Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Ogos 2009

Aku dan Awal Ramadhan


Diam tak diam, dah 3 hari kita berpuasa. Anak2 aku semuanya masih cukup puasanya termasuk yang kecik sekali. Hari pertama puasa, aku bangun pukul 4 pagi untuk siapkan makanan bersahur. Hari kedua dan ketiga, aku bangun untuk makan aje. Tak larat dah.

Hari pertama Ramadhan, aku bawak anak2 jalan2 sambil tengok wayang kat Tebrau City. Aku dah tahu, kalau duduk rumah anak2 mesti ingat nak makanlah, laparlah, tak tahanlah. Tu sebab aku bawak jalan2. Kat Tebrau City orang tak ramai sangat. Tapi panggung penuh sesak. Pukul 5.30 petang baru sampai rumah. Lepas bersiap lebih kurang, aku balik kampung pulak. Dah janji dengan emak aku nak berbuka puasa ramai2 kat kampung. Bila dah sampai kat kampung, niat nak kontrol makan terus hilang. Semua yang emak masak menepati selera aku. Syameel yang first day puasa penuh, makan nasi 3 kali tambah. Emak aku terus kenyang bila tengok cucu2nya makan cukup berselera sekali.

Lepas Isyak, aku bertolak pulak ke rumah emak mertua aku. Disebabkan aku tak berbuka di sana, emak dah bungkuskan lauk2 yang emak masak. Itulah perangai orang tua. Kita ikutkan ajelah. Jangan sampai mereka berkecik hati. Tapi kalau tiap2 hujung minggu berbuka di kampung, berat badan sure naik punya. Tak capai target nak kurus kalau camtu. Pukul 10 malam, baru bertolak balik. Wife aku yang drive sebab bila perut dah kenyang, mata rasa berat aje. Kalau ikut aku, balik esok pagi jer tapi wife aku kata kerja banyak kat rumah.

Dua Ramadhan, aku seharian kat rumah. Sampai lupa hari itu hari minggu. Aku bangun pukul 10 pagi. Syiok betul tidur. Selepas mengemas apa2 yang patut, aku bawak anak2 ke Kolam Ikan Nanyang di Air Bemban. Ia adalah pusat sehenti menjual kelengkapan akuarium dan juga spesis2 ikan koi yang mahal2. Aku nak beli klorin, garam dan makanan untuk ikan2 aku. Bila dah sampai sana, kenalah termenung sekejap kat tepi2 kolam ikan koi tu. Cantik2 sungguh ikan koi belaan mereka. Manja pulak tu. Bila nampak orang datang, semuanya timbul dan mendekati kita. Tak macam ikan2 aku yang pemalu. Semuanya menyorok bila aku datang beri makan. Koi jepun harga paling murah 60 ringgit seekor dan paling mahal 680 ringgit seekor. Memang berbaloi membelinya sebab ikan tu dah macam kucing. Suka dibelai dan dimanja. Tapi aku tak berani aku nak beli. Kalau mati, rugi besar aku. Baik beli koi Malaysia, seekor baru 10 ringgit. Nak lagi murah pun ada.

Hari kedua puasa, Abang Shafiq sekeluarga datang berbuka puasa kat rumah aku. Dah lama betul dia tak datang menziarah. Lebih 8 bulan rasanya. Waktu berbuka meriahlah sikit. Syameel lah paling gelojoh sekali. Macam setahun tak makan.

Hari ini hari ketiga puasa. Aku dah start kerja. Walaupun cuti sekolah, Syakireen kena ke kelas tambahan. Peperiksaan UPSR sekitar 3 minggu lagi. Klinik hari ini lengang betul. Sebelum pukul 11, aku dah habis baca suratkhabar aku. Mengantuk tunggu patient tak datang2. Tapi ini adatlah sebab cuti sekolah. Lagipun bulan puasa. Aku dah agak dah.

Petang tadi pertama kali aku ke Bazaar Ramadhan di Terminal Bas Kulai. Ainaa nak murtabak dan air tebu, Erin nak murtabak dan ayam pedas, Ameel nak air batu dan kebab. Orang lapar memang tak boleh tengok makanan. Semuanya kelihatan sedap. Semuanya nak dibeli. Sekali pergi sekurang2nya 20 ringgit mesti terbang punya. Itu yang tak boleh pergi selalu tu. Bangkrap dibuatnya.

Hujung minggu ini ada cuti lagi. Cuti Hari Kebangsaan. Emak2 kat kampung dah tanya bila nak datang berbuka lagi. Alahai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan