Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Aku dan Raya Ketujuh

Petang semalam aku beraya sakan kat rumah staf2 aku. Bermula di rumah kuarters famili Zila di Ladang Swee Lam; rumah Ros di Jln Merbuk, Bandar Putra; rumah famili Pak Ali di RK120, Rumah Rakyat Kulai; rumah famili Fara di Kg Melayu; rumah Fiza di Jln Melati Indahpura dan berakhir di sebelah malamnya di rumah aku.

Aku jemput sekali keluarga Ezanee dan Mr Boon (patient favorite aku) memandangkan tahun ini takda open house nampaknya. Wife aku masak Nasi Goreng Cina manakala aku masak Tomyam Campur. Pertama kali dalam sejarah, aku masak satu periuk besar. Macam aku pernah cakap dulu, open house kat rumah aku mesti ada personal touch. Aku tak nak panggil katering dan makan benda2 yang sama seperti kat rumah orang lain. Aku nak mereka mengingati rumah aku selalu walaupun mereka datang setahun sekali. Dan setiap tahun, pasti ada kelainannya.

Aku dah cadang nak suruh semua orang berucap malam tadi. Aku dah siapkan mikrofon pun. Tapi staf aku masih segan2 lagi nak berucap dikhalayak. Apatahla…

Aku dan Raya Keempat

Kejap aje dah 4 hari Syawal berlalu. Hari ini aku dah start kerja. Tahun ni aku malas nak cuti lama2. Duduk rumah pun buat apa, sekadar menambah berat badan dan melakukan kerja2 rumah yang tak pernahnya habis. Klinik biasa2 sahaja pagi ini. Jadi dapatlah aku curi2 update blog aku.

Raya tahun ini merupakan raya paling best bagi aku. Semua perancangan aku menjadi. Semua rumah sedara yang aku nak pergi, aku dapat pergi. Perut aku tak meragam macam tahun lepas. Jadi apa yang aku nak makan, aku boleh makan. Aku pun seronok tangkap gambar macam2 raya ini.

Raya pertama aku bermula dengan sembahyang raya. Aku dapat duduk di saf paling depan. Tapi tersengguk2 jugak menunggu imam habis baca khutbah. Seperti biasa lepas sembahyang, majlis bermaaf2an dan membahagi duit raya. Famili Abang Long tak dapat bersama2 daripada awal kerana kat rumah dia penuh dengan sedara-mara dia. Jadi majlis bermula dan berakhir tanpanya. Apa2pun, aku dah pandai sikit guna kamera DSLR aku. Gambar2 yang aku ambil lebi…

Aku dan SMS Raya

Antara SMS yang aku terima sepanjang raya tahun ini:

1. Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidil Fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati
Salam lebaran di Aidil Fitri.
Ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin
Drp Nil Amri, Sharmiza, Syafiq dan Asyraf.

2. Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir Bergema menggegar jiwa,
Kalau ada salah dan dosa,
Maaf di pinta di hari mulia.
Dari EZANEE & FAMILI.

3. Biar renggang di fana dunia,
Biar hina di mata manusia,
Biar semangat semakin tua,
Biar harta semakin tiada,
Biar akal semakin berusia,
Biar jauh kedudukan kita,
Biar jurang pangkat kita,
Jangan tergadai silaturahim sesama kita,
Minal Aidil Wal Faidzin
Mohon maaf zahir batin.

4. Kata Al-Ghazali
" Yang jauh itu WAKTU
Yang dekat itu MATI
Yang besar itu NAFSU
Yang berat itu AMANAH
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang panjang itu AMAL SOLEH
dan yang indah itu SALING MEMAAFKAN"
Salam Aidil Fitri dan Maaf Dzahir Batin.

5. Sebening air wudhu'
Sesuci Al-Qur…

Aku dan Perancangan Raya 2009

Esok dah 28 Ramadhan. Bermakna lagi 2 hari nak raya. Rasa tak puas menyambut Ramadhan kali ini. Cepat sangat berlalu. Puasa kali ini, berat badan aku langsung tak sempat nak turun. Alhamdulilah ketiga2 anakku berpuasa penuh termasuk yang kecik sekali. Masing2 langsung tak kisah pasal lapar dan dahaga. Cuma waktu berbuka dan bersahur masing2 dengan karenah tersendiri. Ada yang nak lauk wajib iaitu ayam. Ada yang nak lauk wajib juga iaitu ikan. Ada yang waktu berbuka jadi waktu nak bertekak dan bergaduh. Ada yang susah sangat dikejutkan bersahur. Bermacam2 ragam. Aku tak boleh nak bising2 sangat sebab itulah karenah aku juga masa kecik2 dulu. Bapak borek anak rintik.
Berbalik kepada raya yang akan menjelang, program raya aku cukup simple. Esok Jumaat. Aku mungkin kerja sampai petang sahaja. Malam tu nak kena sambung mengemas dalam rumah. Wife kata dah boleh susun atur perabot dan pasang semua hiasan2 hasil kerja tangan dia. Lepas tu bolehlah aku bergambar dengan baju raya.
Hari Sabtu a…

Aku dan Hari Ini

Hari ini aku pergi shopping raya kat Kluang. Dah jemu asyik ke Plaza Angsana sahaja. Pukul 5 petang, aku bertolak ke Kluang melalui lebuhraya Utara Selatan. Di jalan lurus antara Simpang Renggam dan Sedenak, ada polis trafik buat speed trap. Jalan dua lorong jadi satu lorong. Jem sepanjang 2 km. Nasib baik mereka buat speed trap untuk jalan arah ke Selatan. Walaupun aku tak terlibat, aku kesian kat driver2 yang nak menuju ke selatan. Dah lah cuaca panas, jalan jem lagi. Apasallah polis buat road block kat highway? Buatlah kat jalan2 biasa dan tangkap lori2 yang bawak lebih muatan atau mat2 rempit yang tak sayangkan nyawa. Kat highway kan jalan lurus. Nak speeding 140 ke, 160 ke lantaklah. Tak faham betullah.

Aku tiba di Kluang kira2 jam 6 petang. Mula2 sekali aku ke tempat nak berbuka puasa dulu. Booking table. Kalau ke Kluang, tempat makan biasa aku ialah di Restoran Two City di depan Prime City. Kat situ lauk-pauknya sesuai dengan jiwa aku sekeluarga. Mula2 aku cadang nak ajak fami…

Aku ke Jabatan Pendaftaran Negara Kulaijaya

Anak bujang aku dah genap 12 tahun kira2 3 minggu yang lepas. Sebagai warganegara Malaysia, dia diwajibkan mendapatkan kad pengenalan sebagai menandakan dia rakyat Malaysia dan berhak untuk mendapat segala keistimewaan sebagai warganegara. Kesibukan menghadapi UPSR menyebabkan proses mengambil kad pengenalannya tertangguh sampailah ke hari ini.

Aku ingat lagi masa aku nak ambik IC dulu. Masa tu aku duduk di felda. Sebulan sekali ada pegawai daripada Jabatan Pendaftaran akan datang ke klinik kesihatan untuk memudahkan budak2 yang dah cukup umur mendapatkan kad pengenalan. Masa tu kena pergi ambik gambar dulu. Lepas tu isi borang. Lepas tu barulah jumpa dengan pegawai berkenaan. Prosesnya lebih kurang 3 bulan baru boleh siap ICnya. Kadang2 lepas 3 bulan, diberitahu kena buat semula seperti gambar tak cukup terang ataupun cap jari tak cukup jelas. Memang leceh masa tu. Aku pulak kena jalan kaki ambik sendiri IC tu daripada sekolah ke klinik kesihatan. Taklah jauh sangat. Sekitar 1 batu a…

Aku dan Realiti Duduk Asrama

Esok anak aku yang sulung akan menghadapi peperiksaan UPSR. Wife aku dah risau semacam tapi yang empunya diri buat biasa sahaja. Masih boleh lagi membelek2 team bolasepak dia dalam PSP. Sebagai anak sulung dia menjadi contoh teladan kat adik2 dia. Jadi dia perlu score 5A. Kalau tengok pelajarannya yang lepas2, insyaAllah ada harapan. Masa percubaan dulu pun, dia masih boleh maintain 5A. Jadi aku taklah risau sangat. Setakat UPSR belum lagi menjamin apa2. Kejayaan dalam UPSR belum bermakna kejayaan dalam hidup. Banyak lagi ujian dan peperiksaan lain yang perlu ditempuhinya.
Minggu ini kat sekolah dia, semua tengah sibuk isi borang untuk masuk ke asrama penuh. Ramai kawan2 dia yang nak mintak masuk asrama. Wife aku pun sama. Tapi aku dah pernah rasa duduk asrama dulu. Macam2 pengalaman pahit manis aku dah lalui. Jadi aku langsung tak galakkan anak aku masuk asrama. Lebih banyak masalah daripada kebaikan. Setakat nak masukkan anak ke asrama untuk dapatkan nama dan glamour, sudahlah. Tak…

Aku dan Penyakit Bulan Puasa

Dalam bulan puasa ni, kita perlu banyak bersangka baik kat orang. Kalau pesakit datang dan mengadu macam2, kita kena percayalah. Takkanlah bulan2 puasa camni pun nak tipu jugakkan? Lainlah kalau mereka tu tak puasa.
Penyakit paling biasa yang aku jumpa di bulan puasa ialah penyakit akibat terlebih makan. Masalah cirit-birit, perut sebu, perut memulas2 saban hari aku jumpa. Almaklumlah di bulan puasa ni, segala jenis makanan yang tak pernah kita jumpa, kita boleh jumpa. Tak percaya pergilah ke bazaar2 Ramadhan. Macam2 Ada. Jadinya, banyaklah perut yang meragam di bulan puasa ni. Lagi satu, selera orang berpuasa ni lain sikit. Walaupun dah tahu benda2 itu patut dielak atau pantang tapi Ramadhan kan setahun sekali. Jadinya, apa tekak nak makan kita layan sahaja. Itu yang ramai ke klinik sakit perut dan macam2 sakit yang berkaitan.
Ramai yang sakit perut hari ini. Mana yang masih nak puasa, aku suggest injection aje. Injection tak batalkan puasa. Suntikan Buscopan aku cucuk kat punggung …