Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Aku dan Shopping Raya

Gaya Inggeris adalah tema raya aku untuk tahun ini. Selepas wife aku beli almari Vantage, aku tergerak hati nak upgrade interior rumah aku. Kalau semua nak guna produk Vantage memang tak mampu. Mahal sangat. Nasib baik kat Kedai Romantika di tingkat atas Plaza Angsana ada jual barang2 ala-ala Inggeris dengan harga yang lebih murah.

Masa aku sampai kat Plaza Angsana tengahari tadi, suasana memang dah sesak dah. Seperti yang diiklankan di Radio Sinar, raya takkan lengkap kalau tak ke Plaza Angsana. Jadi, suasana penuh sesak dan riuh rendah aku dah jangka. Nasib baik suasana hujan renyai dan redup. Anak2 langsung tak meragam. Senanglah wife aku nak buat pilihan.

Kat Romantika, pinggan mangkuk, perhiasan meja, almari, rak-rak dinding,bunga-bungaan, langsir, cadar, sarung bantal dan segala macam barang2 ala Inggeris ada di sini. Harganya jauh lebih murah kalau nak banding dengan yang original di Vantage. Ada satu lagi kedai. KK Home Deco namanya. Kedai ini pun jual macam2 perhiasan gaya I…

Aku dan Cerita Minggu Ini

Lama tak tulis blog. Minggu ni kan minggu pertama Ramadhan. Jadi sibuk sikit dengan urusan2 yang berkaitan seperti membanyakkan makan dan memanjangkan tidur. Walaupun minggu ini anak2 dan wife cuti sekolah, aku takda buat aktiviti apa2. Wabak H1N1 belum reda lagi, jadi takut nak jalan kemana2. Beberapa perkara menarik berlaku minggu ini. Antaranya:

1. Minggu ini klinik lengang. Musim demam selsema dan panik H1N1 dan mula berkurangan. Ditambah lagi dengan musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan. Ramai yang balik kampung agaknya. Sehari pesakit aku tak lebih 50 orang. Jadi banyak masa aku gunakan untuk merehatkan fikiran dan membuat aktiviti2 sampingan seperti membaca, tidur dan bukak Facebook. Kita tengok minggu depan macam mana. Bila anak2 dah start bersekolah, ramailah yang pening, gastrik, sakit perut, demam dan sebagainya. Cikgu2 yang nak MC pun ramai.

2. Minggu ini cuaca di sini hampir setiap hari hujan. Kadang2 sehari suntuk. Kesian kat tauke2 jual air kat Bazaar Ramadhan. Air war…

Aku dan Awal Ramadhan

Diam tak diam, dah 3 hari kita berpuasa. Anak2 aku semuanya masih cukup puasanya termasuk yang kecik sekali. Hari pertama puasa, aku bangun pukul 4 pagi untuk siapkan makanan bersahur. Hari kedua dan ketiga, aku bangun untuk makan aje. Tak larat dah.

Hari pertama Ramadhan, aku bawak anak2 jalan2 sambil tengok wayang kat Tebrau City. Aku dah tahu, kalau duduk rumah anak2 mesti ingat nak makanlah, laparlah, tak tahanlah. Tu sebab aku bawak jalan2. Kat Tebrau City orang tak ramai sangat. Tapi panggung penuh sesak. Pukul 5.30 petang baru sampai rumah. Lepas bersiap lebih kurang, aku balik kampung pulak. Dah janji dengan emak aku nak berbuka puasa ramai2 kat kampung. Bila dah sampai kat kampung, niat nak kontrol makan terus hilang. Semua yang emak masak menepati selera aku. Syameel yang first day puasa penuh, makan nasi 3 kali tambah. Emak aku terus kenyang bila tengok cucu2nya makan cukup berselera sekali.

Lepas Isyak, aku bertolak pulak ke rumah emak mertua aku. Disebabkan aku tak berbu…

Aku dan New Movie: Up

Kalau tengok poster wayang ini, aku rasa filem ini membosankan. Kisah orang tua, kisah budak debab dan rumah yang terapung di udara. Apa yang bestnya? Tapi bila The Star beri 5 bintang kat filem ini, baru tergerak hati aku nak pergi menontonnya. Seperti filem Kung Fu Panda dan Wall-E, filem ini tersangatlah bestnya. Berpuluh kali menontonnya pun masih tak jemu2 jugak.
Tengahari Satu Ramadhan, aku bawak satu famili pergi ke TGV Tebrau City. Kalau kat rumah, sure ada yang merengek2 tak tahan lapar. Duduk dalam panggung, jalan2 tengok mainan sure lupa pasal makan dan lapar.
Filem ini memang best. Semuanya ada. Sedih, gembira, takut, marah, geram dan yang penting kelakar gila. 2 jam dalam panggung tak terasa lamanya. Ia bermula dengan kisah seorang budak yang suka sangat adventure. 15 minit yang pertama menggambarkan pertemuan dan pembesaran budak itu dan pasangannya sehinggalah isterinya meninggal dunia dan dia menjadi tua seorang diri. Walaupun dah tinggal seorang, dia masih lagi berci…

Aku dan Seloka Ramadhan

Ramadhan datang lagi,
Kusambut dengan senang hati,
Juga syukur tidak terperi,
Tahun ini sempat berpuasa lagi.

Ramadhan datang lagi,
Ekonomi gawat belum habis lagi,
Mungkin hanya dapat gaji,
Bonus belum tahu lagi.

Ramadhan datang lagi,
Ramai orang dah beremosi,
Tahun ini sambut raya dimana lagi,
Kalau bukan di kampung sendiri.

Ramadhan datang lagi,
Bazaar Ramadhan dah mula dicari,
Lain2 tempat setiap hari,
Selera berpuasa macam2 nak diisi.

Ramadhan datang lagi,
Patutnya ke masjid setiap hari,
Terawih dan zikir sudahlah mesti,
Bukannya kekenyangan di depan tivi.

Ramadhan datang lagi,
Dikala negara diserang selsema babi,
Tempat2 awam minta dijauhi,
Namun shopping complex masih tak sepi.

Ramadhan datang lagi,
Walaupun raya lama lagi,
Tauke2 kedai dah mula buat promosi,
Lagu2 raya dah dijadikan penyeri.

Ramadhan datang lagi,
Anak2 yatim hari2 dapat makan free,
Nasib lebih baik dapat masuk tivi,
Habis raya kembali sepi.

Ramadhan datang lagi,
Peluang bagus untuk kuruskan diri,
Tapi hujung minggu target lari,
Bila emak masak f…

Aku dan Lawatan ke UTM

Petang ini aku kena hantar wife ke UTM Skudai. Kali terakhir aku ke sini ialah masa majlis perasmian UTM oleh Sultan Johor kira2 25 tahun yang lalu. Masa tu aku baru tingkatan 2 rasanya. Masuk UTM mengingatkan aku masa zaman study kat UM dulu. Zaman duit takda. Zaman ke sana sini naik motosikal pinjam atau naik bas mini no 12. Rasanya aku dah tak sanggup nak masuk dewan kuliah lagi. Cukuplah setakat ini.

Tapi wife aku lain. Dia masih lagi bersemangat nak study lagi. Lepas dapat Ijazah Sarjana Muda Matematiknya tahun lepas, dia dah berangan2 nak buat Master pulak. Tu yang nak jumpa lecturer UTM nak tanya sikit pasal Master of Education(Mathematics Education). Susah ke, senang ke, boleh ke, tak boleh ke. Wife aku part jalan memang susah nak ingat. Walaupun dah selalu ke Jaya Jusco Taman U, dia masih tak konfident nak pergi sendiri ke UTM. Maka terpaksalah aku menunjukkan jalan merangkap driver.

Hari ini ialah hari terakhir Konvokesyen. Kereta bukan main banyak lagi. Nak cari tempat ke …

Aku dan Nasib Kolamku

Ini kolam air mengalir atau water cascade ciptaan En Ismail Chik sebagai memenuhi permintaan wife aku yang nakkan bunyi air mengalir di depan pintu rumah. Ianya juga menjadi topik yang diulang2 semasa projek ubahsuai rumah aku masuk rancangan tv kira2 setahun yang lepas. Kata En Ismail, kolam aku ini tiada duanya. Ianya unik dan dia tak buat lagi ditempat2 yang lain.
Kolam ini berfungsi menghasilkan bunyi air mengalir untuk mendapatkan kesan dramatik dan pada masa yang sama, aku boleh bela ikan didalamnya. Ianya menggunakan konsep fully automatic kerana ianya disambung terus ke longkang besar kalau aku nak ganti airnya. Ianya juga disambung ke paip utama untuk memudahkan aku mengisi semula airnya. Kolam ciptaan En Ismail ini menggunakan sistem filter/penapis yang mudah. Tak payah susah2 nak cuci kolam atau tukar penapisnya kerana kotoran semuanya dimendakkan ke dasar kolam dan kalau buang airnya, kotoran akan dihanyutkan sekali. Ianya menggunakan 4 pam yang berbeza. Satu untuk member…

Aku dan Mencegah H1N1

1. Air Ionizer dikatakan akan menghasilkan ion2 yang bercas negatif. Ion2 ini akan bergabung dengan kekotoran di udara yang bercas positif seperti habuk2, allergen2, bacteria menyebabkan ia menjadi lebih berat dan jatuh ke lantai. Kononnya udara akan menjadi bersih dan lebih sihat. Bila udara yang disedut itu bersih, jauhlah segala penyakit daripada badan. Dikatakan Ionizer ini juga akan menghasilkan ozon yang juga bagus untuk membersihkan udara kita. Namun semua ini dikatakan hoax atau penipuan semata2. Nak percaya dan tak percaya, terpulanglah.

2. Makanan kesihatan ini jika diamalkan setiap hari dikatakan akan menolong menguatkan sistem imuniti badan kita. Bila imuniti dah kuat, kita jarang diserang penyakit dan H1N1 adalah satu daripadanya. Dikatakan prof yang menjumpai bahan ini telah dapat anugerah Nobel untuk penemuannya. Harganya RM260 ringgit untuk 30 paket bermakna dalam sebulan, kita kena belanja sebanyak itu untuk kekal sihat dan muda. Lebih baik buat beli beras dan lauk pa…

Aku Dah Penat

2 minggu ini, aku kerja teruk betul. Semenjak wabak H1N1 melanda, klinik aku tak pernahnya lengang. Sessi pagi, sessi petang dan sessi malam sama sahaja. Takda masa nak rehat. Dah jadi macam kerja kat klinik kerajaanlah pulak. Nombor giliran boleh habis dan staf aku boleh suruh patient pergi ke klinik lain sebab yang menunggu giliran dah lebih 20 orang. Setiap malam balik lambat. Bangun pagi masih terasa letih lagi. Nasib baik aku ada OSIM. Boleh tolong urut belakang aku setiap malam.

Aku memang dah tak larat dah ni. Sehari tak kurang 80 orang yang aku kena periksa. Biasanya sekitar 50-60 orang pesakit sehari. Tapi kalau dua hari berturut2 lebih seratus orang, macam nak demam aku dibuatnya. Aku tak kejarkan kuantiti. Aku juga tak kejarkan income yang masuk. Aku masih cuba kekalkan standard aku. Satu pesakit sekurang2nya 7 minit. Aku nak kena tanya, kena periksa, kena beri penerangan, kena jawab soalan dan barulah aku boleh beri ubat. Kalau patient ramai sangat, aku tak mahu kualiti tu…

Aku dan Taksub Kepada Kecantikan

Perempuan akan berbuat apa sahaja untuk kelihatan cantik. Trend sekarang adalah kulit yang putih bersih dan badan yang kurus slim. Kedai2 menjual produk2 kecantikan ada dimana2. Macam2 jenama ada. Kedai2 rawatan muka, rawatan badan dan spa2 laris. Selagi lelaki suka kepada kecantikan selagi itulah wanita takkan berhenti untuk kekal cantik, muda dan langsing.
Ubat2 di atas adalah antara suntikan yang ada dipasaran. Suntikan Vitamin C dan Vitamin C+ Kolagen dah semakin murah sekarang. Cuma tak semua doktor ada menawarkan khidmat ini. Yang terbaru adalah suntikan Glutothione. Glutothione ini dikatakan bagus untuk mendapatkan kulit yang cerah, lembut dan gebu. Kalau tanya aku, aku tak tahu. Aku tak banyak pengalaman tentang produk2 ini.
Kecantikan bukan setakat apa yang ada dimuka sahaja. Ianya patut datang daripada hati budi dan dalam badan sekali. Aku tak kisah kalau wife aku biasa2 sahaja kerana kecantikan wife aku hanya pada mata aku yang memandangnya. Lantaklah orang nak kata apa.

Aku dan Keluar Daripada Kemiskinan

Dua malam lepas, aku tertengok rancangan Sketsa Jakarta di Astro Awani. Rencana mengenai kehidupan rakyat2 miskin dan terpinggir di kota besar Jakarta. Ianya cukup menyentuh perasaan. Ianya juga cukup menginsafkan. Ada satu nenek berumur 75 tahun. Walaupun dah sepatutnya pencen, dia masih bekerja sebagai pengopek bawang di pasar. Walaupun bekerja lebih 12 jam sehari, pendapatannya cuma sekitar 10-15 ringgit sehari. Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Dia telah bekerja sebagai pengopek bawang selama 15 tahun tetapi langsung tiada mempunyai harta. Dia hanya mampu menyewa bilik kecil tanpa kemudahan asas di kawasan setinggan di belakang pasar tersebut. Rasanya saat kematiannya nanti, tiada siapa yang akan peduli.
Dipaparkan juga kehidupan seorang wanita berumur sekitar 40 an. Kehidupannya hanya sekitar tempat dia menjaja sayur2an di tepi rel kereta api. 'Kedai'nya adalah rumahnya kerana disitu jugalah dia tidur, makan dan melakukan aktiviti2 harian…

Aku dan Wabak H1N1

Demam selsema H1N1 semakin merebak kebelakangan ini. Kalau dulu aku boleh kenalpasti pesakit2nya, sekarang ni tidak. Kalau dulu boleh tanya pasal balik dari luar negara, la ni sakit itu datang dari mana2. Banyak sekolah2, kolej2 dan universiti2 yang ditutup kerana penyakit ini merebak tanpa dapat dikawal. Tapi alhamdulilah, penyakit ini tidak seserius yang disangkakan. Daripada 1400 kes, 97% telah sembuh dan hanya ada 9 kematian. Staf klinik aku semua dah dapat imunisasi H1N1. Jadi, semua tak nak pakai mask tutup muka. Walaupun perlindungan cuma 70-90%, mereka konfident aje takkan kena. Aku pun samalah. Tawakal kepada Allah ajelah.
Dua hari ini, pesakit aku sekitar 100 orang sehari. Yang demam lebih separuh. Nasib baik aku tak demam sekali. Ionizer kat meja aku, aku on kan sepanjang hari. Vitamin C aku makan double dose setiap hari. Harap2 antibodi badan aku takkan berkurangan.
Ramai yang bertanya kat aku pasal H1N1 ni. Mana2 yang demam, semua takut kena sakit ini. Semuanya takut mat…

Aku dan Semalam

Dua minggu terakhir bulan lepas, aku kerja macam di hospital kerajaan. Pagi, petang dan malam sentiasa sibuk memanjang. Musim H1N1. Ramai yang batuk dan demam datang ke klinik. Jadinya, hari Sabtu semalam aku ambik cuti. Aku tutup kedai. Cadangan asal nak duduk rumah lepak2 sahaja tetapi bosanlah pulak. Semalam pun aku tinggal berdua dengan anak bungsu aku. Yang lain2 ada urusan di tempat lain.

Pukul 9 pagi, aku pergi sarapan dulu di Restoran Along Bistro di Taman Gemilang. Aku dah banyak kali nak try makan kat situ tetapi tak berkesempatan. Maka pagi semalam aku pergi. Restorannya bersih, cantik dan kemas. Dekorasinya ala2 kopitiam gitu. Memang ikut stail dan trend sekarang. Aku order Nasi Lemak dan Teh Tarik manakala Ameel nak Teh Ais dan Roti Bakar. Suratkhabar Star muka depan menunjukkan massive jammed dan roadblock kat sekitar KL. Ada demonstrasi anti- dan pro-ISA hari ini. Ini golongan yang tak tahu bersyukur. Dahlah ekonomi gawat, itupun masih sibuk nak demo. Anwar Ibrahimlah …