Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Julai 2009

Aku dan Tabiat Buruk Orang Kita

Satu lagi tabiat buruk rakyat Malaysia yang aku paling tak suka ialah MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA. Setiap kali mereka membuang sampah, mereka beranggapan akan ada orang lain yang taleh dibayar gaji untuk memungut sampah yang telah mereka buang. Mereka membuang sampah dimana2. Kalau dalam kereta banyak sampah, mereka campak keluar tingkap. Kalau makan ke minum ke, kat situ mereka duduk kat situlah mereka tinggalkan sisa makanan mereka. Aku pernah terserempak dengan satu hamba Allah ni. Pagi2 start motor bawak plastik hitam, lepas tu tiba kat jambatan, dia campak beg plastik tu ke dalam sungai. Inilah budaya kita yang susah betul nak dikikis. Takda kesedaran sivik langsung.

Masa majlis kerja kahwin kat rumah emak aku dulu, sama jugak ceritanya. Sebelum maghrib aku dah pungut segala jenis sampah dan kumpulkan dalam plastik. Masuk waktu Isyak, aku dah nampak kotak2 rokok, tisu, puntung rokok, kulit telur, suratkhabar semuanya senang2 mereka buang kat bawah khemah. Sakit betul hati dibuatnya.

Cuba kita lihat keadaan selepas majlis2 keramaian ataupun majlis2 perjumpaan. Sampah2 dibuang sesuka hati walaupun tempat2 membuang sampah telah disediakan. "Ah! nantikan ada orang yang akan bersihkan. Jadi, suka hati akulah nak buang sampah kat mana2." Itulah pemikiran kita. Satu lagi, mereka anggap barang2 yang mereka tak nak pakai itu sampah. Jadinya, kertas2 tisu, cawan2 kertas, pinggan2 kertas dibazirkan. Minum air sikit lepas tu buang. Nak minum lagi, cari cawan baru. Nak tambah makanan, cari pinggan baru. Budaya membazir tetap menjadi budaya yang sukar nak diubah.

Jiran rumah aku sekarang ni tengah sibuk renovate rumah dia. Tiap2 hari pekerja2 kontrak yang kat rumah dia makan tengahari kat bawah pokok depan rumah aku. Lepas makan, bekas2 polisterin dan palstik2 minuman dia tinggal aje kat bawah pokok tu. Lepas tu terbang bersepah bila ditiup angin. Kucing dan anjing yang lalu lagi menyepahkan bekas2 makanan tu. Satu dua kali, aku tolong kutip dan letak dalam tong sampah. Masuk kali ketiga, aku letak sampah2 tu depan rumah dia. Tong sampah pun aku letak kat depan pintu gate rumah dia. Kalau tak faham jugak entahlah.

Aku selalu marah anak2 aku yang suka membuat sampah. Kertas2 A4 digunapakai sikit lepas tu buang. Padahal, ada banyak tempat lagi boleh dilukis atau ditulis terutama disebelah belakangnya. Tapi tidak, mereka suka guna kertas baru setiap kali nak buat sesuatu. Mereka tak tahu, betapa susahnya nak ciptakan kertas itu. Yang mereka tahu, nak pakai boleh beli kat kedai. Itu sahaja.

Cuba kita pergi ke bangunan2 kerajaan atau pusat2 beli belah. Walaupun ada tong sampah, sampah2 dibuang disekitar tong sampah dan bukannya di masukkan betul2. Mereka tetap beranggapan nanti ada mat2 bangla cleaner akan kutip dan kemaskan itu semua. Lagi satu, setiap lubang yang boleh diisi/disumbat dengan sesuatu pasti akan jadi tempat buang sampah. Celah2 pasu bunga, peti2 surat, celah2 tong pemadam api, liang2 dalam lif, liang2 kat tangga, semuanya jadi tempat menyelitkan sampah2 yang ada. Hairan sungguh aku!

Macamana ya nak ubah sikap kita ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan