Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Julai 2009

Aku Tak Fahamlah...

Aku dah 12 tahun jadi doktor. Aku dah masak sangat dengan karenah patient terutama yang melibatkan cuti sakit. MC adalah atas budi bicara doktor. Bila atas nama budi bicara, itu bermakna terpulanglah kepada doktor sama ada nak beri ke tidak. Tiada individu, tiada syarikat malah tiada polis atau lawyer yang boleh mempertikaikan budi bicara doktor.

Dari dulu lagi aku nak letak signboard besar2 kat depan pintu bilik aku. Aku nak tulis " NO MC SEEKERS ALLOWED" tapi aku tak sampai hati. Pemberian MC sepatunya atas masalah kesihatan sahaja. Hanya orang sakit layak dapat MC. Sebab itu ia disebut cuti sakit. Tapi pesakit dah semakin menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. MC digunakan untuk cuti balik kampung, untuk jaga anak sakit, untuk melawat saudara di hospital, untuk hantar saudara bertunang, untuk jemput emak mertua di airport, dsb. Kalau aku listkan memang sampai esok tak habis punya.

Aku tak pernah berniaga jual MC. Aku tak pernah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk keuntungan harta benda. Tapi aku bengang dan tension kalau ada patient2 datang ke klinik semata2 mohon simpati dan nak MC atas alasan2 selain daripada masalah kesihatan. Kawan2 wife aku ramai yang call atau SMS wife aku tolong mintakkan MC daripada aku. Wife aku dah masak dah dengan aku. Dia tahu aku mesti marah punya. Jadi kalau aku rasa tiba2 wife aku jadi sangat baik, adalah yang dia nak mintak tolong tu. Kalau kat klinik pun sama. Patient yang lama tak muncul dan tiba2 muncul memang itulah kehendaknya.

Aku ada satu company panel ni. Dulu masa zaman gawat, zaman order kurang dan kerja takda, company siap suruh pekerjanya datang ramai2 ke klinik ambik MC. Ada satu ketika tu, mereka nak beri VSS kat pekerja mereka. Jadi mereka suruh staf yang dapat VSS tu datang klinik untuk habiskan kuota MC. Kalau seorang dua takpa, ni berpuluh2. Naik pening aku dibuatnya. Rasa nak call aje management mereka, ini apa kejadahnya? Minggu lepas ceritanya lainlah pulak. La ni bisnes dah bagus, kerja dah banyak. Pekerjanya semua kerja straight. Sabtu ahad pun kena kerja. Jadi ramailah yang kepenatan datang ke klinik aku. HR siap warning dan inform office besar supaya kawal sedikit pemberian MC. Office besar hantar fax kat aku pasal hal tu. Punyalah bengang aku jadinya.

Jadi, aku photostat surat amaran dari office dan tampal kat kaunter pendaftaran. Semua pekerja company tu walau sakit macamanapun aku tak beri MC. Sapa2 yang tak puashati aku suruh inform kat boss mereka. Dia ingat aku suka2 agaknya beri MC kat pesakit. Sapa nak aje aku beri. Nak dua hari aku beri 2 hari. Nak seminggu, aku beri seminggu. Mereka tak tahu, aku beri MC atas dasar budi bicara dan pertimbangan yang wajar. Walaupun kadang2 lebih atas dasar perikemanusiaan dan bukannya atas dasar kesihatan. La ni, senang aje. Kalau bukan sebab2 kesihatan yang memudaratkan, aku beri time slip aje. Ada beberapa orang bertanya balik kat kaunter sebab tak dapat MC. Ada juga yang nak jumpa doktor semula tetapi semuanya aku tak layan. Apa2 hal kau tanya kat management dulu. Kalau tak puashati, suruh management tulis surat kat doktor.

Ini bukan kali pertama sebenarnya. Sebelum2 ini pun pernah berlaku. Aku buat perkara yang sama. Lepas tu tak da siapa berani nak querry pemberian MC aku. Office besar pun dah segan dengan aku. 12 tahun pengalaman beb! Takkanlah tak tahu lagi kerja aku macamana.

Tapi aku masih tak faham...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan