Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Julai 2009

Aku dan Vaksin Selsema H1N1

Setelah menunggu sekian lama, baru hari ini aku dapat stok vaksin untuk mencegah Selsema Influenza A H1N1 atau ikut bahasa orang kampung Selsema Babi. Kalau ikut kajian asal, Selsema Babi yang bermula di Mexico tu mengandungi strain virus yang baru iaitu campuran virus babi, virus manusia dan virus burung. Ini menjadikan ianya lebih berbahaya kepada manusia kerana bila ada virus baru, badan manusia tiada pertahanan atau antibodi untuk menghalang serangannya.

Dikatakan juga virus baru ini sangat kuat dan boleh membunuh ramai manusia jika tidak dikawal. Strain baru ini dikatakan boleh merosakkan sistem pernafasan seterusnya menyebabkan kematian. Antara percaya dan tak percaya, kita dimomokkan dengan kedatangan virus baru ini. Setiap hari media menghebohkan tentang penyebaran dan bilangan penghidap selsema baru ini yang semakin meningkat. Adakah itu realiti atau hanya dakyah2 pembuat vaksin untuk melariskan jualan vaksin mereka, kita sebagai pak turut hanya mengikut sahaja telunjuk mereka.

Selepas beberapa lama, didapati virus ini tidaklah sekuat dan sejahat yang disangkakan. Daripada lebih 500 kes di Malaysia, belum ada satu pun kematian dicatatkan. Ada satu kes dimasukkan ke ICU Hospital Sg Buluh kerana selain ada H1N1, pesakit itu ada Asthma. Alhamdulilah berkat kecekapan doktor di Malaysia, pesakit itu kembali stabil.

Saban hari semakin ramai yang datang ke klinik bertanya pasal virus H1N1 ni. Pantang demam sikit, cepat2 datang jumpa aku. Baguslah kalau begitu. Murah rezeki aku. Tu yang dapat pasang skirting Modulo tu. Pada pendapat aku, jangkitan selsema ni macam sakit demam selsema yang biasa. Kalau badan kuat, lepas 3 hari baik. Yang penting, minum air banyak2, rehat banyak2, makanlah ubat2 yang patut. Antibiotik tak wajib. Lagi satu, kalau dah tahu demam selsema tu, duduk rumah diam2. Janganlah asyik nak pergi tempat2 yang ramai orang. Lepas tu batuk, bersin dan buang hingus secara tak beradap. Anda dengan murah hati merebakkan penyakit anda kat oranglain. Kepada yang badan lembik dan antibodi tak kuat, jaga2lah. Mungkin akan berakhir di hospital ataupun di lubang kubur.

Berbalik kepada vaksin, aku tak galakkan semua orang ambik suntikan ini. Tapi kalau mampu apa salahnya. Vaksin ini digalakkan diambil oleh pekerja2 yang mudah terdedah dengan orang ramai seperti doktor, nurse, polis, kastam dan mereka2 yang bekerja di kaunter2 pertanyaan. Yang duduk dalam ofis mengadap komputer aje kerjanya tak payahlah.

Selain itu ada beberapa golongan yang sangat digalakkan untuk ambik vaksin ini:
1. Warga tua yang berumur lebih 65 tahun.
2. Kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.
3. Mereka2 yang ada penyakit jantung atau paru-paru.
4. Mereka2 yang mempunyai antibodi yang rendah seperti penghidap kanser dan HIV.
5. Mereka2 yang bercadang melancong ke negara di Hemisfera Selatan seperti Australia, New Zealand dan negara2 Amerika Selatan.
6. Wanita2 yang bercadang nak mengandung dalam tempoh terdekat ini.

Perlindungan untuk penyakit ini hanya sekitar 70-90% untuk dewasa dan lebih 90% untuk kanak-kanak. Jadi, tak gerenti 100%. Suntikan hanya guna jarum kecil di bahu dan kesan sampingan seperti demam dan sakit adalah perkara biasa. Vaksin ini mengandungi virus H1N1 yang telah dilemahkan dan dibiakkan dalam tisu telur ayam sama seperti suntikan vaksin Typhoid. Jadi perkara halal haram janganlah dipersoalkan.

Aku mungkin terpaksa cucuk jarum kat bahu sendiri sebab takda siapa yang berani nak cucuk aku setakat ini. Aku akan suntik semua staf klinik aku esok dan mereka2 yang order dengan aku dulu dah tak sabar nak kena cucuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan