Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Ogos 2009

Aku dan Seloka Ramadhan

Ramadhan datang lagi,
Kusambut dengan senang hati,
Juga syukur tidak terperi,
Tahun ini sempat berpuasa lagi.

Ramadhan datang lagi,
Ekonomi gawat belum habis lagi,
Mungkin hanya dapat gaji,
Bonus belum tahu lagi.

Ramadhan datang lagi,
Ramai orang dah beremosi,
Tahun ini sambut raya dimana lagi,
Kalau bukan di kampung sendiri.

Ramadhan datang lagi,
Bazaar Ramadhan dah mula dicari,
Lain2 tempat setiap hari,
Selera berpuasa macam2 nak diisi.

Ramadhan datang lagi,
Patutnya ke masjid setiap hari,
Terawih dan zikir sudahlah mesti,
Bukannya kekenyangan di depan tivi.

Ramadhan datang lagi,
Dikala negara diserang selsema babi,
Tempat2 awam minta dijauhi,
Namun shopping complex masih tak sepi.

Ramadhan datang lagi,
Walaupun raya lama lagi,
Tauke2 kedai dah mula buat promosi,
Lagu2 raya dah dijadikan penyeri.

Ramadhan datang lagi,
Anak2 yatim hari2 dapat makan free,
Nasib lebih baik dapat masuk tivi,
Habis raya kembali sepi.

Ramadhan datang lagi,
Peluang bagus untuk kuruskan diri,
Tapi hujung minggu target lari,
Bila emak masak favorite resepi.

Ramadhan datang lagi,
Anak2 diajar puasa sudahlah mesti,
Siapa tak cukup puasa janganlah mimpi,
Duit raya yang warna-warni.

Kepada para pembaca blog ini,
Bulan puasa sucikanlah diri,
Banyak beramal dan muhasabah diri,
Supaya hidup lebih bererti.

2 ulasan:

  1. Ramadhan datang lagi,
    Ku sambut dengan gembira sekali,
    Tak sabar nak cukupkan 30 hari,
    Baju dan kasut baru papa nak beli.

    Ainaa Husna

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan...
    Permulaannnya Suatu Rahmat,
    Pertengahannya Keampunan
    Penutupannya Pelepas Azab...

    BalasPadam