Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Ogos 2009

Aku Dah Penat

2 minggu ini, aku kerja teruk betul. Semenjak wabak H1N1 melanda, klinik aku tak pernahnya lengang. Sessi pagi, sessi petang dan sessi malam sama sahaja. Takda masa nak rehat. Dah jadi macam kerja kat klinik kerajaanlah pulak. Nombor giliran boleh habis dan staf aku boleh suruh patient pergi ke klinik lain sebab yang menunggu giliran dah lebih 20 orang. Setiap malam balik lambat. Bangun pagi masih terasa letih lagi. Nasib baik aku ada OSIM. Boleh tolong urut belakang aku setiap malam.

Aku memang dah tak larat dah ni. Sehari tak kurang 80 orang yang aku kena periksa. Biasanya sekitar 50-60 orang pesakit sehari. Tapi kalau dua hari berturut2 lebih seratus orang, macam nak demam aku dibuatnya. Aku tak kejarkan kuantiti. Aku juga tak kejarkan income yang masuk. Aku masih cuba kekalkan standard aku. Satu pesakit sekurang2nya 7 minit. Aku nak kena tanya, kena periksa, kena beri penerangan, kena jawab soalan dan barulah aku boleh beri ubat. Kalau patient ramai sangat, aku tak mahu kualiti turun dan standard rawatan jatuh. Sebab itu aku cuba limitkan pesakit aku. 60 orang sehari cukuplah. Aku pun boleh rehat2 sikit, baca suratkhabar kat kedai mamak, tulis blog, update flickr dan sebagainya. Kalau 100 orang sehari? Nak curi2 minum petang pun tak dapat.

Patient2 yang dah biasa dengan aku, masih nak jumpa aku jugak. Biasanya tempoh menunggu untuk jumpa dengan aku sekitar 10-30 minit. Tapi sejak wabak virus baru ni melanda, waiting time aku dah lebih sejam. Malam lagi teruk. Pukul 8.30 malam, dah 20 orang tunggu giliran nak jumpa aku. Target pukul 10 nak tutup kedai tak pernahnya capai. Itu yang pukul 9 dah tak ambik patient baru. Rayu macamanapun, staf aku tak nak ambik jugak.

Orang ramai takut betul dengan H1N1 ni. Mana taknya, suratkhabar, tv , radio semua beritahu siapa2 yang demam, batuk, selsema kena ambik rawatan segera di hospital dan klinik. Apatahlagi bila yang mati semakin ramai. Lagi takutlah mereka. Nak kata untung, untunglah jugak sebab klinik sentiasa penuh. Tetapi badan tak tahan. Otak jadi tepu. Nak fikir pun malas. Bila dah penat ni, hati cepat panas. Yang aku takut ialah salah beri ubat atau salah beri nasihat. Tak pasal2 ada yang kena masuk court nanti.

Memang betul ini selsema virus baru. Virus baru ini sangat cepat dan sangat mudah merebak. Tengok keluarga Tengku Mahkota Pahang. Habis isteri tengku, 5 orang anaknya dan 2 doktor yang merawatnya kena H1N1. Masa taklimat H1N1 di Hospital Sultan Ismail Pandan, beberapa rumusan boleh dibuat:
1. Virus baru ini sangat berbahaya terutama kepada golongan yang berisiko tinggi.
2. Virus ini mudah merebak melalui rembesan batuk, selsema, bersin daripada seorang yang sakit ke orang yang sihat disebelahnya.
3. Penyakit ini hanya akan reda sekurang2nya setahun lagi iaitu apabila manusia telah mula mendapat imuniti terhadap virus tersebut.
4. Imunisasi terhadap virus baru ini hanya akan sampai seawalnya bulan 10 tahun ini dan selewat2nya hujung tahun ini.
5. Ubat Tamilflu masih mujarab untuk membunuh virus ini terutama jika diberi pada peringkat awal. Malangnya ubat ini dikawal oleh kerajaan dan tidak semua orang boleh mendapatkannya.
6. Ujian saringan H1N1 tidak dijalankan ke atas semua pesakit memandangkan kosnya yang tinggi dan kadar ujian positif yang rendah. Hanya kes2 serius yang dimasukkan ke wad atau ICU diuji untuk virus ini. Tetapi ujian boleh dilakukan di hospital swasta dengan kos ditanggung sendiri.

Saban hari aku jumpa ramai pesakit yang demam, batuk, selsema, sakit tekak dan sakit2 sendi. Masing2 takut menghidap penyakit ini. Kalau tanya aku, aku cakap aku tak boleh confirm sakit biasa atau sakit H1N1. Tapi setakat minggu ini, aku belum jumpa yang aku syaki sakit virus baru itu. Mana2 yang demam lebih 38 darjah, aku beri MC 2 hari, aku suruh mengkuarantinkan diri mereka di rumah, minum air masak banyak2, makan ubat2 yang patut dan doa lebih sikit supaya dijauhkan daripada penyakit yang baru itu. Kalau lepas 2 hari tak berkurang jugak atau ada tanda2 sakit dada atau sesak nafas, cepat2lah ke hospital.

La ni mana yang selsema atau batuk sikit, terus jumpa doktor. Aku cakap selagi takda demam lebih 38 darjah, itu bukannya kemungkinan H1N1. Patient2 aku yang termasuk dalam golongan berisiko tinggi aku nasihatkan ambik suntikan imunisasi. Walaupun tak dapat cover 100%, pada aku setakat 70-90% pun dah kira berbaloi. Bukannya takut mati tapi mana boleh dicegah, kita cubalah mencegahnya. Patient2 yang sihat walafiat tapi sibuk sangat nak suntik imunisasi, aku tak beri suntikan. Suntikan tu susah nak dapat, jadi aku reserve kepada mereka2 yang betul2 memerlukan. Kalau nak kira untung, aku boleh cucuk semua orang. Tapi rasanya tak ethical lah.

Minggu lepas, aku try pakai face mask kat klinik. Staf aku pun sama. Tapi lepas 3 patient, aku bukak dah. Rasa tak selesa sangat. Kalau kat hospital bolehlah. La ni tawakal ajelah. Nak cari face mask tu bukannya senang. Supplier aku kata harganya dah double sekarang dan stok tak tahu bila akan sampai. Kat sekolah anak aku, ada yang jual face mask atau topeng kata Ameel. Kejap aje habis. Budak2 seronok betul buat main benda tu. Kejap pakai kejap bukak. Pada aku ianya satu penyalahgunaan. Sepatutnya budak2 tu diajar cara memakainya dan diberitahu apa kegunaannya. Kalau setakat jual semata2 nak ambik untung, itu memang tak patutlah.

Apa2pun, aku dah penat dah ni. Rasa nak ambik cuti 2-3 hari. Duduk rehat2 tanpa perlu fikirkan pasal klinik, pasal patient, pasal H1N1...Tapi apakan daya, aku kena cari rezeki. Raya dah dekat daa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan