Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Ogos 2009

Aku dan Semalam

Dua minggu terakhir bulan lepas, aku kerja macam di hospital kerajaan. Pagi, petang dan malam sentiasa sibuk memanjang. Musim H1N1. Ramai yang batuk dan demam datang ke klinik. Jadinya, hari Sabtu semalam aku ambik cuti. Aku tutup kedai. Cadangan asal nak duduk rumah lepak2 sahaja tetapi bosanlah pulak. Semalam pun aku tinggal berdua dengan anak bungsu aku. Yang lain2 ada urusan di tempat lain.

Pukul 9 pagi, aku pergi sarapan dulu di Restoran Along Bistro di Taman Gemilang. Aku dah banyak kali nak try makan kat situ tetapi tak berkesempatan. Maka pagi semalam aku pergi. Restorannya bersih, cantik dan kemas. Dekorasinya ala2 kopitiam gitu. Memang ikut stail dan trend sekarang. Aku order Nasi Lemak dan Teh Tarik manakala Ameel nak Teh Ais dan Roti Bakar. Suratkhabar Star muka depan menunjukkan massive jammed dan roadblock kat sekitar KL. Ada demonstrasi anti- dan pro-ISA hari ini. Ini golongan yang tak tahu bersyukur. Dahlah ekonomi gawat, itupun masih sibuk nak demo. Anwar Ibrahimlah kepalanya. Ada aje isu nak dipolitikkan. Pada aku ISA itu perlu. Selagi tak digunakan untuk menahan musuh2 politik dahle.

Sarapan pagi kira OK. Layanan pantas, rasa teh tariknya sedap walaupun sambal nasik lemaknya biasa sahaja. Lepas ni boleh try makan tengahari pulak. Lepas sarapan, aku pergi ke Jaya Jusco Tebrau City. Ameel dah beberapa kali ajak aku ke Toy R Us. Nak tengok mainan baru katanya. Perjalanan ke JB agak lengang dan parking pun senang. Mungkin sebab pagi lagi agaknya. Jalan2 dengan Ameel dua orang aje rasa janggallah pulak. Mula2 aku ke kaunter tiket wayang dulu. Best betul, kaunter semuanya lengang. Kalau ikutkan aku, aku nak tengok lakonan John Travolta dan Densel Washington tapi rasanya filem tu tak sesuai untuk Ameel. Lagipun, sure dia tak paham punya. Kalau dia boring, nanti asyik tanya jam aje.

Jadi aku tengok filem baru SETEM arahan Kabhir Bahtia. Sebesar2 panggung, rasanya yang menonton tak sampai 15 orang. Tak syok ketawa sorang2. Dah lama aku tak rasa seronok tengok wayang. Semenjak Ironman, baru inilah wayang yang memenuhi citarasa aku. Jalan ceritanya menarik, lakonan kesemua pelakonnya cemerlang, teknik fotografinya menarik dan banyak adegan2 yang kekal segar di ingatan. Keseluruhannya aku beri 4 bintang. Aku malas nak komen panjang2 tapi inilah wayang beridentiti Malaysia. Semua bangsa ada. Tak semua yang jahat itu akan jahat selalu dan tak semestinya baik, akan baik selalu.

Keluar daripada panggung Ameel dah kata tak sedap badan. Ada demam sikit. Masuk ke Toy R Us ada segar sikit muka dia tapi tak dapat nak beli sebab dah takda diskaun. Semua mahal2. Nasib baik kat Jusco ada diskaun 20%. Dapat aku tambah koleksi robot Gundam aku. Ameel kalau bab cantum dan pasang bahagian2 robot tu memang dah terrer dah. Aku pun kalah.

Disebabkan Ameel tak berapa sihat, aku ambik keputusan balik rumah aje. Ajak lunch tak nak, ajak masuk kedai lain pun tak nak. Nak balik rumah pun malas sebab takda siapa kat rumah. Jadi keluar daripada Tebrau City, aku masuk jalan ke Kota Tinggi. Aku balik kampung ikut Felda Ulu Tebrau. Kat pekan Ulu Tiram jalan jem habis sebab ada projek nak besarkan jalan. Pukul 3.30 baru sampai kat kampung. Ameel terus tidur langsung tak bergerak2. Aku sembang2 dengan emak sambil pasang robot Gundam.

Sekitar jam 5, ada jiran emak datang nak mintak emak tolong buatkan kuih untuk majlis doa selamat. Urgent katanya. Buat kuih pun ada emergency ke? Lepas tu aku hantar emak ke Bandar Tenggara untuk belikan bahan2 buat kuih. Aku sempat gak singgah kat rumah emak mertua aku untuk ambik ubat demam Ameel. Dah sampai sana, kena tunggulah orang2 tua nak bersembang. Maghrib baru balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan