Perdana, hari ini bayar downpayment esoknya kereta dah boleh keluar. Entah apa punya nasib daa...

Masa aku pakai Perdana inilah aku berkenalan dengan Hanif, senior supervisor kat EON Servis Kulai. Masa tu wife dia kerja dengan IKRAM, panel kepada klinik aku. Melalui dialah aku belajar serba sedikit pasal penjagaan kereta. Dia juga banyak tolong aku untuk jimatkan kos servis. Dia tak follow rutin betul2. Kalau tak perlu tukar, tak payah tukar. Tak perlu tukar spark plug setiap kali servis. Masa wiring kereta aku short circuit sebab aku pasang bateri terbalik, dialah yang tolong ambik kereta aku kat rumah dan bawak ke bengkel EON. Tiga hari kereta tu tersadai kat bengkel dan dia tak charge aku apa2 walaupun habis dashboard depan tu dibukaknya.

Bila dia berhenti kerja dengan EON, dia bukak bengkel sendiri di Taman Indahpura. Lepas tu, semua kereta2 aku termasuk Wira, Kancil, CRV dan Estima aku suruh dia tolong serviskan. Aku percaya habis kat dia dan sepanjang tempoh ini, hanya Wira aku yang buat aku sakit kepala. Bukan sebab servis tak betul tapi Wira Special Edition tu memang taraf Iswara jugak. Yang lain2nya tak beri aku banyak masalah. Aku banyak rekomen kawan2 aku supaya servis kereta dekat bengkel dia.

Mamat sorang ni selain mekanik bertauliah, dia juga adalah professional photographer. Wife dia ada kedai andaman pengantin sendiri dan dia jadi tukang ambik gambar majlis2 perkahwinan tersebut. Resume dia ada di fotopages. Gambar2 yang dia ambik memang berkualiti dan berseni. Aku memang tak boleh nak lawan kreativiti dia.

Petang tadi aku hantar Estima aku untuk servis dengan dia. Masa aku datang, dia tengah syiok membelek2 Toyota Wish baru dia. Untuk Estima aku, aku guna minyak Mobil 1 fully syntetic. Setiap 10K baru tukar minyak hitam. Kalau 6 bulan lepas dapat hadiah khemah, kali ini dapat beg sandanglah pulak. Kali ini aku tukar minyak gear sekali. Spark plug masih OK lagi. Dia cuma ambik 30 ringgit untuk labour cost.

Dia dan wife dia memang low profile. Aku cukup respect dengan cara dia kumpul duit dan harta. Slow and steady. Takda nak tunjuk2 dia banyak duit. Mereka ada juga sesekali datang klinik aku untuk rawatan asthma anak dia. Adatlah. Kau beri aku income, aku beri kau income. Barulah adil kan?

Check his fotopages at http://hanif337.fotopages.com



1 ulasan:

  1. Salam Doc,
    Dekat mana ye workshop Tuan Hanif tu ye...ada alamat penuh tak?
    Terima kasih

    Rijal

    BalasPadam