Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Julai 2009

Aku dan Tabiat Buruk Orang Kita










Hari ini aku nak lepas geram pasal sikap pemandu2 kenderaan jalan raya di Malaysia.

1. Sikap yang aku paling tak suka ialah cara mereka parking kereta. Bila mereka ada kereta, tak kira besar ke kecik mereka rasa setiap inci tanah kat Malaysia ni, bapak dia yang punya. Contoh paling dekat ialah depan klinik aku. Selang dua pintu daripada klinik aku, ada satu restoran. Setiap pagi kedai tu memang penuh dengan orang2 bersarapan pagi. Dahlah 3 petak parking depan kedai diletaknya meja makan, mangkuk2 ayun yang berkereta besar2 ni parking ikut suka sahaja. Kadang2 2 petak diambilnya, yang lain2 janji ada ruang sikit, mesti boleh parking punya. Senget ke kanan, senget ke kiri, melintang, membujur. Tak penting. Yang penting perut dah lapar. Memanglah kau duduk makan sekejap aje, tapi patut2lah. Orang lain pun nak parking jugak.

2. Cuba tengok kat hotel2 atau shopping2 kompleks. Kereta2 yang mahal2 boleh parking sebarang aje kat sekitar lobi dan entrance. Kereta2 yang kecik2 baru lalu aje, jaga dah suruh jalan terus. Tabiat orang kita ialah malas nak jalan kaki sikit. Mals nak keluar peluh atau exercise sikit. Seboleh2nya nak parking betul2 depan pintu masuk. Takpun nak bawak sekali kereta tu masuk dalam bangunan kalau boleh. Ini belum cerita lagi kes2 double parking depan bank, depan pejabat pos, depan kedai nombor ekor.

3. Aku pernah mengamuk bila ada satu kereta depan aku tiba2 berhenti tengah jalan kat lorong depan kedai. Ingat rosak ke apa, rupa2nya dia berhenti sebab nak pergi beli rokok. Dia tinggal aje kereta tu begitu sahaja. Berderet2 kereta belakang aku berhenti sebab jalan tu jalan utama. Lepas tu dia buat muka bodoh aje. Selamba aje masuk kereta dan jalan. Aku doakan semoga kau mati cepat dan hisap rokok banyak2 di dalam neraka nanti.

4. Satu lagi tabiat buruk yang aku paling anti sekali ialah potong queue. Dah tahu jalan kat depan tu jem, mangkuk2 ayun ni boleh jadikan 2 lorong kepada 4 lorong. Mana boleh potong dia potong. Mana boleh menyelit, dia menyelit. Lepas tu masuk depan kita bukannya nak beri signal ke angkat tangan ke. Ini buat muka seposen jer. Kalau kereta besar takpa. Setakat Kancil 660 atau Satria berspoiler macam nak terbang tu, aku tak heranlah. Orang lain pun sibuk jugak. Orang lain pun nak cepat jugak tapi timbang rasalah sikit.

5. Kalau kat highway lagi lah. Dia ada dua spesis. Satu yang bawak terlebih laju dan kedua yang kat highway pun bawak 60km/jam. Aku kalau tengah bawak dilorong kanan dengan kelajuan maksimum 110km/jam tiba2 ada kereta kat belakang sibuk beri lampu suruh ke tepi, aku tengok plat kereta dia dulu. Kalau plat Singapore, aku buat bodoh aje dulu. Ini negeri aku, kau hanya tumpang lalu. Jadi hormat sikit. Tapi kalau 7 series ke, plat 1 angka ke, aku beri laluanlah. Yang bawak macam semut asyik ke tepi ke tengah tu sama ada mengantuk ataupun tengah guna handphone. Rasa nak sondol aje belakang kereta mereka. Yang kat highway pun bawak 60km/jam tu baik naik basikal aje. Kalau nak bersiar2 pun, pergilah ke taman bunga sana. Bukannya di highway tempat orang lalu lalang.

6. Mat2 motor terutama yang muda2 ni lagi tak takut mati. Mereka ingat bila mereka naik kapcai Honda C70 tu, mereka jadi kebal dan naik taraf invisible. Mereka takda ikut undang2. Mereka biasanya buta warna. Dan mana boleh selit, mana boleh cilok, mana tempat nak parking. Semuanya ikut suka. Minggu lepas aku ada follow satu mat motor ni. Mungkin rambut perang dia baru bikin, jadi helmet letak kat handle motor. Takut rosak rambut gaknya. Dahlah bawak perlahan, kejap ke tepi kejap ke tengah. Bila aku potong, tengok dia tengah main SMS. Nak kata bangang, mungkin tidak. Tapi rasanya akal dia letak kat lutut. Kalau anda nak percaya, percaya. tak percaya sudahlah tapi kebanyakkan motor takda cermin sisi dan signal pun memang sayang nak gunakan. Mungkin tak nak bazirkan bateri agaknya. Jadi kalau mereka nak belok kiri, mereka hanya toleh kiri. Nak belok kanan, mereka toleh kanan. Tak payah susah2 angkat tangan atau pasang signal. Ada satu mamat tu lagi genius, nak belok kiri angkat kaki kiri dan nak belok kanan angkat kaki kanan. Cubalah perhati...

7. Satu lagi sikap gila orang Malaysia ialah mereka sanggup berhabis duit untuk modify kereta mereka. Kalau tengok majalah2 modifikasi kereta, ramai sungguh orang2 extreme kat Malaysia ni. Wira nak tukar jadi Mitsubshi Lancer, Perdana nak jadi Eterna, Waja nak jadi Beemer dan macam2 lagi. Pada aku setakat tukar warna dan tambah skirting dah cukup dah. Ini skirting cecah jalan, spoiler belakang macam nak terbang, audio system dah macam dalam panggung. Siap bubuh tv LCD lagi. Ini belum cerita pasal tukar enjin lagi, tambah turbolah, bubuh berjenis2 meter kat dashboard dan macam2 lagi. Kalau tak kacau orang takpa tapi kalau bubuh lampu putih lepas tu silaukan mata orang lain apa kejadahnya?

Kesimpulannya, kenderaan adalah satu keperluan. Bukannya satu alat untuk menunjuk2 atau berlagak. Sebesar mana kenderaan, ia masih ada 4 tayar jugak. Ia juga guna minyak dan kena lalu atas jalan raya. Tak kiralah kenderaan anda ada ABS ke, guna iVTEC ke, guna DVVT ke, 6 selinder ke, 8 selinder ke, ia juga kena bayar road tax dan insuran macam orang lain. Maka bertimbangrasalah. Kalau hari ini anda kenakan orang, satu hari nanti orang akan kenakan anda jugak.

1 ulasan:

  1. aku yang bawak motor dekat roundabout² cheras selalu jugak angkat kaki kiri untuk bagi signal nak masuk simpang,bukan apa sebab aku berbelas kali hampir kena langgar sebab pemandu lebih lebih lagi perempuan cina,pantang kat roundabout,terus kelam kabut.Padahal aku dah kasi signal,hand sign still buta lagi.Bila dah geram tu yang angkat kaki kiri biar diorang tahu kita ni motor je bukan ada pintu ke,cermin kiri kanan,bonet nak protect kalau apa apa jadi.Tapi apapun saya dah baca semua entry dalam blog doktor.Memang terbaik dan semoga murah rezeki serta sihat selalu.

    BalasPadam