Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Julai 2009

Aku dan Skim Piramid Lagi

Asia Ceramic
Ceramic e-mart

Ceramic Business Club

www.ceramicclub.net

Pemenang anugerah:
1. SMI & SME 3rd Business of the Year Award( Emerging Company)
2. 7th Asia Pasific International Enterpreneur Award 2008 (Excellence Brand)
3. 7th Asia Pasific International Honesty Enterprise Keris Award 2008

MENJANA PENDAPATAN TETAP DAN BERTERUSAN
  • Modal berpatutan sekali seumur hidup dan mendapat untung yang berterusan...
  • Konsep trading dan saving berterusan...
  • Menggunakan konsep modal pusingan...
  • Sah disisi undang-undang...
  • Bukan MLM atau Skim Cepat Kaya...
  • Sangat sesuai untuk simpanan hari tua anda...
  • 0% Risiko kerugian...
Paparan di atas adalah sebahagian daripada kandungan katalog yang pesakit aku beri kat aku. Dia beriya2 benar nak aku jadi part of his networks. Pada aku senang aje. Apa2 program pun kalau dia isytihar dia Bukan MLM, Bukan Piramid, Bukan Skim Cepat Kaya, aku takkan percaya. Bila baca isi kandungan katalognya, konsepnya masih sama iaitu:
1. Jadi ahli.
2. Beli produk atau pakej.
3. Tunggu dapat dividen setiap bulan.
4. Nak dapat lebih, cari orang lain untuk join.
5. Lagi banyak orang bawah, lagi banyak duit masuk.

ASIA CERAMIC ini pun sama. Mula2 kena jadi ahli, lepas tu kena beli pakej. Paling murah RM900 untuk beli tea-set( kalau beli kat Jusco tak sampaipun 50 ringgit) dan paling mahal pakej RM6800 untuk dapat Ceramic Energy Water Filter ( kalau beli dengan Amway pun paling mahal 2 ribu). Aku beri contoh pakej pertengahan harga RM3800. Dengan wang itu, kita boleh dapat tea set, Dinner set dan Warmer Set ( kalau cari kat Romantika di Angsana rasanya harganya tak lebih RM500 untuk 3 barang itu).
Lepas beli barang, kita ada 2 pilihan:
1. Guna sendiri barang2 itu ataupun boleh jual kat orang lain untuk dapatkan modal semula. Nak jual berapa harga, terpulanglah. Ada ke orang nak beli barang2 tu dengan harga 4 ribu?
2. Ada ' SELL BACK POLICY' iaitu jual balik kepada syarikat dengan harga RM4350 iaitu untung RM500. Tetapi ada syaratnya iaitu bayaran akan dibuat dengan 3 postdated check bernilai RM1450 setiap satu. Cek pertama itu hanya boleh ditunaikan selepas sebulan dari tarikh beli produk. Cek kedua lepas 2 bulan dan cek ketiga lepas 3 bulan. Kita juga akan dapat voucher RM150 yang boleh ditebus dengan EMART VOUCHER atau simpan dalam SHOPPING POINT (SP) untuk dapat barang2 lain. Dan cek2 itu akan dihantar menggunakan courier service dalam tempoh 2 minggu. Lain macam aje bunyinya...

Kalau dalam katalog, ditunjukkan keuntungan yang akan dijanakan jika kita beli barang dan seterusnya mengajak kawan2 ramai2 menyertai program ini. Ribu2 dalam masa beberpa bulan sahaja. Ditunjukkan juga gambar2 pejabat, gambar big boss dan orang2 yang telah berjaya dengan menyertai program ini. Setakat bergambar sebelah BMW, Merc, Honda orang2 kat kampung memang hairanlah. Apatahlagi jika ditambah dengan cerita2 dulu kerja kais pagi makan pagi, sekarang pendapatan dah 5-6 angka sebulan. Kalau dulu pakai kapcai, sekarang berlagak dengan kereta besar. Sapa yang tak tergoda. Tapi mereka tak tahu berapa ramai orang bawah yang nak kena cari sebelum dapat itu semua. Mereka takkan cakap punya..

Yang aku musykilkan ialah pemberian voucher KFC, Parkson dan BP. Ada ke company itu boleh beri voucher sampai 500-1000 ringgit? Banyak tu. Kalau masuk KFC, bawak voucher 500 ringgit, berapa banyak ketul ayam boleh dimakan daa. Kalau dapat voucher Parkson 1 ribu, memang raya sakan tahun ini. Macam tak logik laa.

Sesuatu yang aku jangka berlaku hari ini. Suratkhabar The Star hari ini melaporkan ofis syarikat ini telah diserbu dan disita oleh Bank Negara. Walaupun dalam katalog kata ianya berdaftar dengan SSM dan sah disisi undang2, ianya didapati mengambil wang deposit daripada orang ramai tanpa kebenaran Bank Negara. Memang sahlah. Skim piramid jugak. Aku kesian kat orang2 yang jahil dan yang telah termakan pujuk rayu syarikat keparat ini. Duit memang boleh dicari. Nak dapat bukannya senang, nak hilang sekelip mata aje.

Pada aku, tiada jalan mudah untuk hidup senang dan mewah. Tiada juga jalan pintas untuk jadi kaya. Ramai orang2 kita yang nak hidup mewah tetapi malas nak usaha. Yang diusahakan ialah duduk di kedai2 kopi sambil berfikir macamana nak kaya dengan cara yang paling mudah. Menipu adalah salah satu caranya.

Aku harap takda kawan2 atau sahabat aku dah terkena dengan company ini. Tetapi dah beberapa orang sekitar Kulai yang aku kenal, involved dengan program franchise company ini. Alahai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan