Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 Ogos 2009

Aku dan Wabak H1N1

Demam selsema H1N1 semakin merebak kebelakangan ini. Kalau dulu aku boleh kenalpasti pesakit2nya, sekarang ni tidak. Kalau dulu boleh tanya pasal balik dari luar negara, la ni sakit itu datang dari mana2. Banyak sekolah2, kolej2 dan universiti2 yang ditutup kerana penyakit ini merebak tanpa dapat dikawal. Tapi alhamdulilah, penyakit ini tidak seserius yang disangkakan. Daripada 1400 kes, 97% telah sembuh dan hanya ada 9 kematian. Staf klinik aku semua dah dapat imunisasi H1N1. Jadi, semua tak nak pakai mask tutup muka. Walaupun perlindungan cuma 70-90%, mereka konfident aje takkan kena. Aku pun samalah. Tawakal kepada Allah ajelah.

Dua hari ini, pesakit aku sekitar 100 orang sehari. Yang demam lebih separuh. Nasib baik aku tak demam sekali. Ionizer kat meja aku, aku on kan sepanjang hari. Vitamin C aku makan double dose setiap hari. Harap2 antibodi badan aku takkan berkurangan.

Ramai yang bertanya kat aku pasal H1N1 ni. Mana2 yang demam, semua takut kena sakit ini. Semuanya takut mati gamaknya. Terus terang aku cakap, la ni kita susah nak beza antara demam selsema biasa dan demam H1N1. Kalau hantar kat hospital pun, tak semua kes mereka saring untuk H1N1. Masa awal2 dulu iaitu masa kes tak banyak, semua kes disaring dengan ambik sampel tekak. Hanya melalui sampel tekak, barulah boleh confirm H1N1 ke bukan. Sekarang ni, kalau setakat demam 40 darjah dan masih boleh jalan dan tiada tanda2 sesak nafas atau nazak, mereka takkan buat saringan itu.

Kalau nak buat jugak, kena tanggung kos sendiri. Di Hospital Pakar Johor, ujian throat swab for H1N1 ialah 90 ringgit dan keputusan akan diketahui dalam masa 2 jam. Masuk hari ini, dah ada 9 kematian yang berkait dengan H1N1. Rakyat semakin panik bila baca akhbar. Yang mati tu demam beberapa jam sahaja, sesak nafas dan terus meninggal. Aku macam tak percaya aje cerita2 kat suratkhabar ni.

Kalau setiap kes yang aku suspect aku notify kat Pejabat Kesihatan, pastinya setiap hari lebih 10 orang aku kenalpasti. Aku hantar ke hospital pun mereka beri ubat demam aje. Kalau dalam tempoh 24 jam demam tak baik2 atau ada sesak nafas, kena datang balik ke hospital. Lepas tu tunggu berjam2 lagi untuk ujian darah. Aku kesian kat patient2 aku.

Mana pesakit yang demam lebih 38 darjah, ada batuk, ada selsema dan sakit2 badan aku beri ubat pakej biasa. Aku nasihatkan dia duduk rumah diam2, minum banyak air dan aku beri cuti 2 hari. Kalau dalam tempoh itu, demam tak turun atau ada tanda2 sesak nafas, aku suruh cepat2 ke hospital. Pada amnya, demam ini aku reda selepas 3 hari. Pada tempoh ini, badan yang sihat akan menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit ini. Masalah timbul kepada kanak2 yang berumur kurang 2 tahun, dewasa berumur lebih 60 tahun dan mereka2 yang berpenyakit kronik seperti Asthma, sakit jantung, kencing manis, kanser. Badan mereka lewat atau gagal menghasilkan antibodi dalam tempoh tersebut. Ini menyebabkan virus2 merebak ke salur pernafasan, paru-paru dan jantung yang seterusnya menyebabkan kematian. Sebab itu golongan ini digalakkan mengambil suntikan imunisasi untuk menolong badan mereka menghasilkan antibodi lebih awal.

Sebenarnya virus H1N1 ini sudah lama ada di pasaran. Virus ini akan merebak berdasarkan perubahan iklim semasa dan ianya berlaku hampir setiap tahun. Kebanyakkan badan manusia dah ada antibodi terhadap virus ini. Tetapi apa yang berlaku di Mexico sebelum wabak sebenar H1N1 melanda menyebabkan kita tidak tahu sama ada wabak sekarang datang daripada H1N1 yang lama atau H1N1 yang telah bermutasi. Bila ia telah bermutasi bermakna ia telah berubah bentuk dan badan manusia belum kenal dengan virus baru ini. Ini menyebabkan penyakit baru dengan kadar kematian yang lebih tinggi.

Aku tak tahu sampai bila wabak ini akan berterusan. Rasanya selagi cuaca kekal panas dan kering, wabak ini akan kekal sampai hujung tahun. Kerosakan dan kejahatan yang dilakukan oleh umat manusia di muka bumi ini adalah punca kepada penyakit ini. Mungkin ini satu cara 'bumi' mengimbangkan populasi manusia yang semakin bertambah di dunia.

2 ulasan:

  1. Dr Zul. Seronok baca cerita dr di samping dapat tau banyak perkara yang tak tau esp pasal sakit.
    tq

    BalasPadam
  2. terima kasih kat awak juga yg sudi membaca tulisan2 saya. Catatan ini utk mengajar anak2 sebenarnya selain mengisi masa lapang.

    tq again.

    BalasPadam