Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Julai 2009

Aku dan Tabiat Buruk Orang Kita

Satu lagi tabiat buruk yang paling aku tak suka ialah MEROKOK DI TEMPAT AWAM. Aku bukan anti perokok. Masa student dulu pun, aku pernah gak hisap rokok untuk melepaskan tension. Yang aku tak suka ialah orang yang selamba merokok tak kira tempat. Dalam tempat tertutup pun masih nak hisap rokok jugak. Mereka bukannya kira asap rokok tu pergi kemana. Kalau ditelan terus takpalah. Ini dihembuskan ke orang2 sekeliling. Nak aje aku sound, kalau nak mati cepat, pergilah gali kubur sendiri. Tak payahlah nak ajak orang sekeliling sekali.

Wife aku memang pantang dengan bau asap rokok. Hilang terus selera makan dia kalau tengah makan tiba2 ada beruk2 yang menyalakan rokok kat sekeliling dia. Aku pun dah terikut2. Ada satu iklan tv tu tunjuk 2 orang tengah duduk kat bangku di taman. Seorang tengah makan karipap dan seorang lagi tengah hisap rokok. Mamat yang makan karipap tu naik angin bila terhidu asap rokok lalu dia offer karipap kat mamat yang hisap rokok tu. Bila mamat tu menolak karipap dia, dia sumbatkan karipap tu kat mulut mamat tu. Oh! aku tak nak asap rokok kau, kau beri jugak kat aku. Habis kalau kau tak nak karipap aku, aku nak jugak sumbat karipap ni kat mulut kau. Begitulah perumpamaannya.

Kalau daripada segi logik akal, rokok tu sepatutnya diharamkan. Ada beberapa fatwa mengharamkan rokok tetapi kerajaan tak berani nak wartakan sebab ramai ahli2 politik, ahli2 fatwa pun merokok sama. Rasanya dah terang dan nyata rokok tu lebih membawa kemudaratan berbanding kebaikkan. Memang nyata sekali, rokok merosakkan gigi, mulut, jantung, paru2, buah pinggang, otak, mencacatkan bayi dalam kandungan tetapi orang tak takut langsung. Perokok biasanya mempunyai gigi yang kuning, badan yang berbau dan rupa paras yang lebih tua daripada usia. Cuba tengok mereka betul2.

Perokok ni ramai jugak yang pengotor. Selain asap rokok, habuk rokok dan puntung rokok mereka buang kat mana2 aje. Ikut suka.

Kebelakangan ini, ramai jugak wanita yang mula merokok. Kalau dulu selindung2 sekarang tak lagi. Mereka semacam megah bila menghisap rokok dikhalayak. Budak2 sekolah pun sama. Mereka rasa cukup megah dan dewasa bila bercampur dengan kawan2 yang merokok. Letak gambar apapun kan kotak rokok tu, orangramai langsung tak heran. Itu semua berlaku kat orang lain. Aku belum tentu lagi. Esok bila dah semput, mati kena serangan jantung barulah tahu langit tu setinggi mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan