Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Ogos 2009

Aku dan Mencegah H1N1

1. Air Ionizer dikatakan akan menghasilkan ion2 yang bercas negatif. Ion2 ini akan bergabung dengan kekotoran di udara yang bercas positif seperti habuk2, allergen2, bacteria menyebabkan ia menjadi lebih berat dan jatuh ke lantai. Kononnya udara akan menjadi bersih dan lebih sihat. Bila udara yang disedut itu bersih, jauhlah segala penyakit daripada badan. Dikatakan Ionizer ini juga akan menghasilkan ozon yang juga bagus untuk membersihkan udara kita. Namun semua ini dikatakan hoax atau penipuan semata2. Nak percaya dan tak percaya, terpulanglah.

2. Makanan kesihatan ini jika diamalkan setiap hari dikatakan akan menolong menguatkan sistem imuniti badan kita. Bila imuniti dah kuat, kita jarang diserang penyakit dan H1N1 adalah satu daripadanya. Dikatakan prof yang menjumpai bahan ini telah dapat anugerah Nobel untuk penemuannya. Harganya RM260 ringgit untuk 30 paket bermakna dalam sebulan, kita kena belanja sebanyak itu untuk kekal sihat dan muda. Lebih baik buat beli beras dan lauk pauk kat pasar rasanya.

3. Suntikan Influvac 2009/2010 ini walaupun mengandungi virus H1N1 tetapi ianya tak mengandungi virus strain yang baru itu. Bermakna sesiapa yang telah mengambil suntikan ini, masih terdedah kepada bahaya H1N1 jugak. Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk yang nak kena ke luar negara, dinasihatkan mengambil suntikan ini. Perlindungan 70-90% dijanjikan terhadap selsema Influenza A yang biasa. Stok untuk suntikan ini sangat terhad dan aku bernasib baik kerana telah mendapatkannya sebelum panic buying berlaku.

4. Vitamin C dikatakan bagus juga untuk menguatkan imuniti badan jika dimakan secara disiplin dan berpanjangan. Semasa musim wabak ini, aku makan double dose. Dah lebih setahun aku makan vitamin C ini.

5. Topeng muka kini menjadi pilihan utama akibat pendedahan berterusan di media massa mengenai kepentingannya. Harganya semakin naik akibat kekurangan bekalan dan lebihan permintaan. Namun dikatakan virus H1N1 ini boleh menembusi topeng muka kerana saiznya yang sangat2 kecil. Pemakaian yang betul adalah penting dan bukannya setakat letak kat mulut dan hidung sahaja.

6. Amalan selalu membasuh tangan, banyak minum air masak dan menjauhkan diri daripada tempat2 yang ramai orang adalah asas kepada mengurangkan penyebaran wabak ini. Sesiapa yang tahu dirinya demam, baik duduk kat rumah aje. Makan ubat2 yang ada dan sekiranya demam lebih 48 jam, barulah bergegas ke hospital. Kepada sesiapa yang batuk dan selsema, sepatutnya tahu macamana nak menjaga adap semasa batuk, selsema atau bersin.

7. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada penyakit sepatutnya menjadi amalan yang mula2 diamalkan. Bukannya waktu dah sakit baru nak ingat Allah. macam kat Timbalan Menteri di JPM, banyakkan baca Yassin dan memohon kepada Allah adalah salah satu jalan untuk kekal sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan