Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Ogos 2009

Aku dan Shopping Raya







Gaya Inggeris adalah tema raya aku untuk tahun ini. Selepas wife aku beli almari Vantage, aku tergerak hati nak upgrade interior rumah aku. Kalau semua nak guna produk Vantage memang tak mampu. Mahal sangat. Nasib baik kat Kedai Romantika di tingkat atas Plaza Angsana ada jual barang2 ala-ala Inggeris dengan harga yang lebih murah.

Masa aku sampai kat Plaza Angsana tengahari tadi, suasana memang dah sesak dah. Seperti yang diiklankan di Radio Sinar, raya takkan lengkap kalau tak ke Plaza Angsana. Jadi, suasana penuh sesak dan riuh rendah aku dah jangka. Nasib baik suasana hujan renyai dan redup. Anak2 langsung tak meragam. Senanglah wife aku nak buat pilihan.

Kat Romantika, pinggan mangkuk, perhiasan meja, almari, rak-rak dinding,bunga-bungaan, langsir, cadar, sarung bantal dan segala macam barang2 ala Inggeris ada di sini. Harganya jauh lebih murah kalau nak banding dengan yang original di Vantage. Ada satu lagi kedai. KK Home Deco namanya. Kedai ini pun jual macam2 perhiasan gaya Inggeris. Malangnya, kedai ni banyak kat KL, Negeri Sembilan dan Melaka. Cawangan mereka belum sampai kat Johor lagi. Paling dekat ialah di MITC Melaka. Tengoklah, kalau boring nanti aku start enjin dan drive ke sana.

Nanti dekat2 raya aku post gambar2 dekorasi terbaru rumah aku. Tunggu....

3 ulasan:

  1. Bila kita nak ke melaka?

    BalasPadam
  2. Abg Zul& Kak Hazu...KK Home Decor mmg best!!wawa selalu pergi beli brg2 ni kat KK Home Deco S.Alam.Murah dan berbaloi. Minat jgk dengan English Style.

    BalasPadam
  3. Wawa,
    Kita orang baru nak belajar.
    Kalau Shah Alam, jauh sangatlah.
    Tunggu Erin habis UPSR dulu.
    Lepas tu baru boleh pergi...

    BalasPadam