Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Ogos 2009

Aku dan Taksub Kepada Kecantikan



Perempuan akan berbuat apa sahaja untuk kelihatan cantik. Trend sekarang adalah kulit yang putih bersih dan badan yang kurus slim. Kedai2 menjual produk2 kecantikan ada dimana2. Macam2 jenama ada. Kedai2 rawatan muka, rawatan badan dan spa2 laris. Selagi lelaki suka kepada kecantikan selagi itulah wanita takkan berhenti untuk kekal cantik, muda dan langsing.

Ubat2 di atas adalah antara suntikan yang ada dipasaran. Suntikan Vitamin C dan Vitamin C+ Kolagen dah semakin murah sekarang. Cuma tak semua doktor ada menawarkan khidmat ini. Yang terbaru adalah suntikan Glutothione. Glutothione ini dikatakan bagus untuk mendapatkan kulit yang cerah, lembut dan gebu. Kalau tanya aku, aku tak tahu. Aku tak banyak pengalaman tentang produk2 ini.

Kecantikan bukan setakat apa yang ada dimuka sahaja. Ianya patut datang daripada hati budi dan dalam badan sekali. Aku tak kisah kalau wife aku biasa2 sahaja kerana kecantikan wife aku hanya pada mata aku yang memandangnya. Lantaklah orang nak kata apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan