Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Julai 2009

Aku dan Shinchan

Aku sememangnya peminat kartun. Daripada kecik sampai dah tua ni, aku tak jemu2 tengok kartun. Tapi bila umur makin meningkat dan masa terluang makin kurang, hanya kartun2 tertentu sahaja yang aku tengok. Antaranya ialah Spongebob Squarepant dan Crayon Shinchan. Aku nak cerita pasal Shinchan. Kartun yang tak pernah jemu ditonton walaupun dah berulang kali disiarkan.

Crayon Shinchan adalah anime/manga Jepun yang telah diterbitkan sejak tahun 1990 lagi. Ia mengisahkan kehidupan seorang budak nakal Shinnosuke Nohara dan keluarganya yang tinggal di bandar Kasukabe, Saitama Jepun. Beliau lebih dikenali dikalangan keluarga dan rakan2nya sebagai Shinchan. Keluarganya terdiri daripada bapanya Hiroshi Nohara, seorang pekerja kolar putih, ibunya Misae Nohara seorang surirumah sepenuh masa, adiknya Himawari Nohara dan anjing kesayangannya Shiro. Rakan2 karibnya ialah Nini, Masao, Bo dan Kazama. Watak2 sampingan seperti gurubesar, cikgu2 sekolah tadikanya, jiran2nya juga diselitkan. Mereka semua mempunyai karakter yang unik dan menghiburkan.

Shinchan terkenal dengan tindakan2 nya yang tidak terduga serta percakapan2nya yang sarkastik dan bersahaja. Tindakannya itu selalu mengundang masalah kepada orang2 sekelilingnya terutama ibunya dan rakan2nya. Beliau sebenarnya tidak bermaksud menyakiti orang2 sekelilingnya tetapi beliau disifatkan sebagai terlalu jujur dalam kata2nya. Secara keseluruhannya, ia diibaratkan seperti menyindir sikap materialistik dan tatacara budaya masyarakat Jepun yang sangat protokol.

Watak Shinchan sering disamakan seperti watak Bart Simpsons yang sama nakalnya. Siri Shinchan ini telah diharamkan dibeberapa negara seperti India dan Thailand kerana unsur2 kurang ajar, biadap, seksis, lucah dan budaya2 negatif terhadap institusi keluarga yang dipaparkannya. Shinchan dilihat tidak menghormati orang tua, ibubapa, cikgu dan suka sangat menggatal bila melihat wanita2 cantik. Aksi2 lucah seperti menggoyangkan punggung dan kemaluan disifatkan sangat keterlaluan untuk tontonan kanak2.

Dalam kereta aku, aku ada banyak koleksi VCD Shinchan terutama yang berbentuk cerita panjang/movie/pengembaraan. Anak2 aku tak pernah jemu mengulangi cerita2 yang sama jika mereka melalui perjalanan jauh. Suara alihbahasa Shinchan dalam bahasa melayu cukup sesuai dengan karakternya. Aku suka part bila dia tersalah cakap atau bila dia tersipu2 bila dia sangka dia dipuji. Karakter Misae sebagai ibu yang sibuk dengan urusan harian dirumah digambarkan dengan menarik sekali. Dalam sibuk dengan urusan rumah, dia boleh lagi tidur siang dan bersembang2 dengan jiran2. Aku juga suka karakter Kazama, anak orang kaya yang suka berlagak tapi kena buli dengan Shinchan dan watak Masao yang penakut juga selalu kena buli dengan Shinchan.

Walaupun kartun ini dianggap hiburan ringan tetapi unsur2 negatifnya boleh mempengaruhi jiwa kanak2 yang sedang membesar. Maka, kalau anak2 anda syok sangat tengok Shinchan, anda kena tonton sama dan beritahu/bimbing mereka. Jangan sama2 gelak dan lepas tu biarkan anak2 buat kesimpulan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan