Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Ogos 2009

Aku dan Cerita Minggu Ini



Lama tak tulis blog. Minggu ni kan minggu pertama Ramadhan. Jadi sibuk sikit dengan urusan2 yang berkaitan seperti membanyakkan makan dan memanjangkan tidur. Walaupun minggu ini anak2 dan wife cuti sekolah, aku takda buat aktiviti apa2. Wabak H1N1 belum reda lagi, jadi takut nak jalan kemana2. Beberapa perkara menarik berlaku minggu ini. Antaranya:

1. Minggu ini klinik lengang. Musim demam selsema dan panik H1N1 dan mula berkurangan. Ditambah lagi dengan musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan. Ramai yang balik kampung agaknya. Sehari pesakit aku tak lebih 50 orang. Jadi banyak masa aku gunakan untuk merehatkan fikiran dan membuat aktiviti2 sampingan seperti membaca, tidur dan bukak Facebook. Kita tengok minggu depan macam mana. Bila anak2 dah start bersekolah, ramailah yang pening, gastrik, sakit perut, demam dan sebagainya. Cikgu2 yang nak MC pun ramai.

2. Minggu ini cuaca di sini hampir setiap hari hujan. Kadang2 sehari suntuk. Kesian kat tauke2 jual air kat Bazaar Ramadhan. Air warna-warni tak menarik minat orang nak beli. Lainlah kalau musim panas. Anak2 aku pun semuanya tahan berpuasa sampai waktu berbuka. Yang sulung dan yang kedua relaks sahaja. Cuma yang bungsu lain sikit. Sekejap2 bukak peti ais. Sekejap2 masuk bilik air. Panaslah, basuh mukalah, mandilah. Tapi yang penting, aku belum nampak dia berbuka puasa lebih awal. "Masuk bilik air selalu tu taktik lama", aku cakap kat dia. "Papa pun buat jugak masa kecik2 dulu."

3. Salah seorang staf klinik aku buat aku sakit kepala minggu ini. Serba salah aku jadinya. Dia ni dah ada 3 anak. Semuanya perempuan. Yang kecik baru berumur 3 bulan. Bulan lepas dia check urine. Confirmed termengandung lagi. Seboleh2nya dia tak nak baby itu. Maklumlah anak kecik2 lagi. Husband cuma kerja kilang jer. Duduk pun masih menumpang kat rumah emak bapak dia. Dia makan banyak ubat untuk buang baby itu. Tapi tak jadi jugak. Dia jumpa aku privately nak pinjam duit klinik. Nak buat abortion katanya. Dia buat seolah2 aku yang bersalah. Husband dia jangan ceritalah. Dah lama sangat aku tak jumpa dia. Pagi semalam dia call aku. Dia dah buat appointment kat klinik untuk gugurkan janin. Aku beri nasihat pasal halal haram, pasal bulan puasa tapi dia degil jugak. Emak bapak dia pun tak nak cucu baru. Dia nak jugak pinjam duit klinik. Ambik advance lah kira2nya. Lepas tu tolaklah gaji sikit2 setiap bulan. Dah macam cetilah pulak kesudahannya.

Aku dah beberapa kali tolong dia. Aku ambik dia kerja kat klinik aku sebab aku kenal sangat dengan bapak dia. Bapak dialah yang selalu hantar surat wife aku masa aku mula2 bercinta dengan wife aku. Dia dah beberapa kali ambik advance atas sebab2 yang bermacam2. Aku tak amalkan staf aku ambik advance. Aku cakap perancangan ekonomi korang tak betul kalau asyik ambik advance aje. Kali ini aku dah warning. Ini kali yang terakhir dan aku takkan tolak sikit2 walaupun gaji sebelum raya. Undang2 tetap undang2. Tolak tetap tolak. Disiplin kena jaga.

Untuk staf klinik aku beri 3 berita buruk sebelum hari raya. Satu, lepas ni takda sesiapa boleh ambik advance. Dua, tahun ini takda bonus/duit raya. Tiga, percutian keluarga dibatalkan. Sehari suntuk sunyi sepi klinik aku bila aku cakap takda bonus dan family day. Masing2 nak mogok agaknya. Itulah masalahnya. Walaupun klinik nak sponsor hotel, pilihlah yang dekat2 dulu. Desaru ke, Melaka ke, Mersing ke. Ini terus nak ikut aku pergi ke Gambang sana. Lepas tu suruh klinik sponsor semuanya. Aku beri bilik famili tak nak. Semua nak bilik sorang satu. Bankrap tauke klinik.

4. Kebelakangan ini aku dapat jumpa kawan2 lama aku masa kat Asasi Sains dulu. Semuanya melalui Facebook. Tiba2 aje ada nama2 yang aku tak pernah dengar nak jadi friend. Selidik punya selidik, rupa2nya kawan satu group masa kat UM dulu.

Sebenarnya aku bukan jenis orang yang suka berbual2 dan berborak2 tentang perkara2 yang bukan tentang pelajaran dengan kawan2 sekelas. Apatahlagi dengan pelajar2 perempuan. Geng aku cuma budak2 lelaki yang low profile, yang tidak pakai baju berjenama, yang jalan kaki untuk kesana sini, yang berebut2 naik bas untuk ke bandar, yang tak pandai sangat cakap omputih dan hidup di KL hanya untuk study. Sebab tu bila ada orang nak berkawan dalam Facebook, susah sikit nak recall.

Apa2pun seronok gak tengok perkembangan kawan2 lama. Yang pompuan ramai yang jadi housewife sahaja. Besarkan anak2 dan gossip2 pasal anak2 kat Facebook. Yang lelaki ramai yang dah bekerja sendiri. Kalau dulu aku tergolong dalam golongan low profile, sekarang tak lagi. Rasanya aku lebih berjaya daripada kebanyakkan kawan2ku. Alhamdulilah. Tak malu kalau nak jumpa masa reunion nanti.

5. Kolam kat rumah aku belum selesai lagi. En Ismail dah 4 kali datang betulkan tetapi masih ada kebocoran lagi. Dia janji dengan aku dan wife, dia nak selesaikan sebelum hari raya. Dia juga cakap nak bawak krew majalah LAMAN IMPIANA shoot gambar2 laman buruk kat rumah aku. Aku tak mengharap sangat sebab tahun lepas En Ismail pun ada cakap gak. Tapi tak sampai2 pun. Jadi selagi tak keluar gambar rumah aku kat majalah tu, aku malas nak ingat2 sangat.

6. 3 hari lagi Hari Kebangsaan. Aku tak rasa sangat suasananya. Aku letak bendera kat klinik pun takda sapa tegur. Semuanya mood puasa dan mood H1N1. Kat tv pun takda iklan2 merdeka yang baru. Iklan Petronas dan TV3 pun macam ulangan tahun2 lepas punya. Sejak arwah takda, pengiklanan Malaysia semacam hilang serinya. Itulah tokoh Satu Malaysia yang kita cari sebenarnya. Dia buat filem atas nama Malaysia, bukannya buat filem melayu, filem tamil atau filem mandarin.

Bila perut dah lapar, entah hapa2 yang aku tulis. Stop dulu kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan