Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Ogos 2009

Aku dan Lawatan ke UTM


Petang ini aku kena hantar wife ke UTM Skudai. Kali terakhir aku ke sini ialah masa majlis perasmian UTM oleh Sultan Johor kira2 25 tahun yang lalu. Masa tu aku baru tingkatan 2 rasanya. Masuk UTM mengingatkan aku masa zaman study kat UM dulu. Zaman duit takda. Zaman ke sana sini naik motosikal pinjam atau naik bas mini no 12. Rasanya aku dah tak sanggup nak masuk dewan kuliah lagi. Cukuplah setakat ini.

Tapi wife aku lain. Dia masih lagi bersemangat nak study lagi. Lepas dapat Ijazah Sarjana Muda Matematiknya tahun lepas, dia dah berangan2 nak buat Master pulak. Tu yang nak jumpa lecturer UTM nak tanya sikit pasal Master of Education(Mathematics Education). Susah ke, senang ke, boleh ke, tak boleh ke. Wife aku part jalan memang susah nak ingat. Walaupun dah selalu ke Jaya Jusco Taman U, dia masih tak konfident nak pergi sendiri ke UTM. Maka terpaksalah aku menunjukkan jalan merangkap driver.

Hari ini ialah hari terakhir Konvokesyen. Kereta bukan main banyak lagi. Nak cari tempat ke Fakulti Pendidikan bukan main susah. Yang wife aku tahu bangunan C15. Itu sahaja. Jadinya, redah ajelah. Selepas bertanya kat 4 student termasuk pak guard baru jumpa tempatnya. Itupun berpeluh jugak jalan kaki.

Sebelum balik, aku singgah sekejap kat tapak pesta Konvo. 25 tahun rasanya tak banyak yang berubah pasal pesta konvo ni. Yang dijual dan diniagakan ialah koleksi baju2 batik, baju kurung, tudung, t-shirt ciplak, jeans ciplak, handphone China made dan souvenir buatan Thailand. Makanannya pun masih sama. Burger, Keropok, Sup Tulang, Nasik Ayam dan Kebab. Wife aku bila dah nampak kain yang berwarna warni, aku tinggalkanlah. Aku tak larat nak menunggu dia membelek2 kain yang berwarna-warni tu. Aku pusing sana, pusing sini takda apa yang nak dibeli. Akhirnya tengok orang buat senamrobik kat atas pentas. Nasib baik belum bulan puasa lagi.

Pukul 6.30 petang baru sampai rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan