Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Ogos 2009

Aku dan Nasib Kolamku



Ini kolam air mengalir atau water cascade ciptaan En Ismail Chik sebagai memenuhi permintaan wife aku yang nakkan bunyi air mengalir di depan pintu rumah. Ianya juga menjadi topik yang diulang2 semasa projek ubahsuai rumah aku masuk rancangan tv kira2 setahun yang lepas. Kata En Ismail, kolam aku ini tiada duanya. Ianya unik dan dia tak buat lagi ditempat2 yang lain.

Kolam ini berfungsi menghasilkan bunyi air mengalir untuk mendapatkan kesan dramatik dan pada masa yang sama, aku boleh bela ikan didalamnya. Ianya menggunakan konsep fully automatic kerana ianya disambung terus ke longkang besar kalau aku nak ganti airnya. Ianya juga disambung ke paip utama untuk memudahkan aku mengisi semula airnya. Kolam ciptaan En Ismail ini menggunakan sistem filter/penapis yang mudah. Tak payah susah2 nak cuci kolam atau tukar penapisnya kerana kotoran semuanya dimendakkan ke dasar kolam dan kalau buang airnya, kotoran akan dihanyutkan sekali. Ianya menggunakan 4 pam yang berbeza. Satu untuk membersihkan dan memendakkan kotoran, satu untuk air terjun, satu untuk oksigen dan satu lagi untuk pam air yang berlebihan. Padanlah mahal harganya...

Proses pembuatan kolam ini dah berulang kali disiarkan di rancangan Landskap di TV2. Sampai naik jemu aku menontonnya. Apataknya, kalau projek baru tak siap seperti dirancang, mereka ulang balik part buat kolam ini. Nama aku juga sentiasa disebut2 oleh En Ismail dalam rancangan itu. Padanlah aku asyik tersedak aje setiap pagi ahad..

Aku ada satu masalah tentang kolam ini. Walaupun cantik dipandang dan menjadi bualan ramai orang, ianya tidak boleh menakung air. Daripada mula lagi aku dah komplen kat En Ismail tetapi dia macam tak percaya sahaja. Setiap hari air akan susut sekitar 1 inci. Dan kalau dibiarkan terus, ianya boleh susut terus. Dah banyak kali komplen, akhirnya dia hantar orang betulkan. Dia plaster balik dinding dan lantai kolam tetapi tak berkesan.

Kolam itu aku hanya isi air kalau ada majlis2 keramaian kat rumah aku. Kalau tidak aku biarkan kering sahaja. Setiap kali aku tonton siaran ulangan pembikinan kolam itu, hatiku sakit. Kolam bukan main cantik tapi leaking. Memandangkan hari raya bakal menjelang, aku panggil satu kontraktor suruh tengokkan kolam aku itu. Dia pun buat benda yang sama. Dia plaster dinding dan lantai kolam juga. Konfident aje dia aku tengok. Esoknya aku call dia. Kolam masih leaking lagi. Lepas tu dia give up. Dia suruh aku panggil orang yang buat kolam tu datang betulkan. Dia tak berani nak usik yang lain2.

Dua minggu lepas En Ismail datang cuba betulkan apa2 yang patut. Macam2 teori aku dengar. Tapi aku tak nak teori. Aku nak kolam aku boleh menakung air. Itu sahaja. Lepas dia penuhkan air, dia harap takkan ada masalah lagi. Aku pun mengharap perkara yang sama. Aku siap dah bubuh anti-klorin, masukkan pokok dan belikan ikan emas. Keesokan harinya, aku lihat air kolam berkurangan jugak. Satu hari susut satu hingga dua inci. Pening kepala aku. Kat mana bocornya aku pun tak tahu.

Hari ini pekerja2 En Ismail datang lagi. Aku harap ini yang terakhir. Kalau lepas ni bocor jugak, aku nak kambus aje kolam itu. Tak pun isi dengan tanah dan tanam pokok2 bunga aje dalam tu. Tapi En Ismail tak beri. Dia kata setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.

Aku masih sabar menunggu.

2 ulasan:

  1. brapa kos kolam bro?....minat jugak nak buat kat umah..hihihi

    BalasPadam
  2. Ikut saiz. Budget antara 8-10 ribu termasuk pam dan filter system. Ada kolam ni leceh sikit. Nak kena rajin buat penyelenggaraan. Lagi satu, bil letriknya...

    BalasPadam