Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Ogos 2009

Aku dan New Movie: Up



Kalau tengok poster wayang ini, aku rasa filem ini membosankan. Kisah orang tua, kisah budak debab dan rumah yang terapung di udara. Apa yang bestnya? Tapi bila The Star beri 5 bintang kat filem ini, baru tergerak hati aku nak pergi menontonnya. Seperti filem Kung Fu Panda dan Wall-E, filem ini tersangatlah bestnya. Berpuluh kali menontonnya pun masih tak jemu2 jugak.

Tengahari Satu Ramadhan, aku bawak satu famili pergi ke TGV Tebrau City. Kalau kat rumah, sure ada yang merengek2 tak tahan lapar. Duduk dalam panggung, jalan2 tengok mainan sure lupa pasal makan dan lapar.

Filem ini memang best. Semuanya ada. Sedih, gembira, takut, marah, geram dan yang penting kelakar gila. 2 jam dalam panggung tak terasa lamanya. Ia bermula dengan kisah seorang budak yang suka sangat adventure. 15 minit yang pertama menggambarkan pertemuan dan pembesaran budak itu dan pasangannya sehinggalah isterinya meninggal dunia dan dia menjadi tua seorang diri. Walaupun dah tinggal seorang, dia masih lagi bercita2 untuk mengembara ke Amerika Selatan iaitu untuk memenuhi impian arwah isterinya.

Satu hari, seorang budak kecik yang tak pernah berhenti bercakap datang ke rumahnya sebagai pengakap. Dia perlu menolong orang tua untuk mendapatkan lencana seterusnya dapat naik pangkat sebagai senior scout. Orang tua itu menipunya dengan menyatakan dia perlu menangkap seekor burung yang telah mencuri dirumahnya. Pada masa yang sama, dia telah dipaksa keluar daripada rumahnya untuk pemaju memajukan kawasan kediamannya.

Selepas itu bermulalah pengembaraan orang tua itu dan budak pengakap bila dia menerbangkan rumahnya dengan mengikat rumahnya dengan belon2 yang selalu dijualnya di zoo. Watak2 dalam cerita ini sungguh hidup sekali. Aku sukakan penamatnya dan watak2 anjing yang boleh berkata2 sungguh menghiburkan.

Aku nak cari CD originalnya nanti dan aku nak tengok berulang2 kali sebagaimana aku tengok Kungfu Panda dan Wall E. Cerita kartun lagi best daripada tengok cerita2 betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan